Monday 29 October 2012

BUTTERSCOTCH CAKE

Nak cuba resipi cake yang baru...

Assalamualaikum....
Butterscotch cake adalah salah satu menu di Hari raya juga...
Butterscotch cake diambil dari blog Masam Manis
Minta halal ya Kak ada juga yang diubah mengikut citarasa sendiri namun kebanyakan mengikut resipi akak 98%
RESIPI: BUTTERSCOTCH CAKE
Kek Di Lapisan  Atas Tie Pilih Kek Span Vanilla
Kebanyakan family Tie amat menggemari Kek Span
Bhn A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor
Bhn B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95gm tepung
15gm susu tepung 
70gm butter dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang 8". Griskan loyang dan alas dasar dengan kertas minyak. Pukul bhn A hingga ringan dan gebu. Putar putih telur hingga kembang. Masukkan 100gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku. Kaup dan balikkan putih telur dlm bhn A hingga sebati. Ayakkan tepung bersama susu tepung dan kaup balik kedlm adunan tadi. Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik hingga adunan sebati. Tuang adunan kedalan loyang 8". Bakar pada suhu 170C selama 20 min. Keluarkan segera setelah masak. Letakkan kek diatas redai hingga sejuk.
Kek Span Vanilla
RESIPI:Hazelnut Sponge Cake
Kek Di bahagian bawah
275gm Tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
secubit garam
Semua bahan diatas disatukan dan diayak
150 gm mentega tanpa garam-dilembutkan
220gm gula perang
2 biji telur bersaiz A ~suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
2/3 cawan buttermilk~suhu bilik (Tie masukkan susu + 1 sudu besar lemon juice-biarkan 5 min)

Method
Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang 8". Griskan loyang dan alas dasar dengan kertas minyak.Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula perang dengan kelajuan sederhana hingga berkrim. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus putar hingga gebu.
Tambahkan esen vanilla dan paste hazelnut(nutella) dan terus putar hingga sebati.
Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk.
Bakar kek dlm oven pada suhu 170C selama 50 minit@ hingga kek masak.

Resipi:Kacang Karamel
1 sudu besar mentega
2 cawan pecan nut
1/3 gula biasa
2 sudu besar madu
Kacang dipanggan terlebih dahulu dlm oven selama 170C 5 min. Masukkan  butter dan masukkan gula hingga keperangan diatas apai yang perlahan. Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair. gaul rata kacang yang telah dipanggan tadi dan tuangkan diatas baking paper. Buarkan ia mengeras dan cincang sedikit, ketepikan.

Layer Atas kek span dan Layer Bawah kek Hazelnut
Butterscotch Sos
1/3 mentega
2/3 gula perang
1/2 light corn syrup
garam secubit
1/2 cawan whipping cream
Mula2 ambil 1/3 mentega dn masukkan kedalam periuk kecil. Panaskan atas api yang sederhana hingga butter melt. Kemudian masukkan gula perang masak hingga gula melarut. Masukkan corn syrup dan secubit garam. Masukkan whipping cream kacau hingga pekat.
Penyediaan Cake
Ambil cake hazelnut untuk layer bawah letakkan atau sapukan butterscoth sos kat atasnya dan taburkan karamel pecan nut  yang telah dicincang dan letakkan whipping cream yang dipukul kaku.
Di bahagian atas letakkan kek span vanilla dan decorate menggunakan whipping cream. Corakkan dengan butterscotch sos dan letakkan karamel pecan nut dibahagian tepi kek.


SELAMAT MENCUBA!
SALAM EIDULADHA


Sunday 28 October 2012

BINGKA NESTUM

Salah satu cara nak habiskan Nestum....
 Assalamualaikum...
Rata2 semua kawan2 dah selamat menyambut raya haji, kepada sesiapa rezeki yang melimpah ruah dah selamat menunaikan ibadat haji. Alhamdullilah... Mudah-mudahan rezki Tie akan segera dipermudahkan untuk mengerjakan rukun yang kelima ini.
Rupa Bingka Nestum yang belum masak
Bingka yang panas2 memang hebat!!



Selamat Menjamu Selera!!!

Saturday 27 October 2012

DAGING MASAK HITAM

Hitam manis hitam manis yang hitam manis pandang tak jemu rasapun enak....
hah terkejutkan hitam you..tapi rasa menawan
Assalamualaikum....
semalam Tie asyik cerita pasal nasi pelangi, inilah pasangan nya...tak menawan ke...
Dan namapun hari raya menu nya pun kena lah special berbanding hari2 yang lain. Ini hanya cadangan dari Tie untuk bagi idea dekat adik2 atau kakak2 di luar sana yang ingin mencuba resipi yang enak2.
Resipi Daging Masak Hitam ni sekali lagi Tie ambil dari dapur mamasya. Memang sedap dan menyelerakan. Tak rugi Tie mencuba terima kasih banyak2 kepada penyumbang resipi ni.

Resipi Asal Dapur mamasya
RESIPI DAGING MASAK HITAM
Bhn2
3 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
Daging-1/4 kilo
1 kuntum bunga lawang
2" kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
stok daging
minyak untuk menumis
Bhn Kisar
1 biji bawang besar
2" halia
3 ulas bawang putih
20 biji cili kering
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil ketumbar
Method
Panskan minyak, tumis bhan hiris bg lawang dan kulit kayu manis dan tumis bhn kisar hinga naik wangi dan garing.
Masukkan daging dan air , garam dan gula masak sampai empuk. masukkan kicap pekat dan air asam jawa dan stok daging. tambah garam dan gula secukupnya jika perlu. Boleh dihidang.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!
Menu tambahan di pagi raya


Friday 26 October 2012

NASI PELANGI

Or Rainbow Rice, Nasi Hujan Panas, Nasi Warna Warni
Tie guna beras Pusa Gold 1121 Jasmine
Assalamualakum...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.. Tie tak balik kampung malah semua keluarga berkumpul diKL untuk celebrate Raya Haji. Sederhana aje.. Sempena hari yang mulia ni Tie nak share apa sebenarnya Hari Raya Aidil Adha..Tie dapati dari wikipedia..supaya kita sama2 medekati dan mendalami manfaatnya..Insyaallah

Hari Raya Aidiladha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Allah-eser-green.png
Sebahagian dari siri berkaitan
Islam
Rukun Iman
Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji
Kota Suci
Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri • Aidiladha
Hukum
Al-Quran • Sunnah • Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik
Lihat juga
Kritikan • Islamofobia
Glosari
Portal Islam
 p  b  s
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Hari Raya Aidiladha dalam hadis

  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.[2]
 Tie rasa menu yang sesuai untuk memeriahkan suasana Hari Raya ialah memberi kelainan berbanding dari hari2 yang biasa.
Gaya nasi diubah dan diolah sedikit supaya tetamu yang hadir nampak lebih berselera dan lebih meriah .
Jom intai resipi dari blog rosywhitekitchen
Resipi Asal dari dapur dapur mamasya

RESIPI: NASI PELANGI

Bhn2-agak beralainan dengan dapur mamasya sebab keluarga tak besar.
4 pot beras basmathi (1/2 kg)-air sama banyak dengan beras
1 labu bawang besar*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2" halia*
1 kuntum bunga cengkih
1" kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 kelopak bunga lawang
1 tin susu cair
pewarna hijau, merah dan kuning (1 sudu teh color + 2 sudu teh air)
2 sudu besar minyak sapi brand QBB.
Metho  

Panaskan minyak sapi, tumis bhn kisar  * dan rempah 4 sekawan. Sampai garing. Dan pindahkan kedalam rice cooker. Masukkan air , garam, susu    dan beras yang telah dibersihkan. Maaf ya method pun berlainan dengan Dapur mamasya, telah diolah sendiri namun ia menjadi Ya!!. Bila nasi hampir kering buat 3 lubang dan masukkan 3 warna yang berlainan, Kalau tengok gambar yang Tie ambil color hijau tidak kelihatan, mungkin masa mengambil nasi tidak kena bahagiantu ya, Faham2 jela..
Tutup kembali lubang color tadi dan tutupkan periuk nasi dengan aluminium foil dan letakkan lesung batu keatas penutup supaya ia tertutup rapat. Tips ni amat penting kalau ikutkan pantang larang dari dapur mamasya. Ok selamat mencuba!!
 



Sunday 21 October 2012

CUCUR JEJARI KETAM

Makan Pagi ....
Assalamualaikum...
Terima Kasih Kepada yang masih sudi tengok2 menu dan resipi di blog Tie. Tie bukannya apa..kalau hubby dah outstation, mami pula ada kat rumah banyak masa sikit sebab dah ada orang yang tengok2kan sikecil syed junior tu. Bolehlah bersantai didapur. Resipi ni dah lama Tie cuba dan dah ramai kawan2 blog yang dah mencuba cuma Tie yang terlambat dan post di blog rosywhitekitchen.
Resipi ni dah menjadi kegemaran anak2 Tie so Tie pun tidak melepaskan peluang untuk manambahkan koleksi resipi favourite kat rumah. tak rugikan. Lagi banyak resipi lagi menarik. Anak2 akan puji maknya suka try resipi yang best2. Kalau tak jadi diam2 sudahle...hehehe.
Jom kita tengok resipi kegemaran anak2 Tie. Tie pun dah lupa dari blog mana, tie minta halalkan dan Tie minta maaf banyak2 sangat sebab lupa nak tulis dari blog mana.

Resipi: Cucur Jejari Ketam
Bhn2
Jejari ketam 10 btg dipotong bulat2
Bawang besar saiz kecil -1 biji*
Kiub ayam -dihancurkan
Baking powder-3/4 sudu kecil
Tepung gandum-1 1/4 cawan
Serbuk Kunyit-1/4 sudu kecil
Garam-1/2 sudu kecil
Telur 1 biji*
Air 1/2 cawan-resipi sebelum ni 1/4 cawan tapi Tie lebihkan supaya sedang diadun*
Method
Kisarkan bahan * dan asingkan. Bekas yang berlainan masukkan bahan2 kering seperti tepung gandum, baking powder, kiub ayam, sebuk kunyit dan garam. Kacau sebati dan masukkan jejari ketam. Kacau. Akhir sekali masukkan bahan kisar dan kacau sebati.
Biarkan adunan di dalam peti sejuk selama 1 jam dan Goreng seperti biasa.
Selamat Menjamu selera di pagi Ahad!!




Saturday 20 October 2012

LUNCH MENU

BELI SAJE....

Assalamualaikum.... Hi kawan2 semua takde apa yang nak diupdate kat blog rosywhitekitchen selain dari menu mudah dan simple. Lagi senang pergi kedai dan belije..
Kebetulan ada order biskut makmur, apa nak buat terpaksa singgah kedai beli bahan2 untuk biskut dan sambil menyelam sambil minum air. Beli terus untuk menu lunch.
Ikan bakar tawar
Ikan Bakar ni kegemaran mami, kebetulan dia nak datang rumah so beli lah sekali ikan bakar ni . Kedai Ayam kampung di Kota Damansara memang selera orang pantai timur.
Air asam memang padan dengan ikan bakar
Ulam yang serba sedikit.

Kebetulan kakak dan adik baruje habis peperiksaan akhir tahun, merekalah yang banyak membantu mengentel biskut makmur. Kami mula menguli tepung dari pukul 4.40 pm pukul 12 malam baru siap bakar dan gaul dengan gula. Memang memenatkan. Tetamu pun ramai yang datang adik dari taman melati dan family, Kna pun tunggu bola sampai malam. Nasib Baik kelantan yang menang, kalau tidak tak taulah apa nak jadi. Bola2...

Sunday 14 October 2012

NASI GORENG BERSAMA SOSEJ AYAMAS

Campak2 Je
Assalamualaikum...
Diharap kawan2 yang masih tengok2 blog rosywhitekitchen jangan serik2 ya...Maklumla Tie sekarang bekerja memang penat dan letih seharian. Cuma weekend je yang boleh dan sempat masak untuk anak2 dan suami. Dah tak sempat nak try itu dan ini. Tapi Tie akan selitkan juga kalau ada peluang. Sebab memang dah jadi hobby memasak ni. Teringin sangat2 tengok pelbagai resipi baru dari blog kawan2. Cuma perancangan yang perlu diatur dan disusun dengan lebih kemas.
Ini menu breakfast Tie Nasi goreng simple, tengok apa barang2 yang ada dalam fridge campakje.
Jom kita try nasi goreng yang sangat simple ni
Resipi: Nasi Goreng
Bhn2
Nasi sejuk dalam 1 1/2 pot
ikan bilis-segenggam*
Bawang besar-saiz kecil*
bawang putih 2 ulas*
cili padi-2 biji (kalau nak pedas tambah lagi)*
buah tomato-1 biji*
belacan-sebesar ibu jari*
udang kering 1 sudu besar direndam*
sosej saiz kecil
gula 1 sudu teh
garam secukup rasa
kicap pekat
 Method
Blend bahan2 yang bertanda* dan tumis sampai garing. Masukkan gula dan garam
Masukkan nasi dan kacau hingga sebati dan masukkan kicap pekat sesedap rasa.

Simplekan
Nasi goreng boleh dihidang bersama sosej atau ayam goreng






Sunday 7 October 2012

PUFF PASTRY JEJARI KETAM

Makan Pagi

Assalamualaikum,
Breakfast untuk pagi semalam masak mushroom soup yang dalam tin Campbell dan makan dengan roti sosej gardenia. Lunch and dinner deep fried gurut dan masak kurma daging.
Hari ni Tie masak puff pastry jejari ketam anak2 suka mama pun bahagia. Just for my breakfast. Untuk Lunch tak fikir lagi nak masak apa sebab tiba2 je gas kat dapur belakang habis. Hubby pun outsation. Buntu sekejap. Takpe kita tengok resipi Puff pastry yang sangat senang ni...budak sekolah pun boleh masak cuma mak nya kena ajar.

RESIPI: PUFF PASTRY JEJARI KETAM
Bhn2
Jejari Ketam
Puff pastry kawan
Method
Balut seperti gambar dibawah
2 main ingredient
balut jejari ketam dan kelar2kan bhgn atas
Sapukan sedikit telur untuk permukaan yang berkilat
Bakar 25 minit didalam suhu 190C
Nyum2 Boleh Dingap...