Friday, 7 March 2014

CHOCOLATE OREO FOR MY PRINCESS

HAPPY BIRTHDAY KAKAK -SWEET 13

Dah besar dah ada mama...
Ciri-ciri Kakak anak sulung mama.
Seorang anak gadis muslimah..harap-harap berkekalan hingga ke akhir hayat. Mama sentiasa mendoakan anak mama seorang yang soleh, taat pada ibu bapa dan cemerlang dunia dan akhirat . Aminnn...
Pergerakan yang Agak perlahan, apa jua perbuatan nya sangat slow, makan , mandi sambil menyanyi, apalagi nak bersiap-siap nak pergi ke sekolah, nak keluar jalan-jalan kami sekeluarga terpaksa tunggu dengan penuh sabar. Sekarang terpaksa bangun 5 pagi untuk ke sekolah dan dalam tempoh satu jam kakak sempat bersiap ke sekolah.
Kakak memang gemar makan Nasi, satu hari tak dapat Nasi maka tidak lengkap menu hari itu. Kalau keluar jalan-jalan nasi juga yang dimintanya, tak kiralah nasi ayam, nasi goreng, nasi ayam kampung, nasi ayam penyet.
Kakak juga active di sekolah, ada saje activity yang terlibat, lawatan, tilawah al quran, hafazan,  badminton.
Chocolate oreo as per her request untuk celebrate with her friends di Sek Men Sek 8 Kota Damansara.
Chocolate Oreo ni senang sahaja, guna Choc compound dan biskut Oreo. Edible image diatas tema Ana Muslim. Sangat matching dengan kakak.
HAPPY BIRTHDAY MY PRINCESS-SWEET 13

No comments:

Post a Comment