Friday 30 November 2012

KEK COKLAT HORLICK

End of November....
Assalamualaikum...
Tersilau la pulak..Ok sorry gambar kek yang Tie ambil kali ini tak begitu menarik.
Tie dah beli lama sangat horlick untuk cuba resipi ni...Kali ini baru free untuk mencuba resipi kek horlick dan chocolate ni. Boleh juga panggil kek marble dan Tie nak try tepung hong kong apa beza dengan tepung gandum.

Bagi Tie resipi ni manis sikit. Mungkin campuran horlick . Dan kek ini terasa buttery sangat. Mungkin tak sesuai kat tekak Tie mungkin ok dekat orang lain.
Jom kita tengok resipi
Resipi Asal dari sinar kehidupan
Resipi KEK HORLICK CHOCOLATE
BHN2
250 gm butter
1/2 cawan gula castor
5 biji telur gred A
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan horlick
3 sudu besar serbuk koko van houten
1/2 cawan tepung hong kong
1 sudu teh esen vanilla
Method
Panaskan kukusan terlebih dahulu. Gris loyang dengan mentega. Pukul mentega dan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sambil digaul rata.
Gaul sebati bhg 1-masukkan horlick dan bhg 2 masukkan serbuk koko dan masukkan seperti marble.
Kukus selama 45 minit dan pastikan kukus ditutup dengan alunimium foil supaya air tidak menitik.
SELAMAT MENCUBA!!!



Sunday 25 November 2012

CHICKEN BALL SOS MAMA

3rd week November
Assalamualaikum...
Masak sos ni favorite anak2, tapi Tie hanya masak kalau walidnya takde kat rumah. Walidnya memang tak suka kalau masakan berasaskan sos tomato.
Tie paling seronok masak ni sebab senang sangat.
Jom Kita tinjau resipi yang easy peasy...
Resipi: Bebola Ayam Sos Tie
Bahan2
Sos Tomato-2 sudu besar
Sos Cili- 3 sudu besar
Sos Tiram-1 sudu besar
Air 1/3 cawan
bawang merah 3 ulas-ditumbuk
bawang putih-1 ulas-ditumbuk
Bebola Ayam 20 ketul dibelah dua ayamas brand
Method
Tumis bahan2 tumbuk sehingga naik bau
masukkan 3 sos dan air kacau sebati
masukkan bebola ayam
siap untuk dihidang

Bulan November ni Tie nak cerita pasal kereta. Kereta Tie dua kali buat hal...sekali tayar pancit sekali lagi hand break tak leh pakai. Bergegas kami anak beranak kekedai kereta, Sampai je kat kedai kereta lepas checking kata pomen tu kena tukar kabel wayar sudah panjang, kereta kena tinggal dua hari kat bengkel. Aik habistu kami kena balik jalan kaki? So cepat2 call hubby tanya pasal ni..senang cerita suruh hubby cakap dengan pomen. Lepas cakap boleh check dulu sekali lagi tanpa tukar kabel..Moral of the story yang Tie nak cerita kat sini ...mana2 kedai kereta pun kalau tengok perempuan mesti nak tipu dulu..kalau tak boleh makan baru slow2 bikin cara betul..teruk punya orang...
Dalam masa yang sama adik Tie pun dapat habuan yang sama, kereta kena langgar kat belakang dah kemek, Lelaki juga yang langgar..adoi..kesian dia dah la kena langgar tak nak bayar . Apalagi report balai la..
JEMPUT MAKAN
Kesimpulan disini kaum hawa mesti berilmu dalam bidang permotoran sedikit sebanyak. Tak banyak sikit pun takpa. Hehe!!Betultak...


Saturday 24 November 2012

HOMEMADE POP CORN

DIY..DO IT YOURSELF...
Assalamualaikum...
Wow pop corn..kalau pergi tengok wayang mesti semua orang akan beli pop corn...
Kalau couple wow share together eating pop corn
Kalau family memang happening makan bersama pop corn sambil watch movie...
Bak kata semua orang kenal popcorn..
Tapi adakah semua orang tahu masak popcorn? Jom Tie nak share resipi dengan semua kawan2
Resipi ini asal dari mat gebu
Resipi Caramel PopCorn
1/3 cawan jagung popcorn
1 camca besar mentega
21/2 camca besar minyak masak(Tie guna sunflower oil)
Bhn Caramel
1/3 cawan gula pasir
1 camca besar mentega
Method
Panaskan minyak dalam periuk besar . Masukkan mentega dan biar cair.
Letak sebiji jagung pop corn, bila jagung tu kembang atau bunyi 'pop' itu menandakan boleh dimasukkan kesemua jagung tadi. Masukkan kesemua jagung dan tutup periuk, guna api yang perlahan.
Untuk caramel panaskan mentega dan gula hingga cair. Masukkan & gaul popcorn tadi hingga sebati.
nyum2 anak2 enjoy sebab ada bekas pop corn
Yang DIY paperbag popcorn anda boleh create sendiri. Sila rujuk paperbag popcorn template.
Design2 yang lain anda boleh create your own. Anak2 sangat happy kerana masing2 ada paperbag popcorn.
DIY
sekelip mata dah habis...Mama kena buat lagi..

KAILAN IKAN MASIN

Salam sabtu...
Assalamualaikum...
Seharusnya kita bersyukur kerana diberi kesihatan yang sihat dan dapat mengerjakan ibadat dan kerja seharian seperti biasa.
Kebelakangan ini banyak berita yang kurang diingini terutamanya penyakit kanser. Kawan dan saudara terdekat juga dikejutkan dengan penyakit yang merbahaya ini.
Satu2 nya resipi sayur yang ada didlam blog Tie
Resipi: Kailan Ikan masin
Sangat mudah kebetulan singgah di cameron highland melihat sayur yang segar , teringin pula nak memasak dan merasa. Apa lagi sayur kailan ikan masin le yang paling senang.
Ikan masin seeloknya ikan yang banyak isi, tapi dalam peti ais cuma ikan masin gelama je yang ada goreng dan potong kecil2.
Tumbuk bawang putih dan bawang merah , tumis sampai naik bau, letak batang kailan dan masukkan kicap pekat/manis dan sos tiram. Akhir sekali masukkan ikan masin goreng yang dipotong kecil2.
Menu sayur adalah salah satu menu sihat untuk kesihatan tapi kalau di celur sekejap, itu yang terbaik.

 Salah satu fakta dr internet...

Angka pesakit kanser semakin meningkat di Malaysia. Penyakit kanser boleh dihidap oleh sesiapa tidak kira bangsa dan status. Mengikut laporan MAKNA, 11 juta dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dan 6 juta darinya mati akibat kanser di seluruh dunia . Di Malaysia, 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap penyakit kanser setiap tahun. Statistik ini sangat membimbangkan kerana 3 dari 4 pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.
Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk beramal dan berbakti . Alhamdullilah..
Sesungguhnya penyakit yang datang adalah ujian dan dugaan dari Allah..

Friday 23 November 2012

KUIH CARA

FOR MY BREAKFAST...
Resipi yang sangat mudah dan senang untuk sarapan pagi.
Jom Tie bawa kawan2 semua tengok resipi:
Resipi: KUIH CARA
I cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan air*
1 biji telur*
pandan paste/daun pandan yang diblend/ pewarna hijau*
Tie guna pandan paste+pewarna hijau sedikit*
1/2 sudu kecil esen vanila*
1/2 sudu kecil garam*
1/2 sudu besar gula*
1/2 sudu kecil gula sebagai inti
Blend semua bahan2
Panaskan acuan kuih cara, masukkan bhn blend, tunggu sekejap hingga bahagian tepi keputihan
masukkan gula sebagai inti dan tutup dengan tudung periuk supaya adunan cepat masak.
Selamat Mencuba!
Hari ni seperti biasa Tie ingin mencuba pelbagai resipi jikalau diberi kelapangan dan masa.
Tie dah mula sesuaikan diri ditempat kerja baru selepas 2 bulan dan bulan Dec ialah waktu puncak dalam menguji ketekenan,  kesabaran dan kebolehan.
Semenjak bekerja ditempat baru Tie mula membiasakan diri mengenal jalan2 untuk bertemu dengan pelanggan tapi masih memerlukan bantuan GPS dan Mula menilai bahawa masa itu sangat bernilai. Setiap detik masa Tie perlu hargai dan penuhi dengan cara yang sebaik mungkin.
Dengan resipi yang mudah ini Tie rasa sesiapa pun akan berminat untuk mencubanya.
Selamat Menjamu Selera Ya!!!


Sunday 18 November 2012

BUN SOSEJ MINI

Jom Meroti....


Assalamualaikum...
Dah lama dah Tie tak meroti sebelum tepung roti yang ada dalam kabinet tu rosak lebih baik manfaatkan. Hari ni rupa paras tidak la cantik sangat bijan dan masuk bugs dah contaminate..Takde lagi hiasan2 taburan bijan diatas roti. Nampak kosong je..
Ada orang senang menggunakan breadmaker tapi Tie guna kitchenaid mixer je sebab nak menguli rasanya tak kuat sangat..
Di bahagian dalam roti.. 

Banyak juga Tie dah ubah dari resipi ni terutamanya suhu oven kena bersesuaian dengan oven masing2.



Resipi Asal :rujuk di sini

Resipi:Soft Bun/ chicken sausage bun II          
Bhn A                    
Water roux                  
bread flour  50gm                  
boiling water 75 gm                  
Bread dough                  
active dy yeast 6 gm                  
bread flour 160 gm                  
plain flour   40 gm                  
sugar castor 50 gm                  
salt 2 gm                    
water warm  50 gm                  
egg(medium size) 1                  
butter  40 gm                  
Method                    
Mix water roux ingredient together in a bowl              
Cover bowl w cling wrap and store in fridge for 12 hrs ( Tie put inside plastic container and cover)    
In a mixer fitted with a bread hook, add flour, yeast, sugar, egg, nd water. Start mixing at low speed for 2 min.  
Add salt & continue stirring until the dough lifts from the wall of the mixing bowl.      
Add water roux and continue to knead for 3 min. ( kitchen aid speed #2)        
add butter and increasing kneading speed to #4            
Continue kneading for 15 min. on speed no 4 until dough is no longer sticky and does not break when pulled  
Place dough in a slightly oiled bowl. Cover wit cling wrap and leave to proof in a warm area for 45 min  
with lihtly floured hand and tabletop, knead dough to form a smooth round ball into 12 balls abt 40-50 gm each  
rolleach small ball into a round ball and leave to proof for 10 min.          
Flatten each ball and roll out to a circle with a rolling pin.Place filling and wrap and seal the edge of the dough  
to form a ball                  
Leave to proof for 1 hr                
brush egg and decorate with sesame seed              
bake at 150c abt 10 min                
leave to cool and enjoyed.                
komen: hubby kata oohh lembutnya, baru best.            
Tie buat setiap satu ball tu buat panjang2 lilit kat sausej, pun boleh        
extra buat roti burger for tmrw .  TOTAL HOURS ABT 3 1/2 HOURS THEN READY TO EAT…BOLEH TAHAN                               

Saturday 17 November 2012

AIS KRIM MALAYSIA

HAPPY WEEKEND!
Assalamualaikum...
Tie ingat lagi masa kecil2 dulu, kanak2 dan ais krim memang tak dapat dipisahkan. Bukan kata setakat  kanak2... tua2 ni pun teringin lagi. 
Ais Krim ni memang kegemaran anak2 , cuti2 sekolah ni macam2 permintaan dari anak2.
Ada 3 jenis ais krim homemade yang Tie buat hari ni.
Aiskrim Asam Boi favorite dulu dan kini dan selamanya..
Aiskrim Yogurt ciptaan terbaru tapi resipi ni dan berulang2...banyak kali dah tayang
asamboi merah memang terbaik untuk ais krim
Asamboi besar pun menjadi pujaan
Bancuhkan air gula dan masukkan asamboi. VERY EASY!!


Thursday 15 November 2012

AWAL MUHARRAM 1434H

HIJRAH MEMBAWA PERUBAHAN
SALAM MAAL HIJRAH




Assalamualaikum..
Pada kebiasaanya awal tahun baru ini Ibu Tie memang selalu ingatkan doa awal tahun dan doa akhir tahun.
Untuk kawan2 bolehlah rujuk disini untuk doa awal tahun dan akhir tahun.
Doa Akhir Tahun:
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun:
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Air solat hajat
 Hijrah adalah penghijrahan dalam banyak segi cabang, hijrah dari segi pakaian, perangai, luaran dan dalaman. Sama2 lah kita renungkan.
Baby Sofea Aqiqah di Kampung
Baby Sofea Selamat Bercukur
Roll kulit popia menggunakan chopstick
Lekatkan kulit popia menggunakan campuran tepung dan air
Popia yang sedia untuk digoreng

Saiznya lebih kurang 2" x 2"

Kulit popia selepas digoreng
Popia yang disalut dengan tepung nespray dan gula icing1:3

Senangkan ...hanya ikut langkah2 photo yang telah Tie upload diatas. Resipi asal dari Rahel. Thanks Rahel anak2 Tie berebut2 katanya sedap...mama. Boleh rujuk resipi disini.

Saturday 10 November 2012

KIDZANIA

Happy Deepavali Dan Selamat Menyambut Awal Muharram

Assalamualaikum...dikesempatan ini Tie ingin mengucapkan Happy Deepavali kepada semua kawan2 yang beragama hindu dan Untuk umat islam selamat menyambut tahun baru.

Tie takde resipi pada minggu ini tapi Tie ingin share dengan kawan2 pasal kidzania. Bagi Tie dimusim cuti sekolah ni elok bawa anak2 berehat dan membina minda dengan melawat kidzania. Anank2 mesti enjoy. They all pasti belajar cara2 bekerja, mengumpul duit dan menukar duit dari hasil pekerjaan mereka.Disini Tie ingin kongsikan pasal sejarah kidzania.

The History of KidZania

KidZania’s history is rooted in an inspirational story of idealistic kids that formed a like-minded community, which led to the creation of a nation, their own government and nationalistic symbols to celebrate their unity. It also led to the development of iconic citizens considered honorary KidZanians who embody the spirit and willfulness of the community and act as representatives to their ideals in disposition, outlook and principles.

Inspired by a Dream to Create Something Better

It began as a spark, that was seeded by the desire from children to see the world function as a better place. Unencumbered by race, religion, or culture, this was a world full of opportunities where kids could assert themselves and be responsible by learning and experiencing the challenges of life.

Defining Their Rights

To guide them in their quest, the children of KidZania defined rights fundamental to their beliefs and unified in principle and purpose towards achieving happiness. The right to be, the right to know, the right to care, and the right to play.

Declaring Their Independence

Kids then penned down to paper the Declaration of Independence as a proclamation of their independence from adults. The essence of which captures the spirit of KidZania’s founding, together with rights in which to live by.

The Nation of KidZania is Formed

By acting upon their hopes and dreams, a nation called KidZania was born – as a land of kids that would span the globe! Roughly translated it means, Land of Cool Kids. It was short, easy to remember and it sounded really cool especially when they  started calling themselves KidZanians, citizens of KidZania.  All the kids loved it!


Muka2 keriangan anak2 sewaktu memasuki kidzania
Proses penukaran duit kidzo
Serius mendengar taklimat cara2 menjadi dentist
Menyuarat ahlli TNB sebelum memulakan tugas
Menjalankan Tugas membaiki lampu jalan yang rosak
Antara tugas poslaju
Gambar2 diatas adalah kenangan untuk anak2 Tie. Mula2 menjinakkan diri didalam bidang pekerjaan. Tie minta maaf banyak2 sebab tak dapat nak update apa2 resipi disebabkan Tie balik kampung minggu ni.
Happy Holiday...

Saturday 3 November 2012

AYAM PANGGANG

HUJUNG TAHUN....DAH NAK MASUK AWAL TAHUN
Menarikkan.....
 Assalamualaikum.....
Hmm ni resipi lunch kami sekeluarga..Walidnya kerja harini so Tie dan anak2 mencuba resipi ayam panggang untuk menu hari ni. Tie simpan sikit untuk hubby makan malam ni.
Resipi ayam panggang ni sangat mudah dan memang menyihatkan.
Jom tengok resipi ayam panggang
RESIPI AYAM PANGGANG
Bhn2
Ayam-diambil bahagian peha dan dada-2 keping
Bawang putih-4 ulas*-dibelah 4
Olive oil- satu cawan*
Daun parsley-1 ikat-dipotong kecil2*
Cili sos-4 sudu*
Cili merah-1 biji-dihiris*
Garam-secukup rasa*
Lada hitam yang ditumbuk-1 sudu teh*
Method
Mula2 masukkan bahan bertanda* gaul sebati dan gaul sebati dengan ayam. Perap selama 1/2 jam.
Guna api yang sangat kuat untuk garingkan kulit kedua2 belah ayam selama 2-3 minit. Setelah kulit agak garing masukkan pan didalam oven suhu 180C selama 1/2 jam. Tutup pan dengan aluminium foil atau penutup pan. Pastikan pan/periuk yang digunakan boleh dimasukkan kedalam oven.
Pastikan Ayam dimasak sepenuhnya.
Cuba jangan tak cuba ya..

 Tie ingin memesan kepada kakak, adik2 dan ibu2 yang selalu kedapur.Agar kita sama2 berhati2 bila didapur.  Hari ni Tie memasak dengan keadaan yang agak kelamkabut, terpegang handle pan yang sangat panas..ouchhh..terkena aluminium foil luka dibahagian kulit..adoii..memang pedih berlari2 letak minyak gamat..Disini Tie dapatkan info dari Jabatan Bomba. Renung2kan ..

Keselamatan Dapur

Perkara Isi Kandungan
Kebersihan Dapur
  1. Jauhkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resipi dan barang-barang mudah terbakar dari ruangan memasak. Pastikan rak dapur sentiasa bersih. Kotoran berminyak boleh disambar dengan api. Jauhkan barang-barang mudah terbakar seperti langsir dan tuala pembersih dari dapur memasak.
  2.  
Keselamatan Kebakaran Di Dapur Jangan meninggalkan dapur semasa memasak. Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan  yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar. Jangan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.

Keselamatan Ketuhar Gelombang Mikro Makanan boleh dimasak dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana ia menghasilkan kepanasan tinggi dan mendalam.Buka dan tutup dengan cermat semasa ia tidak lagi memanas. Gunakan sarung tangan basah. Pinggan, mangkuk, dll digunakan di dalam ketuhar adalah tersangat panas dan boleh menyebabkan anda melecur.

Keselamatan Letrik Di Dapur Hanya gunakan satu alat (jenis pemanas) untuk satu soket. Pastikan fius dan pemutus litar sesuai untuk memutuskan arus jika berlaku lebihan arus. Pastikan rintangan fius sama seperti yang diperlukan alat letrik. Wayar terbuka dan terkoyak perlu diganti. Sekiranya alat letrik terlalu panas atau berasap, matikan sumber letrik dengan segera

Memadam Kebakaran Di Dapur Jika kebakaran minyak berlaku di dalam kuali atau periuk:
  1. Padamkan api dapur. Tutup dengan tudung.
  2. Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk.
  3. Buka tudung perlahan-lahan.
 
 
 
Menangani Kebakaran Ketuhar
Jika kebakaran berlaku di dalam ketuhar:
  1. Matikan sumber letrik.
  2. Pindahkan ketuhar ke tempat terbuka.
  3. Pastikan ia sentiasa tertutup.