Monday 31 March 2014

MH 370

Gempar kehilangan pesawat MH 370 pada hari Sabtu 8 Mac 2014
Hari ke-17 titik akhir pesawat MH370 di Lautan Hindi diumumkan oleh PM .
Kita sedekahkan Al-fatihah untuk penumpang dan krew-krew MH 370.
Jalan2 school holiday 27-28 march 2014


Kek sponge and jelly balloons request dari Che Eny utk celebrate di sekolah.

4 layer sponge cake with chocolate rice disekeliling.
sponge cake each layer different color-green, pink, purple and turquoise blue. Jadi macam rainbow cake.
Kek layer yg pertama dijual . Kira kek experiment. So far tahan dlm 5 days.
Kek yang sama dengan pandan chiffon cupcake cuma Tie x letak pandan leave dan jus pandan, Tie ubah dengan food color dan vanilla essence. Kek ini Tie terpaksa buat preparation awal2 hr sabtu dua adunan, hari ahad dua adunan. Tie wrap guna plastic dan simpan didlm fridge. Hari isnin Tie frost dengan whip cream sebab besok Hari selasa dah kena bagi kat Che Eny. Hari Jumaat baru celebrate ptg kek. Hari Rabu kami bertolak ke Penang. Kerja...
Aktiviti hujung minggu utk syed irsyad.

Friday 7 March 2014

CHOCOLATE OREO FOR MY PRINCESS

HAPPY BIRTHDAY KAKAK -SWEET 13

Dah besar dah ada mama...
Ciri-ciri Kakak anak sulung mama.
Seorang anak gadis muslimah..harap-harap berkekalan hingga ke akhir hayat. Mama sentiasa mendoakan anak mama seorang yang soleh, taat pada ibu bapa dan cemerlang dunia dan akhirat . Aminnn...
Pergerakan yang Agak perlahan, apa jua perbuatan nya sangat slow, makan , mandi sambil menyanyi, apalagi nak bersiap-siap nak pergi ke sekolah, nak keluar jalan-jalan kami sekeluarga terpaksa tunggu dengan penuh sabar. Sekarang terpaksa bangun 5 pagi untuk ke sekolah dan dalam tempoh satu jam kakak sempat bersiap ke sekolah.
Kakak memang gemar makan Nasi, satu hari tak dapat Nasi maka tidak lengkap menu hari itu. Kalau keluar jalan-jalan nasi juga yang dimintanya, tak kiralah nasi ayam, nasi goreng, nasi ayam kampung, nasi ayam penyet.
Kakak juga active di sekolah, ada saje activity yang terlibat, lawatan, tilawah al quran, hafazan,  badminton.
Chocolate oreo as per her request untuk celebrate with her friends di Sek Men Sek 8 Kota Damansara.
Chocolate Oreo ni senang sahaja, guna Choc compound dan biskut Oreo. Edible image diatas tema Ana Muslim. Sangat matching dengan kakak.
HAPPY BIRTHDAY MY PRINCESS-SWEET 13