Friday 20 July 2012

Birthday Cookies

Hari ke-17


Cookies ni memang Tie buat untuk kawan2 sekolah anak2 sempena Hari Jadi. Mula2 cuba buat cookies masa Birthday Kakak. Dalam 40 keping bentuk princess crown tapi Tie tak sempat ambil gambar. Hari ni Tie buat bentuk fish sempena birthday Baby Syed Irsyad. Dan segala bentuk yang senang dibuat.

Sebenarnya hajat dihati nak buat birthday baby tema sea world so banyaklah binatang2 laut dan semua tetamu memakai pakaian berwarna biru tetapi Hubby outstation dan terpaksa Tie batalkan niat nak celebrate birthday Baby. Tapi mungkin di tahun yang akan datang boleh celebrate birthday Baby. So cookies ni nak bagi pada  kawan2 kakak dan adik. Budak2 memang suka cookies yang manis ni. Tie pun tak berapa suka cookies yang terlalu manis.
cookies yang ini Tie letak fondant dan royal icing



Resipi dari Sweetopia (Lemon Cookies)
Kat blog sweetopia  macam2 design cookies yang anda boleh decorate dan siap dengan tutorial sekali. Kalau berminat bolehlah cuba.
Resipi ROYAL ICING boleh juga didapati di  Sweetopia
Gambar Birthday Boy yang Tie kumpul dan letak dalam Frame

Tapi Tie rasa lemon cookies kali ni keras sikit (budak2 suka jugak) tak macam vanila cookies (belum letak resipi) masa birthday kakak dulu lagi lembut. nanti lain kali Tie buat resipi untuk Adik guna vanilla cookies bersama dengan resipinya.


Nak buat butter cookies ni leceh sikit sebab lepas buat masuk fridge, lepas roll masuk fridge dan lepas tekap dengan acuan pun masuk fridge sebelum nak bakar. Sebab cookies ni memang senang cair sebab banyak butter dalam adunannya. Tapi dengan cara ni kita boleh ikut bentuk apa yang kita suka dengan lebih mudah kalau tidak ikut memang betul2 memang tak menjadi.
Order dari kawan2 kakak. Terima Kasih banyak2.


Cookies ni dibagi pada last sya'aban so menjelmalah ramadhan keesokan harinya. Tie buat juga cookies untuk cikgu2 bersempena ramadhan al mubarak. Selamat Berpuasa untuk kesemua umat islam. Semoga hidup kita dipenuhi dengan amalan dan keberkatan dari mu Ya Allah!.
Berenang renang ikan menuju ke lautan pasifik maklumlah berhujrah ke bulan Ramadhan.

No comments:

Post a Comment