Habis sudah Raya...
Assalamualaikum...Wow memang mengiurkan tengok gambar pavlova ni.
Dah hampir 2 minggu Tie bertugas ditempat baru memang bz sangat2, sampai dah bersarang dah blog rosywhitekitchen. Hampir setiap hari balik lewat. Tapi Tie terima tugas ni dengan penuh sabar.
Ok jom Tie nak cerita pasal pavlova. Dah lama dah Tie tengok resipi pavlova kat blog kawan2. Tapi bila ntah nak buat ni. Kebetulan musim perayaan banyak buat tart nenas so banyak lebihan putih telur. Apalagi mulala... Tie mencari resipi pavlova. Sekali Blog rahel muncul pavlova yang sungguh mengiurkan. Apalagi Tie pun tiru resipi dr Rahel yang diambil dari resipi Che Mat gebu.
Cuma Tie rasa pavlova kami takde crispy kat atas cuma chewy and goewy saje. Mungkin Tie guna icing sugar. Lain kali Tie mungkin nak cuba castor sugar. Tapi anak2 , Tie dan tetamu yang datang suka sebab tak berapa manis sangat seperti yang dikatakan oleh ramai orang. Sebutje pavlova hmm tak terkira manisnya. Tapi kalau guna icing sugar sedang elok je rasanya.
Terima Kasih banyak2 mat gebu dan rahel kerana sudi berkongsi resipi Ya!
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment