Monday 28 January 2013

DONUT

HMM DONUT VERSATILE


Assalamualaikum..takde apa yang Tie nak share hari ni kecuali donut. Donut Kali ni memang sedap dan lembut. Goreng kalau nak makan, jangan dibiar terlalu lama nanti jadi Dunkin doughnut kerasje..ikut macam J-Co nyum yum...
Jom Kita tengok resipi:
Bhn2
A
300gm tepung roti
200gm tepung kek
10 gm baking powder
10 gm yis
7 gm garam
90 gm gula castor
25gm tepung susu
B
1 biji telur gred A
air suam 250 gm
C
vegetable shortening 50 gm
Method
Kacau sebati bhn2 A, masukkan bhn B dan kacau 5 minit. Masukkan Bhn C dan kacau selama 15 minit sampai tidak melekat.
Rehatkan doh 10 minit. Terapkan dan rehatkan lagi selama 1 jam.
Goreng dengan minyak yang penuh dan terbalikkkan menggunakan kayu chopstick.

DECORATE WITH CHOCOLATE RICE
 
DITABUR DENGAN BIJI GAJUS DAN CHOCOLATE GANACHE     

Sunday 27 January 2013

BREAD PUDDING CARAMEL

Cuti & Bersantai di Rumah
Assalamualaikum...
Dah cuti panjang ni...tetamu kat rumah pun ramai..apa lagi mesti nak kena masak supaya tetamu takdelah keringje tekak kat rumah ni..Tie pun buat lah cream caramel ni tapi version ada roti tekturnya tak muaksangat dan padat sikit.
Puding caramel ni dah banyak kali Tie buat resipi boleh lihat disini
Seronok tengok apa yang kita masak tetamu suka sangat especially Kak Sha ( anak saudara Tie) memang berselera sangat, bertambah2  dia makan.
Hmm hubby pun suka kecuali anak Tie yang sulung memang tak suka makan benda yang lembik2.
Favorite kakak cuma nasi aduhai..takpela masing2 ada kegemaran masing2.
ENJOY!!

Saturday 26 January 2013

NASI GORENG KAMPUNG

SALAM MAULIDUR RASUL
Assalamualaikum...Hari ni Tie hidangkan nasi goreng kampung untuk anak2 . Kebetulan ada lagi lebihan nasi so apa lagi selain daripada nasi dibuang macam tu je lebih baik jangan membazir. Membazir amalan syaitan.
Nasi goreng kampung boleh dimakan bersama keropok atau telur mata..mm memang mengenyangkan.
Jom Kita tengok resipi Nasi Goreng Kampung
Bhn2
Nasi sejuk dalam 3 pot
Bawang besar-1biji
Bawang putih-2 ulas
Cili kering-3 sudu besar (Tie memang tersedia cili kering yang diblend 30 btg dan masukkan sedikit garam sebagai pengawet untuk tahan lama-simpan didlm fridge)
Kicap cair
Garam& Gula sebagai perasa
Ikan bilis-satu genggam
Method
Blend bawang dan ikan bilis. Tumis bahan blend bersama cili blend. Perasakan dengan garam dan gula. Tumis sampai kering dan garing. Masukkan Nasi dan masukkan kicap cair sesedap rasa.
Boleh dihidang dengan telur mata dan keropok.
KADANG2 TIE HIDANG BERSAMA SOSEJ FAVORITE ANAK2




Monday 21 January 2013

CHEESE TART

AS YOUR WISH


Assalamualaikum...
Hari ni Tie nak tayang cheese tart blueberry yang sama macam minggu lepas. Ada kawan2 satu office yang dah start order cheese tart. Bagi penggemar cheese tart memang dah tak boleh nak kata apa2, lepas je try sample haritu terus terpikat dan terpesona dengan cheese tart ni...wah perasan gitu..
bagi penggemar cheese tart kalau nak tanya pasal harga boleh tanya di comment bawah sana, insyaallah Tie akan reply. Tak ramai pun pengunjung blog Tie ni cuma kawan2 rapat dan adik beradik je.
Tapi Tie dah bersyukur dengan apa yang Tie ada sekarang sekurang-kurangnya kalau dulu apa...cheese tart..pun tak kenal..sekarang dah tau serba sedikit cara2 membuat nya..terima kasih Ya Allah sebab memberi petunjuk padaku...

Cheese tart yang dah siap dipek untuk kawan2 yang menempah.

THANKS ZIRA DAN SITI

Saturday 19 January 2013

SARDIN OLIVE OIL MASAK KICAP

MASAK SONANG2JE...
Assalamualaikum...Terima Kasih kepada yang sudi singgah di blog rosywhite kitchen..hari ni takde apa yang Tie nak share. Kebetulan pergi di giant ternampak sardin dalam can yang sangat cute new branding atau new product.
Tie pun terus capai dan beli dah nak try resipi Tie sendiri yang simple saje.
Actually macam2 jenis sardin product baru ni seperti teriyaki, olive oil dll
Jom kita tengok Resipi yang simple ni
Sardin extra virgin Oil
Bawang putih-1 ulas-diblend
Bawang merah-3 ulas-diblend
Bawang besar-1/2 biji-diblend
Kicap Pekat ABC-2 sudu besar
kicap masin-1/2 sudu besar
Sos Cili-2 sudu besar
Sos Tiram-1 sudu besar
Air-2 cawan
Method
Tuang minyak(olive) didalam tin sardin untuk menumis bhn blend. Masukkan campuran kicap dan sos cili dan tiram.Masukkan Air dan Biarkan sampai mendidih Masukkan sardin. Letakkan daun ketumbar sebagai hiasan.
SENANGKAN...
UNTUK BREAKFAST TIE SUKA HIDANG BIHUN GORENG
RESEPI BIHUN ANDA BOLEH DAPAT DISINI



BIHUN GORENG NI LAGI SEDAP DIHIDANG BERSAMA AYAM GORENG
WAH MEMANG KENYANG NI!!

Sunday 13 January 2013

BLUEBERRY CHEESE TART

NEW MENU KAWAN2



Assalamualaikum...hari ni Tie buat cheese tart..dah lama dah Tie cuba resipi dari blog masam manis kak azlita tapi kebetulan hari ni ada request dari kawan satu office nak cuba cheese tart ...Apalagi bersemangat la nak buat tart hari ni.
Tiap2 minggu sempena tahun baru 2013 ni adik Tie mesti membawa anak2 datang  dan study bersama anak2 Tie dirumah. Itu yang Tie kena cuba pelbagai resipi maklumla ada ramai yang boleh bagi komen. Kalau dah ramai tu kadang2 kesian juga sebab macam tak cukup je sebab ada yang Tie nak bawa ke office untuk food testing..kot2 la ada yang berkenan nak order boleh tambah pendapatan..
Tie pun ada azam baru sempena tahun 2013 ni , Tie akan bekerja bersungguh-sungguh dan somoga apa yang Tie hajati akan kesampaian..Insyaallah yang penting kita jujur dan amanah dalam apa jua yang kita buat..


Jom tengok resipi blueberry cheese tart
Bhn.
Blueberry filling
Tart shell
Cream Cheese 250 gm
Castor sugar 50 gm
Esen Vanilla 1 sudu teh
Telur 1 biji
Method
Pukul Cream Cheese dan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanilla. Letakkan blueberry filling dan letakkan adunan cream cheese dan decorate color kesukkaan anda.
Bakar selama 8 minit di dalam 170C.
CUBA JANGAN TAK CUBA!!



Saturday 12 January 2013

PASTRY CARBONARA SOS

JANGAN MAMBAZIR
Assalamualaikum....
Puff pastry lagi..puff pastry ni senang je sebab dah ready made jenama kawan ..boleh beli kat mana-mana pasaraya besar seperti giant. Kebetulan minggu lepas ada lagi lebihan sos carbonara apalagi boleh dijadikan inti puff pastry.
Pastry Kawan dan Sos Carbonara
Makanan yang cepat dan mudah ni memang sesuai untuk ibu2 yang mempunyai keluarga yang besar dan ingin makan makanan yang bertaraf tiga bintang , kira high quality sikit.
boleh create macam2 shape yang kamu suka
Hari ni Tie serahkan tugas2 memasukkan inti, membalut  dan membuat keseluruhan puff pada kakak dan adik. Memang they all enjoy doing all this cooking things...cooking is fun isn't?
Untuk nampak lebih cantik sapukan telur dan taburkan bijan...Nampak lagi mengancam.
Sekarang anak2 Tie dah boleh berdikari dan mereka membesar didepan mata ...anak2 perempuan lebih cepat matang dan senang dididik kedapur dan mereka patuh dengan segala suruhan...Alhamdullillah...Tie bersyukur sangat2.
ENJOY!!

Wednesday 9 January 2013

KEK BUAH KUKUS

SECOND TRIAL...
Assalamualaikum...
Hari ni Tie nak tayang kek buah lagi...tapi telah diimpove sekali lagi...
Nak tahu apa yang yang Tie impove dalam resipi ni...hehehe tunggu..
Resipi Asal dari my beloved sister
Resipi yang dulu Tie guna buah2an dari kedai bagus je..buah2 nya kering sedikit dan murah.
Resipi hari ni Tie beli buah prune dari sunsweet dan buah kismis california memang juicy dan besar dan tidak kering,,,hmm barulah mengancam
Resipi ni berderai sedikit sebab Tie letak buah2 banyak sikit
Jom Kita tengok resipi Ya..
Bhn2
Tepung gandum 600 gm
Cream of tartar 1 sudu kecil
Bikarbonat 1 sudu kecil
Campuran buahan(prune, ceri merah, ceri hijau dan kismis) 500gm
Gula castor-1 cawan
Gula icing-1 cawan-Tie tak nakmanis sangat
Gula hangus(1 cawan air dan 1 cawan gula pasir)
Esen vanilla -1 sudu
Butter- 1 1/2 ketul
Telur 4 biji
Method
Kukus pengukus dan Alas loyang dengan alas minyak. Pukul Butter dan gula sampai kembang. Masukkan telur satu demi satu. Masukkan esen vanilla. Ayak tepung, cream of tar2 dan bikarbonat dan gaul dengan campuran buah2an. Masukkan campuran tepung kedalam adunan butter. Masukkan gula hangus. Kukus selama 4 jam.
Rasanya memang tak manis...seperti yang diubah

MERIAH PENUH DENGAN BUAH-BUAHAN

Sunday 6 January 2013

SOS CARBONARA

APALAGI SPAGHETI TIME...

 Assalamualaikum..Hari ni takde apa yang Tie nak hidang untuk breakfast cuma spaghetti carbonara.
Kebetulan adik dan anak saudara pun datang rumah apalagi untuk breakfast mesti hidang yang heavy sikit, sebab anak Tie tahun ni dah nak UPSR so kena struggle dari awal lagi...berpakat dengan sepupunya untuk study sama2..boleh share ilmu
Perut kenyang ilmu mu senang masuk...
 Jom kita tengok resipi carbonara Tie..
Bhn2
Jejari ketam -10 btg dipoyong bulat2
Ayam cincang-1 paket brand ayamas
Sos carbonara-fresh cream, onion-brand leego
Air -1/2 botol sos carbonara
lada hitam-2 sudu kecil
Lada putih dan garam
Spaghetti
olive oil-2 sudu besar
butter-1 sudu besar
Bawang besar-diptg dadu
Method
Masak air didalam periuk bersama garam sehingga mendidih dan masukkan spaghetti. Setelah spaghetti masak tapis air dan gaulkan dengan olive oil.Ketepikan
Masukkan olive oil(1 sudu besar) didalam pan dan masukkan ayam yang digaul dengan garam dan sedikit lada putih, goreng sehingga ayam masak.Ketepikan
Masukkan butter didalam kuali dan masukkan bawang dan tumis hingga naik bau. Masukkan jejari ketam dan ayam gaul hingga sebati. Masukkan sos carbonara dan air kacau sebati. Masukkan lada hitam dan boleh dihidang bersama spaghetti.
SELAMAT MENJAMU SELERA!!




Saturday 5 January 2013

STRAWBERRY JELLY

HAPPY NEW YEAR!!
Assalamualaikum...Tie nak sangat wish you all Happy New Year..rasanya belum terlambat lagikan...
Maklumlah Tie kerja bertambah2...nak2 production kat kilang tu maksimum sangat semua nak kena observe itu yang bersarang blog rosy ni..
Hari ni pun Tie takde menu yang menarik sangat cuma jelly strawberry untuk sejukkan badan anda...
Pada tahun baru ni macam2 kita dengar ada orang berazam nak kerja lagi rajin, ada juga berjanji tak nak ponteng ada yang dah dapat bonus dan mungkin ada juga yang dapat promotion. Hmm itulah dunia, itulah manusia rezki masing2..Apa2 pun Tie bersyukur alhamdullillah dengan apa yang Allah bagi dekat Tie dan keluarga Tie sekarang. Cuma kalau yang mana ada lebih tu jangan lupa bersedekah dan membayar zakat ya..
Buah strawberry ni memang favorite anak2 especially baby irsyad. So disebabkan baby demam pun dah baik mama hadiahkan jelly strawberry ....satu family enjoy the dessert..Nyum..
Lebihan buah peach dipotong dadu dan dimasukkan dalam jelly