Monday 29 April 2013

MASAK LEMAK UDANG

HAPPY BIRTHDAY TO MY MOM...
Assalamualaikum...
Bulan April adalah bulan yang paling busy disebabkan Tie , adik Tie dan Mami menyambut hari lahir pada bulan yang sama. Tie pula akan cuba buat kek untuk memenuhi permintaan dan citarasa masing2.
Tapi birthday Tie tahun ni takde orang bagi kek huhuhu disebabkan katanya dah pandai buat kek. Nak buat kek untuk diri sendiri tak sempat la pulak disebabkan bulan ni order pun tak henti2 dari warga kenrich.
Walau apapun Tie bersyukur dengan rezki yang Allah bagi...
Jom kita intai resipi...
Masak Lemak Udang Rosy White Kitchen
Bhn2
Udang dari Sabah
Daun kunyit dicarik2
Bawang merah 5 ulas*
Belacan-ibu jari*
Lengkuas-ibu jari
Serai-3 batang
Bawang putih 2 ulas*
Santan-Kelapa 1 biji
Cili Merah-2 btg*
asam keping
garam
Method
Masukkan santan, dan bhn kisar*.
Masukkan udang dan asam keping.
Perasakan dengan garam.Masukkan daun kunyit dan serai.
Siap dihidang.
SENANG DAN SEDAP...THUMBS UP!!!
TERIMA KASIH LIZA, KAK INA DAN RAJES KERANA SUDI MENEMPAH CHEESE TART
Strawberry Cheese Tart dan Blueberry Cheese Tart antara tempahan favorite kawan2.
Cubaan bake chiffon cake hehehe..tak berapa nak jadi...Lain kali I try lagi...


Friday 26 April 2013

HAPPY BIRTHDAY ....

HMM...Ya Allah Terima Kasih Kerana Panjangkan Umurku...
Assalamualaikum...
Terima Kasih Hubby kerana celebrate birthday ditempat favorite Tie.

hmm Ini antara menu favorite Tie..New Zealand Lamb Rack BlackPepper..
Terima Kasih Zira
Terima Kasih KIna
Terima Kasih Siti
Terima Kasih kawan2 Kenrich yang menyokong dan sokmo order dari rosywhitekitchen.

Sunday 21 April 2013

CARROT CAKE

HAPPY BIRTHDAY MY SISTER....
Assalamualaikum..
dah banyak kali Tie buat Carrot cake....tapi kali ni adik Tie tak suka kacang didlm cake special made dia nak tambah kismis.
Kakaknya ikut saje...
Happy Birthday 14 April 2013....
Terima Kasih kepada Zira yang menempah Blueberry Cheese Tart

RM20 = 25 pcs minimum order.

Wednesday 17 April 2013

SPAGHETTI WITH PRAWN BOLOGNESE SAUCE

ULANG ALIK KE HOSPITAL
Assalamualaikum...
Hari Jumaat  Hubby terpaksa buat minor operation kat Tropicana Medical Center.  Habis kerja kami bergegas ke hospital dan menunggu sampai 9 mlm di depan operation theater. Alhamdullilah semuanya selamat. Hari Isnin  hospital benarkan hubby discharge. So lega kerana tak perlu kami anakberanak bergegas ulang alik ke hospital.
Kebetulan pada masa yang sama ada tiga tempahan dari kawan2.
Terima Kasih Komathy, K.Ina dan Rajesh atas tempahan anda.
Komathy menempah kek butter dan K.Ina dan Rajesh menempah kek Coklat Moist. Alhamdullilah rezki yang Allah bagi. Setiap tempahan harus dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur.

Jom kita tengok resipi
1 pkt sphagetti jenis halus
1 tin leego bolognese sauce
1 paket daging cincang
10 ekor udang harimau
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
cili kering-blend
Untuk perapan daging
oregano
garam
lada putih
lada hitam
cili flake
amoumt pearapan bergantung pada amount daging
Untuk Udang
rebus udang dengan sedikit garam dan bawang putih
Untuk sphagetti
masakkan air sehingga mendidih masukkan garam dan masukkan sphagetti
masak sampai lembut
Untuk sauce
Tumis  bhn kisar* dan cili blend dgn olive oil dan masukkan 1 tin bolognese leego sauce
masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan udang dan daging yang telah dimasak sedikit bersama bhn perapan.
Boleh dihidang.
SELAMAT MENJAMU SELERA!!







Monday 8 April 2013

BAKE LOBSTER

DISEBALIK LAHAD DATU ....
Assalamualaikum...
Alhamdullillah hari ni berjaya juga buat homemade lobster,,
Lobster ni Hubby beli kerana kali kedua terpaksa bergegas ke Lahad Datu atas urusan kerja dan gangguan perceroboh. Terpaksa pergi kerana tugas...
Resipi ni Tie pinjam dari Rasa malaysia dengan gubahan sikit2 dengan bahan2 apa yang ada kat Rumah.
Jom Tengok Resipi
Lobster saiz kecil 3 ekor RM60..dah mahal tu...
Parmesan cheese
Daun ketumbar-1 genggam
Parsley Flake- 1 sudu kecil
Dried Tyme-1 sudu kecil
Heavy Cream
Garlic cincang halus-4 ulas
Butter
Garam
Black Pepper
Tepung gandum
Method
Potong lobster atau belah dua. Cuci bersih. Taburkan garam dan black pepper- lobster. Tumis butter dan garlic sampai wangi, masukkan cream hingga boil. masukkan Garam secukup rasa. Masukkan dried tyme, parsley dan daun ketubar yang dicincang halus. Letakkan tepung gandum sedikit sehingga kuah pekat.
Curahkan adunan cream ke atas lobster dan taburkan parmesan cheese sebanyak mungkin sehingga menutupi isi lobster.
Bakar lobster selama 25-30 minit pada suhu 190C.
SELAMAT MENJAMU SELERA...
Thanks Kak Ina Choc. Cake Order