Monday 27 August 2012

ROTI TELUR

Syawal ke-9
Salam Lebaran. Resipi sangat mudah rasanya tak payah cerita panjang2 pasal resipi ni ambil roti celup ngan telur bakar guna butter sikit. Hmm memang sesuai untuk dijadikan breakfast kalau dah penat buat biskut raya. Tie memang selalu standby roti gardenia kat rumah. Kalau emergency macam ni kelam kabut anak nak pergi sekolah, buat je roti telur ni. Memang menjimatkan masa.
Kali ni Tie balik dari kelantan ikut jalan greek kuala kangsar, memang tak jem langsung. Boleh pergi jalan2 tengok labu sayung kat kuala kangsar lagi. Lain kali kalau nak bertolak dari kelantan jalan ni akan jadi pilihan Tie. Tempat makan pun banyak, senang sebab banyak perhentian.
Guna non stick pan senang dan cepat.
SALAM LEBARAN

Sunday 26 August 2012

BISKUT MAKMUR

Syawal ke-8
Assalamualaikum kepada pengunjung2 blog rosywhitekitchen. Alhamdullillah hampir seminggu Tie beraya di kampung, sekarang tiba masanya memulakan tugas seharian seperti biasa. Biskut makmur ni sangat popular di Perlis. Balik kampung hari tu Tie request nak buat biskut makmur dengan mertua. Ibu mertua Tie memang dah tak larat nak buat biskut makmur ni, so terpaksalah Tie tanya dia dan minta mak untuk tunjuk ajar cara2 nak buat biskut makmur. Resipi memang agak2 je sebab takde sukatan maklumla resipi orang dulu2.
Biskut makmur yang siap digentel memanjang

Resipi: Biskut Makmur
Bhn2
1 1/2 kg tepung gandum-digoreng tanpa minyak sampai gebu
500 gm minyak sapi
RM2 kacang tanah yang di bakar
2 biji telur
Gula-untuk disalut pada biskut makmur
Susu pekat manis
Method
masukkan tepung minyak sapi dan telur gaul hingga sebati. Setelah adunan boleh digentel( tak perlu lagi tambah minyak sapi)
Kacang tanah dibuang kulit dan ditumbuk kasar.
Masukkan susu pekat manis pada kacang tumbuk sehingga bergentel
Adunan tepung minyak sapi tadi digentel atau bulat2kan dan masukkan adunan kacang tumbuk susu dan gentel seperti diatas.
Bakar biskut makmur dalam suhu 150C selama 20 minit dan tukar loyang depan ke belakang sambung bakar selama 20 minit. Biskut makmur akan keperangan sedikit. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum salut dengan gula. (Gula pasir yang diblend dan ditapis).
Boleh tukar inti kacang dengan susu, masak susu hingga pekat sampai boleh digentel. Berhati2 jika menggunakan susu, bulat2kan saiz yang paling kecil kalau saiz yang besar biskut akan merekah dan susu akan leleh keluar.
Susu meleleh keluar . Yang ni tak jadi tapi tetap habis glup!!

Wednesday 15 August 2012

CORN FLAKES MADU

Iftar ke-27

Assalamualaikum semua kawan2. Hari ni rasanya hari terakhir sempena bulan yang mulia ini bulan ramadhan Tie menulis. Nanti jumpa lagi selepas raya ya!. Resipi ini dari Blog masam manis Kak Ita. Thanks akak, kerana akak la sumber inspirasi Tie untuk memulakan atau mencebur diri dalam dunia bloggers. Murah rezki akak sebab tak kedekut ilmu. 

Satu lagi sebab Tie memilih cornflakes resipi sebab stok cornflakes kat rumah banyak sangat, so terpaksa kuatkan semangat untuk habiskan cornflakes. Ada lagi 1 kotak 1/2 tak sempat nak buat besok Tie dah pun bertolak balik kampung belah hubby (Arau). Raya ketiga insya'allah balik kelantan. Perjalanan atas kereta memang memeritkan tapi takpe balik kampung punya pasal tabahkan hati.
RESIPI ASAL BLOG MASAM MANIS
RESIPI CORN FLAKES MADU
Bhn2
Bhn A
125 gm butter
1/2 cawan brown sugar
1 cawan madu
Bhn B
1 kotak corn flakes (500gm)
1 cawan kismis
1 cawan badam cincang (almond nib)
Hiasan
mangkuk kertas kecil
ceri merah dipotong dadu
Method
Panaskan bhan A hingga cair. Setelah cair tutup api. Masukkan bhn B kedlm Bhn A dan gaul sampai sebati. Sudukan kedalam mangkuk kertas kecil dan hias dgn ceri merah. Bakar dlm oven selama 170C dlm 8-10 min. Sejukkan dan simpan didlm bekas kedap udara.
Bhn2 yang diperlukan
Bahan A
Badam cincang yang dipanggang
Kismis dan ceri merah
Pastikan bekas yang besar untuk adunan cornflakes 500gm
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
 Dikesempatan ini Tie ingin meminta ampun jika ada bahasa yang terkasar dan jika ada salah dan silap. Jumpa lagi di bulan syawal.


Tuesday 14 August 2012

PUDING PELANGIKE?

Iftar ke-26
 
Kejadian macam menakutkan tapi rasanya sedap anak2 suka. Mungkin next time kena kurangkan dosage color.
 Assalamualaikum. Tie mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua kawan2 yang sudi hinggap sekejap di blog rosywhite kitchen. Masing2 sibuk dengan biskut raya yang pelbagai jenis. Semuanya menarik dimata Tie. Tapi hanya ini saja yang mampu Tie buat untuk raya tahun ni. Puding pelangi yang tak berapa pelangi ni Tie buat selepas berbuka puasa untuk membalas hidangan Bihun sup dari Kak yatie(babysitter) Fikir punya fikir apa la nak buat sebagai balasan , ternampak puding pelangi Madiha yang cantik kejadianya. Rasa ingin mencuba . Rupa2 nya susah juga nak buat berbelang2 tu. Tapi takpe nanti Tie cuba lain kali kerana anak2 pun suka. Thanks Madiha.
Resipi Original Dari dapur Madiha
Puding Pelangi
Bhn2
25 gm serbuk agar2
130 ml air
450 gm gula
1/2 sudu besar butter
5 biji telur
1 tin susu sejat
2 sudu tepung custard
2 sudu esen vanilla
daun pandan
perwarna yang disukai
Method
Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Tutup api dan keluarkan daun pandan.
Satukan susu sejat dan tepung custard, kacau hingga tidak bergentel. masukkan kedalam blender bersama telur dan kisar. Tapis dan masukkan kedalam agar2 yang dimasak tadi. Buka api dan masak sekejap. Kacau hingga rata. Tutup api dan masukkan butter. Kacau sebati.
Angkat dan bahagikan kepada 3 bahagian
1. warna asal
2. warna merah
3. warna biru
ambil satu senduk 1. tuang kedalam loyang diikuti 2 dan 3.
Pastikan tuang rendah hampir kepada lapisan sebelumnya, kerana aduna semakin menebal didalam loyang, coraknya akan bercampur.
Semoga kawan2 lebih kreatif lagi dalam mencuba marblekan adunan ini.
Ok. Selamat Mencuba!.

Monday 13 August 2012

BISCOTTI

Iftar ke-25


Assalamualaikum . Memang masa itu emas, berharga sangat. Setiap detik, setiap waktu ada je kerja yang Tie perlu settlekan. Tu yang tertanguh2 nak berblog ni. Tapi hari ni Tie selitkan juga masa untuk kongsikan resipi biscotti dengan kawan2 semua.
Tie memang dah belajar cara2 nak baking biscotti tapi masa tidak mengizinkan. Satu hari Hubby bawa balik sample cookies raya biscotti, Tie pun bagitau la dia yang Tie pun pernah belajar buat biscotti. Hubby tanya kenapa tak pernah try buat kat rumah. Hmmm tak terjawab mungkin nak tunggu oven besar sikit kot. (Dalam hati.) So memandangkan oven pun hubby dah beli, Tie mencuba resipi ni.


Resipi: Biscotti
Bhn2
31/2 biji putih telur
70 gm tepung gandum
60 gm castor sugar
100 gm almond nut
40gm shortening (melt)
2 gm garam


Method
Pukul telur dengan gula hingga kembang dan bertanduk. Masukkan shortening dan kacang badam. Dan akhir sekali masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati. Ratakan didalam 7" loyang setebal 1 cm. Bakar dalam suhu 160C selama 15 minit. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik seketika dan simpan didalam fridge selama 1 malam. Potong biscotti nipis2 dan panjang2. Bakar keesokan harinya dalam suhu 180C dalam 10 minit kalau nak ranggup dan kalau  soft2 lembut gitu bakar dalam suhu 160C dalam 10-15 minit bergantung pada oven masing2.
Selamat mencuba.
kalau dipotong nipis2 lagi rangup tapi Tie potong besar2 mewah sikit kacangnya.Rupa paras sebelum dibakar.
Tart nenas matahari Order dari wan jue. Thanks. Kawan lama MRSM KB.
Order dari Kak yatie, babysitter.Thank akak.
SALAM RAMADHAN.

Tuesday 7 August 2012

TART NENAS MATAHARI

 Iftar Ke-18

Macam2 nama nak bagi royal tart nenas la, royal bintang tart la..
 Tart ni kesukaan anak2 Tie dan satu family suka biskut tart nenas ni. Bila tengok blog Kak Ita rasanya mudah dan menarik cara Kak Ita buat tart nenas. Tapi Kak ita bagi nama tart nenas teratai , bagi Tie sebab acuan yang sama dengan kak ita takde so acuan berbentuk bunga matahari so anak2 bagi nama tart nenas matahari. memancar2 mancar lagi..
Resipi boleh tengok di blog Kak Ita.


sebelum letak inti nenas bentukkan acuan bunga kedalam sedikit.
Ada tak bentuk bunga matahari.
Acuan yang diguna , beads yang ditabur kat atas cookies.
Cookies sebelum dibakar.
Setelah siap dibakar.

Friday 3 August 2012

AYAM MASAK MERAH

Iftar ke-14
Gambar kelam kabut sebab dah nak habis waktu sahur


Assalamualaikum, lama juga Tie menyepi. Kalau dah kerja memang sibuk sikit tapi weekend tambah2 ada cuti nuzul Al-quran bolehlah Tie menambahkan resipi kat dalam blog ni dan boleh Tie share dengan anda semua yang sudi hinggap sekejap di blog rosywhite kitchen.
Menu Ayam masak merah ni dari blog mat gebu. So bolehlah intai2 resipi kat sini. Cik mat kita memang pandai memasak. Kalau tak ada idea nak masak apa untuk berbuka boleh refer kat blog cik mat sorang ni. Sebenarnya dah lama Tie masak menu ni tapi tak sempat nak upload dalam ni.
Ayam Masak Merah
Hari ni rasanya terlebih rajin sikit nak menulis resipi..

RESIPI: AYAM MASAK MERAH

Bhn2
1/3 ekor ayam
1 genggam kacang gajus digoreng hingga perang dan angkat, toskan
3 camca besar tomato puree
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
garam secukup rasa
1/3 cawan air
Bhn Kisar
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
1" halia
1 camca besar biji ketumbar
1/2" lengkuas
1/4 cawan kismis
2 biji buah keras

Method
Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng hingga masak, tak perlu garing dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bhn kisar halus hingga harum masukkan cili kisar dan goreng hingga pecah minyak/garing. Tambah tomato puree dan masak sekejap. Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau rata.
Tambah ayam tadi dan gaul sebati. Masukkan gula melaka, kacau dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Rasa dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan tambah gajus.
Siap. Selamat Menjamu selera!!!
 **Gula melaka tu memang Tie dah simpan stok dalam fridge. Tie memang masak gula melaka tambah air sikit sampai dia likat dan senang untuk digunakan kat mana2 masakan atau minuman.