Saturday 1 September 2012

RUSTIC HYDRANGEA CAKE

Syawal ke-14
Kek Pertunangan & Hari raya


Assalamualaikum kepada kawan2 yang sudi hinggap sekejap dirosywhite kitchen. Hari ni takde apa yang nak Tie ceritakan , rasanya sudah ramai kawan2 yang buat open house, Tie je yang tak sempat buat open house. Maklumla Tie terima tempahan kek pertunangan yang berasaskan fondant. Pada mulanya Tie terima tempahan ini kerana ingatkan customer inginkan bentuk cupcake, tie rasa senang je kalau cupcake dihias menggunakan fondant. Tengok2 lepas raya customer inginkan kek sebiji, aduhh cabaran ni, Tie sahut cabaran ni, belum cuba belum taukan.
Customer request kek butter flavour chocolate. Wow kek pun tak pernah Tie try, apa lagi google punya google dapatlah resipi dari sini Joy of Baking. Resipi dari sini banyak juga yang best2.
Mula2 buat dulu satu adunan bahagi adunan dengan 1/3 adunan buat cup cake dan selebihnya buat cake. Ini trial run la kiranya. Nak tengok kek tu sedap ke tak sedap. Alhamdullillah anak2 suka, Tie pun rasa dah mula suka dengan choc. cake ni. Crust on to and soft inner, very yummy!. Cubalah.
Bunga fondant ni perlu disiapkan awal2 lagi supaya senang dihias diatas kek.
Rustic namanya kerana kek yang Tie design permukaannya macam carpet sikit tak smooth sangat. Kek yang dah ready untuk deliver.
Thanks Kak Norish And Selamat Bertunang Mimi!





No comments:

Post a Comment