Sunday 31 March 2013

DAIM CAKE

MANISNYA...SO SWEET...
Assalamualaikum...
Tergerak hati nak buat Daim Cake pasal ada kawan sekerja request nak try daim cake. Kebetulan minggu lepas hubby balik dari SABAH (LABUAN) banyak bawa balik daim. Apa kata kita try Daim Cake.
Nak buat Daim Cake ni remeh juga tapi takpe kalau tak cuba tak tau..ye..
Tie follow resipi dr Sousoukitchen Daim Cake Ikea
Tapi Daim Kek Ni manis gila huhuhu....
Rasa malas pulak nak tulis resipi , tapi almond base kena tambah masa untuk bakar lagi..yang ni untuk Oven kat rumah Tie.
Untuk layer krim tak perlu tambah gula dah cukup manis dah...sape2 yang tak suka manis sangat macam Tie..
Nasi goreng Tie prepare menu dinner semalam very simple recipe
Kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih pada Azrina kerana menempah carrot cake dan Komaty yang menempah coklat cake. Gambar Tie tak sempat nak ambil. Sorry...


Sunday 24 March 2013

HAPPY BIRTHDAY KAKAK PAH REEN

Ingat Bulan March Ingat Birthday My 1st Lovely Daughter
Assalamualaikum...
Tie dah banyak kali mencuba fondant kek. Kali ni agak ok juga . Tie mencuba resipi gumpaste untuk flower kecil2 yang ditampal atas kek. Guna gumpaste boleh buat fllower nipis2 , senang nak handle , tak melekit macam fondant dan cepat kering. Tapi gumpaste tak sesedap fondant.
2 ekor dove tie gunakan gumpaste juga. Kebetulan ada kawan sekerja yang ingin melihat burung merpati diatas kek. Tie cuba buat tapi version kurus sikit.
Kalau kakak mesti kek color pink apapun pink in color baru happy, Senyum sampai ke telinga.
Mama akan buat bagi anak2 Happy. Letih macammanapun Ibu akan bahagia kalau anaknya tersenyum.
Jom Kita Intai Resipi
120 gm dark chocolate-fine chop
30gm cocoa powder
240 ml (1 cup) boiling water
21/4 cups flour
2  tsp baking powder
1tsp baking soda
1/4 tsp salt
1 cup unsalted  butter (226 gm)
2 cups granulated white sugar
3 large eggs
2 tsp vanilla extract
1 cup fresh milk
Method
Preheat oven 177C. Place center rack of oven. Butter pan and line with parchment paper.
Dark choc and cocoa powder into boiling water and stir-melted set aside.
In separate bowl combine flour, baking powder, baking soda and salt
bowl of electrix mixer beat the butter until smooth. Gradually add sugar beat the mixture-fluffy(3-5 min). Add the eggs one at a time. Mixing well add vanilla extract and melted choc mix & beat to combine. Add the milk and flour mix in 3 addition and ending with the flour mixture.
Divide the batter into 2 pan. Bake for abt 25-40 min.
Remove the pan from oven and place on a wire rack to cool for abt 10 min.
Terima Kasih Anand





Sunday 10 March 2013

CHOCOLATE CAKE

AGAIN & AGAIN
Assalamualaikum..
Its the best & favorite cake in my family and friends. Kalau nak tau sebab apa Tie dah berkali2 buat choc.cake tapi yang ini Tie siram dengan simple ganache.
 Photo diatas yg belum disiram dengan ganache lagi.

Tiap2 minggu ada je kawan2 request nak Choc Cake so Tie kadang2 kalau free Tie akan try selitkan masa untuk bake a cake for my friends.
Walidnya semalam terpaksa bertolak ke Lahad datu ( 9 Mar 2013) Kejadian Sabah dicerobohi oleh penceroboh. Risau tak terkata, Kadang2 kalau bekerja terpaksa akur dengan tugas. Kami satu keluarga hanya berserah pada yang Kuasa, dan yang Esa, tawakal dan berdoa supaya semuanya selamat.
Ok sekarang selera anak2 dah berubah apa2 mesti ada ganache baru laju je makan. Hmm licin..
MASAK LEMAK LABU + AYAM
Assalamualaikum...
Menu ni dah lama Tie masak kebetulan Tie pergi Village Groccer nampak Japanese Pumpkin , Tiepun beli kebetulan dah lama nak masak lemak labu.
Sepatutnya lagi murah kita beli labu kat pasar malam je atau pasar tani kan..Tulah..heheh
Minta maaf banyak2 sebab resipi ni Tie main campak2 je, anda boleh ambil mana2 menu masak lemak tapi yang ini Tie masukkan daun ketumbar diakhir masakan untuk dapat rasa yang unik.  Tie juga masukkan ayam supaya ada protein sekaligus in one dish. Good ideakan. Anda boleh olah apa sahaja masakan dirumah anda. Itu adalah hak anda.


Saturday 2 March 2013

AYAM TOMATO

ALA-ALA MASAKAN KITCHEN BOSS ITALIANO
Assalamualaikum...
Tie masak ni main campak2 sumber inspirasi dari chef celebriti Buddy the cake Boss. Dari last year dah ada rancangan baru kitchen boss chef celebriti yang sama. Tie enjoy tengok dia masak sebab dia masak macam mak2 kita masak kat rumah.
Tie masak menggunakan chunky can tomato yang memang fresh berbanding dengan tomato yang dibeli kat pasar. Katanya tomato chunk ini di proses setelah dipetik dari ladang dan terus ditinkan.
Anak Tie yang sulung tak suka makan tomato pun enjoy eating this meal.
Jom kita intai resipi.
Tumis bawang besar yg dipotong dadu 1 biji dengan olive oil. Perap ayam cincang dengan garam dan lada putih. masak ayam hingga separuh masak. Masukkan kedalam bhan tumis dan masukkan tomato chunk dan tambah sedikit garam dan gula.
Sedia untuk dihidang.





Friday 1 March 2013

ROTI MANIS

ROTI MANIS-KISMIS
Assalamualaikum..
Roti ni tie buat minggu lepas..kebetulan takde apa aktiviti dihujung minggu apa lagi meroti la..anak2pun makan banyak dan roti agak mengenyangkan.
Hari Isnin dan Selasa Tie terpaksa pergi Penang urusan kerja, banyak juga yang dapat disettle kalau pergi 2 hari berbanding pergi balik hari. Tapi travel memang memenatkan badan.
Tie agak enjoy dengan tugas2 yang memang kadang2 memeningkan kepala tapi akhirnya ada solution. Itu yang memberi kepuasan dalam pekerjaan kita.
Tiap2 hari kita belajar dan jangan kedekut mengajar pada yang kurang berilmu.

Resipi yang sama sepeti sebelum ni, cuma Tie tambah 10gm gula castor dan 50gm kismis.