Sunday 30 September 2012

TOM YAM PUTIH

Orang Thai cakap Tom Yum Pok Tek...

Assalamualaikum.. Ntah betul ntah tidak ejaan kat atas tu...Terima je la sebab malas nak buat research pasal spelling.  Okla hidangan tengahari di hari Ahad ni Tie sediakan menu sihat takde deep fry, tak guna minyak, takde lemak cuma rebus sahaja dan banyakkan sayuran dalam menu.
Resipi Tom Yam ni Tie dapat dari sahabat rakan seperjuangan dulu yang sama2 mengajar. Terima Kasih ya Puan Shawaleeny.

Minggu-minggu yang sudah asyik masak gulai darat, kari tulang dan sup/singgang tulang memang berlemak habis. So minggu ni Tie nak kurangkan menu yang tak berapa nak sihat tu. Fikir punya fikir tom yam pilihan yang tepat. Kalau Ikan bakar lagi bagus. Mungkin minggu depan ya. Tunggu !!
Jom tengok resipi Tom Yam Putih.

Resipi: Tom Yam Putih
Bhn2
Air
Carrot-1 btg
Brocolli
Bawang Besar-1 labu
Bawang Putih-2 ulas (diketuk)
cili padi-3 biji diketuk
Sotong-2 ekor saiz besar
Udang-15 ekor saiz kecil
Serai-3 batang diketuk
Lengkuas 1/2 inci
Sos Ikan-4 sudu teh
Garam- sesedap rasa
Gula- 1 sudu teh
Daun limau -3 helai dicarik
Limau nipis- 2 biji diambil air perahan
Method
Masukkan air, cili, bawang, lengkuas, garam, gula, sos ikan dan serai sampai mendidih. Masukkan sotong, udang dan brocolli. Dan akhir sekali masukkan daun limau dan air limau.
Sedia untuk dihidang.
Choc Moist Cake utk Pot Luck


Saturday 29 September 2012

APAM 100 DALMATION

In other words Apam Dot2...
Assalamualaikum....Apam oh apam memang terbaik dan kegemaran anak2.
Hari ke hari memang sungguh mencabar. Kepada yang bekerja office hour dan boleh balik tepat pada masa memang patut bersyukur sangat2. Tie sekarang baru 2 minggu kerja ditempat baru , memang orang kata kerja sampai matilo. Ada juga yang kata you will grow within a day. Ada juga yang cakap there is no problem cuma take is as a challenge. Wow memang banyak sangat pepatah sana sini.
Tapi Tie memang kena tabahkan diri dan kuatkan semangat. Ilmu bukan senang nak ditimba.
So dengan kata lain jangan sekali2 cepat mengeluh ya adik2 yang sedang baca blog rosywhitekitchen ya.Tie buat apam ni untuk kawan kat office baru Tie (Amy) sangat ringan tulang dan cepat membantu kalau Tie ada masalah. Takde apa yang dapat dibalas cuma sekadar apam yang didecorate polkodot.
Panjang betul Tie berceloteh, dipendekkan cerita jom kita tengok resipi.Opss sebenarnya resipi ni sama je dengan apam yang pernah Tie buat dulu.
So apam ni macam 2 boleh dibentuk nak buat  design apa pun ok janji menarik..

Selamat mencuba..


Friday 28 September 2012

DAGING GULAI DARAT

Gulai Darat Kelantan
Assalamualaikum, Terima kasih kepada sesiapa yang sudi mengikuti blog rosywhite kitchen.
Rempah gulai darat ni dah lama Tie beli kat kelantan atas pasar siti khadijah. Kebetulan hari minggu , daging pun ada lagi dlm fridge. Apa kata Tie buat Daging Gulai Darat. Hubby suka anak2 pun setuju.

Resipi Daging Gulai Darat
Bhn2
Daging
Bawang merah 4 ulas*
Bawang putih 1 ulas*
Kerisik-1 packet
Santan dari 1 biji kelapa
Lengkuas 1/2 inci*
Halia 2 hiris*
Cili merah-2 btg
Rempah gulai darat-3 sudu besar*
Biji Ketumbar di sanggai dan di tumbuk halus-2 sudu besar
Asam keping-1 saiz kecil
Method
Kisar bhn2 *, tumis besama krisik dan biji ketumbar sampai pecah minyak. letakkan daging bersama air sedikit masak dengan api perlahan sampai pecah minyak dan daging empuk. Masukkan santan dan asam keping sampai mendidih.Kacau sebati.Masukkan cili merah dan sedia untuk dihidang.




Saturday 22 September 2012

ROTI JALA

Sabtu pun kerja lo....
Assalamualaikum...Dulu lepak sangat kerja, maklumla cikgu mengajarje..sekarang ni dah tukar kerja sabtu pun kena kerja , redha ajela..Nak buat macam mana cari makan...
Resipi roti jala ni dari Cik Mat gebu, banyak resipi dari cik mat ni memang senang nak adun blend saje guna blender.
Dah lama dah Tie buat roti jala ni kebetulan minggu lepas hari terakhir raya, so tetamu tak putus2 datang rumah so teringat roti jala yang senang dan cepat. Memang sesuai sangat. Senang kerja.
Tie masak kari ayam dipartnerkan dengan roti jala memang mengancam.  Tapi lain kali Tie kena buat roti jala dalam 3-4 lebih dari adunan asal. Tengok kali ni memang tak cukup, semuanya menjilat bibir bukan menjilat jari..kesian anak2 dan suami.

Thursday 20 September 2012

PAVLOVA

Habis sudah Raya...
 Assalamualaikum...Wow memang mengiurkan tengok gambar pavlova ni.
Dah hampir 2 minggu Tie bertugas ditempat baru memang bz sangat2, sampai dah bersarang dah blog rosywhitekitchen. Hampir setiap hari balik lewat. Tapi Tie terima tugas ni dengan penuh sabar.
Ok jom Tie nak cerita pasal pavlova. Dah lama dah Tie tengok resipi pavlova kat blog kawan2. Tapi bila ntah nak buat ni. Kebetulan musim perayaan banyak buat tart nenas so banyak lebihan putih telur. Apalagi mulala... Tie mencari resipi pavlova. Sekali  Blog rahel muncul pavlova yang sungguh mengiurkan. Apalagi Tie pun tiru resipi dr Rahel yang diambil dari resipi Che Mat gebu.
Cuma Tie rasa pavlova kami takde crispy kat atas cuma chewy and goewy saje. Mungkin Tie guna icing sugar. Lain kali Tie mungkin nak cuba castor sugar. Tapi anak2 , Tie dan tetamu yang datang suka sebab tak berapa manis sangat seperti yang dikatakan oleh ramai orang. Sebutje pavlova hmm tak terkira manisnya. Tapi kalau guna icing sugar sedang elok je rasanya.
Terima Kasih banyak2 mat gebu dan rahel kerana sudi berkongsi resipi Ya!
SELAMAT MENCUBA!



Monday 17 September 2012

PASTA SPIRAL BOLOGNESE

Di Penghujung Syawal

Assalamualaikum...
Pasta spiral ni biasanya Tie hidang untuk breakfast atau kadang2 menu lunch. Anak2 suka tapi hubby kurang gemar sikit. Kalau nak buat jamuan hidangan ni paling cepat. Pasta ni Tie masukkan cili sedikit supaya ada rasa asia sedikit.
Dah hujung2 syawal ramai pulak tetamu yang datang rumah nak2 cuti satu malaysia ni. Tapi takpe
Tie memang suka tetamu datang rumah. Boleh makan ramai2. Itu lagi meriahkan.
Jomla kita tengok resipi Pasta Spiral Goreng yang famous kat rumah Tie ni
RESIPI: Pasta Spiral Goreng Ala Bolognese
Bhn2
Pasta Spiral 1 bungkus
Sos Leego Bolognese Chunky Tomato
Cili kering blend-3-4 sudu besar
Bawang Besar 1 biji diporong dadu
Ayam cincang diperap lada putih dan garam
Sotong direbus setengah masak bersama garam dan bawang putih diketuk
Method
Ayam digoreng dengan minyak sedikit dan ketepikan. Pasta direbus dan letak sedikit garam didalam air pasta, ketepikan.
Tumis bawang besar dan cili sampai pecah minyak. Masukkan sos bolognese dan biarkan mendidih. Masukkan ayam dan sotong. Dan kacau sebati. Masukkan pasta, dan perasakan dengan garam dan gula.

Sunday 16 September 2012

CUCUR LEMAK MANIS

Di Penghujung Syawal



Assalamualaikum..
Banyak pula open house yang Tie kena pergi, semua orang dan mula berebut 2 nak buat open house dipenghujung syawal. Tie ambil peluang sempena bulan baik ni untuk menziarah saudara mara yang dah lama tidak dikunjungi.
Cucur lemak manis yang simple ni Tie buat untuk breakfast kami di hujung minggu. Tengahari dah nak makan jamuan hari raya. So senang masak yang simple2 je untuk breakfast.

Ada kisah disebalik cucur lemak manis. Kalau kamu ingat pek adabi cucur lemak manis.Itulah sumber inspirasi sebelum memulakan cucur.  Dulu Tie memang malas nak masak2 semuanya beli instant. Tie pun beli cucur lemak manis adabi so senang tambah air yang dan ikut sukatan dan goreng je. Tapi kami anak beranak selalu tak cukup. Sebab setiap pek dapat berapa ketul je cekodok tu. Anak bertambah ramai so apa nak buat, Tie pun tengok ingredient kat belakang pek so Tie pun main agak2 dulu adunannya sampai semua  dah serasi dengan cucur ni.


Jom kita tengok resipi Cucur Lemak Manis
Resipi Cucur Lemak Manis
Bhn2
1. Tepung gandum(diayak)-6 senduk(size kecil)
2. Gula Icing -3 senduk
3. Santan-1 senduk
4. Soda bicarbonat-1 sudu teh
5. Garam secubit
6. Air sampai boleh buat cucur(sorry lupa nak sukat)
Method
Masukkan 1-5 dan gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi cucur.
Panaskan minyak penuh didalam kuali dan guna sudu berbentuk bulat kecil2 supaya cucur yang berbentuk comel2.
SELAMAT MENCUBA! RESIPI YANG SANGAT MUDAH SANGAT.

Tuesday 11 September 2012

BIRTHDAY CAKE SYAZWINA

Syawal ke -24

Assalamualaikum...
Tercapai juga hajat Syazwina nak celebrate birthday dengan cikgu dan kawan2. Tie pun lega dapat tunaikan apa yang anak2 inginkan. Sambil2 tu Tie boleh belajar lebih mendalam pasal pantang larang kek fondant ni. Banyak sangat dugaan dan cabaran nya. Lebih2 lagi fondant yang Tie buat sendiri.
Sponge Chocolate  and vanilla Cake yang dibalut dengan fondant

Dah siap nak di bawa ke sekolah
SALAM LEBARAN

Monday 10 September 2012

COOKIES BIRTHDAY SYAZWINA

Syawal ke-23

Assalamualaikum...
Hari ni Tie memulakan kerja ditempat baru. Satu cabaran yang hebat dalam hidup. Terpaksa Tie tempuhi demi membesarkan anak2. Cookies High heels atau shoes ni permintaan dari syazwina (anak ke-2). Request color pink and purple. So Tie memang dah siap2 awal sebelum Tie masuk kerja, Sebab Tie dah tahu kalau dan start kerja memang penat. Nak buat biskut decorate bagai memang tak sempat.

Decoration Half way done
Resipi Asal:  (Vanilla Cookies)cakejournal.
Anda boleh tengok resipi diatas
Dah siap dipack
Extra dough boleh dibuat bentuk epal dan tabur color sugar
Itu sahaja untuk harini. SELAMAT BAKING.



Sunday 9 September 2012

MACARONI CHEESE CHE ENY

Syawal ke-22

Assalamualaikum...
Semalam Adik Tie bermalam dirumah, so dia teringin sangat nak buat macaroni cheese katanya kegemaran anak2. Tie pun nak tengok dan nak rasa juga macamana rasa macaroni yang jadi kegemaran keluarga che eny. So sambil lepak2 kat rumah Che eny masak dan tunjuk cara2 nak bake macaroni cheese.

Kalau tengok2 takdela susah sangat. Halalkan ya resipi Macaroni ni kita share sama2 kat sini so bolehlah sama2 mencuba. Mungkin ada yang kata dah lama dah resipi ni, untuk yang baru nak belajar macam Tie boleh mencuba. Rasanya siapa penggemar cheese tak rugikan.

RESIPI: MACARONI CHEESE CHE ENY
RESIPI ASAL: YOUR QUICK PASTA COOKBOOK (Buitoni, the malaysian women weekly)

Bhn2
Macaroni brand Buitoni 250 gm
Ayam (bahagian dada 3 keping)-diperap dengan garam + lada hitam
Daging kisar -diperap dengan garam + lada hitam
Sayur brocoli dan baby carrot
Fresh Milk dutch lady -750 ml
Tepung gandum 50 gm
Butter 50 gm
Pizza mixed cheese 250 gm-separuh dalam adunan dan separuh lagi untuk topping

Method
Rebus pasta bersama sedikit garam sampai lembut dan toskan airnya sampai kering.
Celur sayur dan toskan. Panggang ayam diatas pan tanpa minyak dan potong kecil2 dan ketepikan.
Masukkan butter kedalam periuk dengan api kecil, setelah butter cair masukkan tepung gandum sehingga sedikit berbuih masukkan susu dan kacau sampai susu pekat sedikit. Setelah adunan susu nampak berbuih2 cepat2 masukkan daging, ayam, sayur2, macaroni, dan separuh pizza mixed cheese.
Kacau sampai sebati. Kalau nampak agak2 kering, tutup api dan masukkan dalam bekas yang hendak dibakar dan tabur cheese selebihnya diatas.
Bake dalam suhu 180C selama 15-20 min.
SALAM LEBARAN



Saturday 8 September 2012

KURMA AYAM

Syawal ke-21


Assalamualaikum....
Hmm dah dekat penghujung syawal ...
Sekejap je masa berlalu, Tie bangga sangat walaupun dalam masa seminggu Tie menjadi surirumah Tie memang penuhkan masa Tie dengan bermacam2 aktiviti. Hari2 Tie boleh update blog sebab adaje yang Tie nak masak untuk keluarga tersayang.
RESIPI AYAM KURMA

Bhn2
Ayam (4-5 ketul)
Rempah Kurma -2 sudu besar(Tie beli kat Mydin Kelantan)*
Rempah 4 sekawan (bunga cengkih (1), kulit kayu manis(1/2), bunga lawang(1), buah pala(2))
Halia 2"*
Bawang merah 4 ulas (kalau suka bawang besar pun boleh)*
Bawang putih 2 ulas*
Cili Hijau 1 biji
Santan pekat 1 biji kelapa
Kentang dipotong dadu besar2 (direndam sekejap)
Garam secukup rasa

Method
Blend bahan2 *. Tumis bahan blend dan 4 sekawan dengan sedikit minyak. Tumis sampai pecah minyak Masukkan santan dan kentang. Biarkan ia mendidih dan masukkan ayam. Letakkan garam secukup rasa dan masukkan cili hijau.

Friday 7 September 2012

CUP CAKE SALAM LEBARAN

Syawal ke-21


Assalamualaikum...
 Apa khabar kawan2. Sekarang ni busy sikit, banyak permintaan dari anak2.
Sekolah2 banyak buat jamuan hari raya, masing2 kena bawa kuih muih atau apa2 dari rumah.
Ala2 macam potluck gitu..Tie bake cupcake chocolate flavor dan resipi yang sama dari joy of baking. Design  menggunakan fondant. Kanak2 memang gemar dengan fondant yang manis, bagi Tie orang2 tua dah tak larat nak makan manis. Bagije kat budak2.
Bersama dengan chocolate cup cake Tie ada masak agar2 milo tapi tak sempat nak ambil photo so lain kali Tie bagi resipi untuk agar2 milo. Rasanya agar2 milo paling senang nak dimasak.
SALAM LEBARAN

Dah siap untuk dihantar ke sekolah.

 Tie seronok sebenarnya dapat masak untuk anak2, mereka pun gembira tengok mama dia berhempas pulas masak untuk they all. Hmm Janji Tie dapat puaskan hati anak2. Merekapun semangat nanti nak belajar.
Tips! Lain kali jangan sesekali isi sampai penuh kedalam paper cup. Apa jadi? Nanti dia melimpah keluar ala2 volcano gitu..

Thursday 6 September 2012

IKAN SINGGANG

Syawal ke-20

Assalamualaikum..
Ikan singgang memang terkenal di Kelantan. Menu ini hampir setiap hari dimasak oleh mami dari Tie kecil sampai sekarang ni. Kata mami hidangan ni paling senang dan campakje. Memang kami adikberadik suka makan menu simple ni.

Tapi hari ni Tie tak ikut cara mami Tie teringin nak cuba cara mat gebu yang tambah kedalam singgang bahan2 seperti serai dan halia, rasanyapun yum! TerimaKasih Cik Mat kerana senang nak pelbagai resipi kalau jenguk ke dapur Cik Mat.

Kalau nak cuba boleh tengok resipi di dapur Cik Mat Gebu.
Singgang adalah salah satu menu yang sihat kerana tak menggunakan minyak, menggunakan ikan kembung sahaja. Hargapun tak mahal bolehla jimatcermat selepas berhari raya ya!.
Boleh tambah gula melaka atau gula biasa untuk adjust rasa masam.
Makan bersama ikan kerisi goreng panas2 .

Wednesday 5 September 2012

SAYUR CAMPUR MASAK LEMAK

Syawal ke-18

Assalamualaikum...
Kadang2 Tie tak tau nak masak apa untuk makan malam. Dah lama Tie tak masak sayur lemak ini. Sayur lemak ni memang kegemaran Tie. Mami selalu masak sayur ni. Memang sedap, tapi resipi ni Tie ubah sendiri bagi lagi yummy!

RESIPI: SAYUR CAMPUR MASAK LEMAK
Bhn2
Kubis
Putik Jagung
Carrot
Kelapa 1/2 biji-ambil santan
Ikan bilis + udang kering satu genggam*
bawang merah 4 ulas*
Bawang putih 2 ulas*
Cili merah 1 btg
Cili hijau 1 btg
Ikan kembung 2 ekor-direbus ambil isinya*
Garam secukup rasa
Method
Potong sayur kubis, carrot dan putik jagung sama saiz agar masak sekata. Blend bahan2* . Masukkan santan dan bahan blend kedalam periuk. Masukkan sayur campur kedalam periuk dan kacau sekali sekala. Hiris cili merah dan cili hijau. Masuk cili selepas sayur dah lembut.


Yang pelik pasal Tie ni Tie suka makan nasi satu sudu besar dan sayur campur ni satu mangkuk besar. Hmm Kenyang tersandar, konon2 macam mat saleh makan salad tapi yang Tie makan sayur bersantan. Tak boleh selalu buat walaupun banyak sayur. Kadang2 OK.
Tie masak juga daging goreng rendang asam kegemaran anak2 dan suami. Resipi samaje dengan ayam rendang asam. Cuma daging kena masak sampai empuk dulu. Ituje bezanya.
SELAMAT MENJAMU SELERA!



Tuesday 4 September 2012

BIHUN GORENG MY FAMILY

Syawal ke-17
Gambar saki baki bihun . Tak sempat. Kelam kabut.

Assalamualaikum, memang cepat masa berlalu. Walaupun Tie masih bercuti rasanya sekejap je stay kat rumah dari hari ke hari. Anak2 pun banyak jamuan makan kat sekolah macam2 permintaan nak kuih muih la, kekla. So sebagai surirumah sementara Tie tunaikan saja permintaan anak2. Memandangkan masa pun banyak kat rumah. Bihun ni Tie goreng semalam sempena menerima tetamu yang baru pertama kali datang ke rumah  (Kak Chik dari Arau Perlis dan family). Tie bukannya pandai nak masak macam2 dalam masa yang singkat Bihun Goreng la pilihan terbaik. Jom tengok resipi bihun goreng my family.

RESIPI BIHUN GORENG MY FAMILY
resipi asal dah lupa(macam biasa) tapi dah banyak diolah sendiri
Bhn2
Bihun 1 paket (brand eka Fatima)-direndam
Ayam 1/2 ekor-dipotong kecil2
Sotong size besar 3 ekor-dipotong kecil2
Cili kering yang diblend 3-4 sudu besar
Bawang besar size sederhana 2 biji*
Bawang putih 2 ulas*
Bawang merah 4 ulas*
Ikan bilis satu genggam*
Halia 2"
Bawang putih  2 ulas
Tomato 2 biji*
Cili merah 2 tangkai
Daun ketumbar satu ikat
Sos Cili 6 sudu besar
Kicap manis 10 sudu besar
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula pasir
Method
Rebus ayam dan sotong dengan halia, stok ayam sedikit, garam sedikit dan bawang putih. Blend bahan * dan tumis dengan cili kering yang teah diblend.Masukkan garam dan gula, biar sampai pecah minyak. Masukkan kicap dan sos cili. Masukkan ayam dan sotong kacau hingga sebati. Masukkan bihun dan kacau hingga sebati. Setelah bihun lembut masukkan cili merah dan daun ketumbar kacau hingga sebati.Boleh dihidang untuk tetamu.
Bihun Goreng my family.
Bihun goreng ni Tie bagi nama My Family sebab satu keluarga suka makan bihun ni. SELAMAT MENCUBA!





Monday 3 September 2012

CHOCOLATE CAKE

Syawal ke-16

Assalamualaikum. Hari ni Tie masih bercuti sebelum memulakan kerja ditempat yang baru. Doakan Tie semoga semuanya selamat Ya. Hari ni Kakak ipar Tie dari perlis nak singgah kat rumah so Tie plan nak bake chocolate cake dan bihun goreng untuk makan petang. Chocolate cake resipi yang sama dengan semalam, hubby request untuk buat lagi tapi hari ni Tie cover cake/frosting dengan chocolate buttercream je.

RESIPI CHOCOLATE BUTTERCREAM
ubahsuai dari white buttercream
Bhn2
80 gm butter
250 gm krimwell
1/2 cawan gula icing
1/4 cawan gloden syrup
1 tablespoon cocoa powder
Method
pukul buter dan krimwell sampai kembang
Masukkan gula icing dan golden syrup.
Masukkan cocoa powder dan kacau sebati.
SALAM LEBARAN


Sunday 2 September 2012

PUDING ROTI KARAMEL

Syawal ke-15
Assalamualaikum. Stok biskut raya kat rumah memang licin, Sebab dan bawa balik kampung masing2. Apalagi tetamu datang tak tau nak hidang apa. Puding Karamel yang paling senang dan cepat. Tie buat dalam bekas yang kecil2 supaya senang dihidang untuk tetamu.
Jom kita tengok resipi puding karamel. Resipi asal rasanya dari yatie. Dah lama dah tie buat puding ni tapi lupa nak simpan siapa empunya resipi. Anyway thanks to owner of this recipe.

Resipi Puding Roti Karamel
Resipi Asal dari Yatie memories
Bhn2
Karamel
1/2 cawan gula
1/2 cawan air panas
Method
Masukkan kedua2 bahan dan biarkan sampai keperangan seperti warna topping gambar diatas dan kacau sekali sekala. Ratakan pada loyang yang bersesuaian.
Puding
3 keping roti gardenia
1 1/2 cawan fresh milk dutch lady
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat F&N(ini yang Tie guna)
1 tsp vanilla extract
3 biji telur gred A (dikacau perlahan 2 jangan sampai berbuih permukaan untuk dapatkan permukaan yang licin)
Method
Blend semua bahan kecuali telur. Kemudian masukkan telur dan kacau sebati. Tapis kedalam loyang karamel.Panaskan pengukus. Dengan api yang sederhana masak selama 20 minit mengikut saiz loyang. Setelah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum terbalikkan/mengeluarkan puding dari loyang.
Saiz loyang yang Tie gunakan dan gula hangus yang dicurahkan terlebih dahulu. SELAMAT MENCUBA!