Saturday 28 September 2013

HASIL LAUT SABAH

REZKI YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH
KETAM
UDANG JEPUN
IKAN KERAPU
Kepulangan Hubby dr Sabah.
Macam Nelayan pulak.
Tapi memang kami sekeluarga gemar makan seafood. Especially Udang. Hari ni Tie masak kari ketam dgn deep fried garoupa( kerapu). Kalau makan di restoran Thai di KL Harga lebih kurang RM 250. Seekor kerapu dimasak deep fried and kari ketam dlm 2 ekor.
Kos kami beli semua hasil laut diatas tidak lebih dr RM 250.
Kari ketam menu yang selalu Tie publish di blog. Kari Ketam antara menu yang digemari oleh anak2.
HAPPY BIRTHDAY AMY
Hokkaido kek yang Tie buat as her wish. Mungkin resipi ini Tie perlu modify lagi supaya dapat tekstur kek yang lembut & diminati ramai.

Friday 27 September 2013

HAPPY WEEKEND NASI LEMAK SAMBAL SARDIN

RELAX & EASY
ASSALAMUALAIKUM...
Actually menu breakfast nasi lemak Tie buatkan pada hujung minggu lepas. Kakak masih lagi dgn final exam UPSRA untuk sekolah agama dan adik bersediap sedia untuk final exam akhir tahun. Tie buatkan heavy breakfast so anak2 ada tenaga untuk buat rujukan whole day.
Kebetulan barang basah ikan, ayam dah habis. Hubby masih lagi outstation. Tie perlu gunakan apa ada di dapur dengan bijak. Ikan bilis yang dibeli dr Pulau Pangkor memang sangat sedap jika digoreng garing. Keropok Cap Ikan Mas dr Trengganu memang sangat ngam digandingkan dengan nasi lemak. Telur rebus Gred A dibelah dua menambahkan protein untuk anak2.
Nasi Lemak Sapi Tie ikut resipi dr sinar kehidupan. memang senang dah mudah.
Tie menggunakan minyak sapi QBB dan santan kotak 1/2 cup dan air 3 cup. Kacau menggunakan chpstick sebab beras basmathi senang patah.
Sambal tumis sardin Tie menggunakan sardin medium size-3 ketul sardin. Blend kering bawang merah (6 ulas) bawang putih(3 ulas) belacan sebesar ibu jari, cili blend dlm 20btg , minyak sunflower untuk menumis. air Asam jawa 1/2 mangkuk kecil.
Tumis bhn blend masukkan sardin dan asam jawa. Balancekan dengan gula dlm 3 sudu kecil. Siap dihidang.
Enjoi....

Monday 16 September 2013

MACAROON

SWEET TIME
Assalamualaikum..
Cubaan pertama untuk macaroon, nampaknya success...tak susah sangat kalau anda ikut tips tips seperti dlm blog2 masakan
Tips Pertama:
Ayak ground almond and icing sugar
Tips Ke-2:
Rehatkan mecaroon sampai tak melekat sebelum masuk dlm oven
Tips ke-3:
Pastikan oven suhu yang tidak terlampau panas ~150C dan bakar selama 15-20 minit.Tie rasa 20 minit memang dah cukup.
Tips Ke-4:
Simpan didlm bekas udara didlm fridge.
Bhn2
80 gm putih telur
65 gula gula castor

80 gm ground almond-ayak
140 gm gula icing-ayak

Pukul putih telur & gula castor sampai bertanduk
kaup balik almond dan icing sugar sampai flowable batter
Bulatkan parchment paper dgn duit 50 sen 
Pipekan macaroon batter bulat2
Biarkan selama 20-30 minit sampai tidak melekat dijari
Masukkan dlm oven dan bakar selama 20 minit.
Rehatkan macaroon yang masak dan apabila sudah sejuk simpan di dlm fridge.
Sapukan blueberry jam untuk dapat rasa yang terbaik.
ENJOY!!
HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES UNTUK MY COUSIN AFIQAH..
  
HAPPY BIRTHDAY MY LOVELY COUSIN
Untuk cup yang kecil molek ni Tie dapat 21 bekas dlm satu adunan.


Wednesday 11 September 2013

HAPPY BIRTHDAY AND ANNIVERSARY 20 YEARS

banyak lagi yang perlu diperbaiki dlm hubungan kami...
Assalamualaikum...
Besok Tie akan bertolak ke Penang bersama kawan baru ...
Hari ni Tie sempat cuba resipi kak citrasawan tapi tak berapa menjadi puff nya...sebab ada step2 yang Tie x follow betul2..konon nak cepat , tengok tak gebukan..
Lain kali Tie akan follow betul2..
Tie buat creme puff hari ni bukan apa, semalam ada lebihan vanilla custard dr hokkaido chiffon cupcake tak nak bazir , boleh guna dlm creme puff pula...Planning mesti baik punya..
Antara menu dinner last night
Kambing Bakar, Calamari Ring, Ice cream Strawberry Yogurt, Hokkaido Chiffon cupcakes, Bakes slices potato, ayam masak kicap..
KAMBING BAKAR
Tie perap kambing dgn olive oil, blackpepper, garam, honey, sos lada hitam sarawak, oregano, dried parsley selama 4-5 jam . Then grill dgn pan grill cast iron selama 4 minit setiap satu side then alih side yg satu lagi pun memerlukan masa 4 minit juga.
Kentang bakar ni cuma untu side dish saje. Tie potong menggunakan food processor then tabur garam & blackpepper bakar dlm oven sampai dia rangup.
Ice Cream Strawberry Yogurt Tie pernah publish sebelum ni..dan tg lain 2 tu instant saje...



Monday 9 September 2013

HOKKAIDO CHIFFON CUP CAKES WITH VANILLA CUSTARD

HAPPY BIRTHDAY MY LOVE & HAPPY ANNIVERSARY
Assalamualaikum....
Hari ni boss tak benarkan Tie bekerja di ofis sebab ada audit so Tie bekerja dr Rumah...
Tapi ini semua ketentuan Allah...Hari Ni anak sulungku Sharifah Abharina menduduki peperiksaan UPSR dan hari ni juga adalah hari lahir suamiku Syed SyamsulHaris...
Hari ni hari ulangtahun pertemuan Tie dan Hubby dan Hari ni Juga genap setahun Tie bekerja bersama Kenprima...
Kalau dah bekerja dirumah apalagi mula2 mengisi masa lapang, mengemas rumah, masak untuk celebrate all occasion dan this cake dibuat khas untuk suamiku...yang tercinta...
Tie mencuba resipi kek dr blog Rima. Kek yang memang sedap dan custard yang sangat padan dengan cake ini. Kawan satu office request untuk Tie cuba kek ini, katanya sedap and as her wish I will prepare for her birthday celebration as well.
Jom Kita share Resipi. Ada yang Tie tukar sedikit dr Resipi Rima. Minta halalkan ya!
Hokkaido Chiffon Cake with Vanilla Custard
Bhn2
(A)
4 yolks-large eggs
70g sugar-fine granulated sugar
(B)
2g salt
1 tsp vanilla extract
(C)
80 ml fresh milk
60 ml sunflower  oil - mazola
(D)
135 g cake flour
4g baking powder
(E)
6 whites
50g sugar
Method
Preheat oven 170C
Arrange paper cup-13 pcs
Mixed (A) untul pale yellow , add (B) followed by (C) and sieve (D) and mix well.
Whisk whites till foamy, add sugar until soft peaks. Take 1/3 of white fold in with yolk mixture and follow by the rest. Bake abt 18-20 min (170C)
ENJOY!!





Sunday 8 September 2013

Dah habis raya...

Ramai org dah start menunaikan ibadat haji
Tie bila lagi?
Assalamualaikum...
Hari ni Tie bekerja dari rumah....kerana ada sebab2 tertentu...
Dah habis syawal..tapi ada juga Tie dengar minggu lepas org masih buat open house...agaknya dah plan2 tertangguh pula..tu yg jadi terlepas syawaltu..
Hari ni Tie cuba buat granola bars or energy bars. Good for breakfast...Nak cepat dan senang untuk breakfast anak2 Tie ambil resipi dr Martha Stewart.
Tak payah bake dan masak lama2. Resipi ni Tie olah dan ambil dr apa yang ada kat dapur rumah Tie.

Jom kita share resipi
1 3/4 cup nestum
1 1/4 cornflake
1/4 sunflower seed
1/3 chocolate  chips
1/3 brown sugar
1/3 sunflower oil
1/3 honey
Method
Mula2 letak parchment paper dengan loyang kek square  size 7"
Masak honey, minyak dan sugar dlm 1 minute.
Letakkan dry ingredients dlm mangkuk adunan dan masukkan wet ingredient yang dimasak tadi dan kacau sebati.
masukkan didlm loyang dan  taburkan choc chips dan tekan hinggan mampat.
Anda boleh rujuk resipi martha stewart granola bars

Tie pack granola bars menggunakan parchment papers dan ikat menggunakan reben yang cantik sikit.
Anak tentu suka dan bawa bekal ni ke sekolah. Beri semangat especially kakak yang akan menghadapi UPSR besok.
Tie berhasrat untuk minggu ni Tie akan prepare breakfast yang lebih menarik dan sihat untuk anak2 supaya kakak lebih bersedia dan yakin dlm menjawab soalan peperiksaan.
Seperti pagi ni Tie menyediakan nasi dan rendang asam , sebiji epal untuk memberi tenaga.
Puding Roti Karamel juga Tie prepare untuk menu ptg semalam. Resipi dah ada didlm blog ini.





Sunday 1 September 2013

CELEBRATION....

Doa & Majlis Baca Yasin, Merdeka, Birthday Party, Rumah Terbuka Aidilfitri
Assalamualaikum...Empat celebration dalam satu hari...
Kenapa Tie boleh buat 4 majlis dlm satu hari..sebab pada masa yang sama memang nak diraikan 4 acara..
Majlis Doa & Baca Yasin...
Che Eny, adik Tie yang organize majlis ini, kebetulan anak Tie dan anak Che Eny sebaya, Danish & Kakak Pah Reen menduduki UPSR dan kakak Pah Reen UPSR & PSRA. Kami adikberadik, Che Na & suami, Adik & family, Che eny & family membaca yasin beramai2 dan mendoakan semoga Kakak & Danish berjaya menduduki Peperiksaan pada 10hb Sept 2013.
Merdeka
Kebetulan semalam cuti sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke-56, kami adik beradik dapat bersama di bumi Malaysia yang penuh dgn aman damai. Suasana ini tidak dapat dikecapi dibumi Arab seperti Mesir dan Palestin. Bumi mereka dipenuhi dengan darah muslim yang tidak berdosa dan naif. Ya Allah, jauhkan kami dari malapetaka dan berkati kehidupan kami..

Birthday Party
 Alang2 menyeluk pekasam...Tie sempat buat kek semalam sempena birthday adik Pah Aween dan sempena berkumpul beramai2 bolehlah celebrate birthday sekali...

Tie beli ketiga2 hadiah untuk anak2 supaya masing2 Happy dan tak kecik hati....Kakak dapat Bantal Snow White, Adik dapat bantal Cinderella dan Irsyad dapat mainan Ironmen His favourite toys at this moment.




Jamuan Aidilfitri
Che Eny membeli gulai ikan , gulai ayam , puyuh goreng dan acar timun. Che Eny juga bawa air mineral.
Adik dan isterinya membawa coklat kek, ayam paprik.
Terima Kasih semua . Tie menyediakan puff pastry jejari ketam, kurma almond selain dari butter cake with fondant.
Alhamdullilah
Orang yang paling istimewa yang tak join hari ni adalah walid, my hubby sebab kena keluar melaksanakan tugas, kata lain kena pi outstation.