Monday, 9 July 2012

UDANG GORENG MADU

Hari ke-11

Assalamualaikum
Minggu ni memang menu udang, udang dan udang. Hari ni  udang goreng madu menu makan malam kami. Memang kegemaran kami sekeluarga. Sesiapa yang inginkan pelbagai menu udang cubalah menu hari ini. Memang tidak mengecewakan.
Udang Harimau Kota Kinabalu
UDANG GORENG MADU
ORIGINAL RESIPI: sumbernya Tie dah lupa (yang pasti mesti dari bloggers yang famous) Minta ampun ya!

Bhn2 A
400 gm Udang Harimau
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
1 sudu kecil tepung jagung
Bhn2 B
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
 3 ulas bawang putih
Bhn2 C
3 sudu besar madu tualang (kira madu aslila)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis cap kipas udang
Bhn2 D
2-3 biji cili api
1 sudu besar jus lemon
sedikit daun ketumbar

Method
Gaul dan perap 10 minit udang dengan bahan A. Goreng hingga garing dan ketepikan.
Kisar bhn B. Panaskan minyak dan tumis bhn kisar hingga pecah minyak.
Masukkan Bhn C kacau sedikit kedlm bhn tumis. Setelah agak kering
Masukkan Bhn D kacau sekejap dan hidangkan.


Udang Goreng Madu

 Menu yang selalu ada diblog ROSY WHITE KITCHEN ialah menu yang simple, fresh and easy. Sangat sesuai untuk ibu2 yang bekerja dan masih boleh hidangkan menu yang menyelerakan.
Sample corn flake
Sample Chocolate Corn Flake yang ni Tie buat khas untuk sesiapa yang order cake dari Rosy White Kitchen. So kalau sesiapa berminat untuk order chocolate corn flake sudi sudikanlah.


No comments:

Post a Comment