Tuesday 25 December 2012

KARI KETAM

MERRY CHRISTMAS....
to all my friends yang menyambut hari natal

 Assalamualaikum... kalau dah cuti nak2 pulak dah akhir tahun apalagi year end sale la kat mana2 pun. Sana diskaun 70%, sini diskaun 50% apalagi grab it kalau tidak melepas...
Tapi adik2 dan kakak2 perlu ingat membeli biar apa yang kita mampu jangan terlebih budget kalau tidak dok garu kepala..
Keluarga Tie selalu beringat2 kalau berbelanja...kami tidak mahu berhutang nanti buruk padahnya..
Kalau Tie nak shopping Tie akan pastikan yang tie tidak berhutang.
Tiap2 tahun kami akan berbelanja seawal mungkin membeli baju raya terutama baju raya untuk tahun depan. Di Malaysia ni banyak sale sebab banyak perayaan tapi Tie rasa akhir tahun adalah sale yang paling rendah harganya mungkin untuk clearance stock. Anda setuju? Mungkin Tie salah buat perhitungan. Tie agak2 je...sebab lessnya sampai 70%.
Kebetulan semalam Hubby pergi pasar malam apa lagi tengok ketam freshje...terus sambar. Anak2 Tie termasuk mamanya memang suka ketam . Siapa tak suka ketam..isinya manis, pejal pula wah memang mengancam..
Jom Kita tengok kari ketam Tie..
Bhn2
10 ekor ketam dibelah dua
kari ketam-1 paket(cap tarbus)
Santan 1 biji kelapa
Bawang merah-2 ulas dihiris dan 5 ulas diblend
bawang putih-1 ulas dihiris dan 2 ulas diblend
halia-1/2' diblend
asam keping-3 keping
Method
Tumis bhn2 hiris dan blend kari ketam dan bhn2 blend yang laindan tumis bersama bhn blend
setelah pecah minyak masukkan santan dan biar sampai mendidih sambil kacau
masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
Masukkan ketam dan apabila ketam bertukar warna kuning kemerahan maknanya boleh dihidang.

percutian di penang 2012-ixora hotel

Saturday 22 December 2012

FRUIT CAKE

KEK BUAH...
Assalamualaikum...
Terima kasih pada yang sudi baca atau buat rujukan diblog rosywhitekitchen.
Dah lama Tie buat kek buat kukus ni atas permintaan Hubby, mami pun suka juga makan kek buah. Tapi Tie rasa agak manis sikit...Tapi mami its favorite yummy..
Resipi kek buah ni Tie ambil dari blog masam manis. Tapi Tie tak letak gula hangus tetapi sos butterscotch. Buat ubahsuai sikit. Nanti next time Tie buat ikut resipi kak Ita, kurangkan sikit gula dan lebihkan buah kismis dan tambah buah prune mesti mengancam.
Jom kita tengok resipi. Thank Kak Ita
Bhan2
450gm butter(Tie guna scs)
400gm brown sugar
5 biji telur gred A
600 gm tepung
1 sk baking powder
1 sk cream of tar2
1 sk kulit kayu manis
600gm mix fruits
1 sk esen vanilla
100gm sos butterscotch-boleh refer sini
Method
Ayak tepung, baking powder, tar2, serbuk kulit kayu manis dan gaul bersama mix fruit dan ketepikan.
Pukul butter dan telur satu persatu hingga kembang, perlahan2 masukkan campuran tepung.
Akhir sekali masukkan sos butterscotch . Tuang adunan dalam loyang yang telah digris. Tutup loyang dengan aluminium foil.
Kukus selama 4 jam.
Setelah masak siap dihidang.
CUBA JANGAN TAK CUBA...


Friday 21 December 2012

FILO PASTRY

FILO PASTRY SOSEJ
Assalamualaikum...
Tie nak cerita al-kisah pasal filo pastry..pada awal2 menceburi bidang masak memasak ni Tie nak mencuba puff pastry daging. Pergi cari kat kedai kek ternampak filo pastry terus capai dan beli. Tanpa berfikir panjang,
Dah beli baru sedar alahai tersilap rupanya..Apalagi googlela...filo pastry...resipi ni sememangnya sangat senang rupanya..
Setiap helai filo pastry mesti disapu melted butter dan dilapis ikut kesukaan anda
Guna berus silicon menyapu melted butter ya..
Keadaan Filo pastry setelah disapu melted butter
sosej yang dihiris nipis untuk dimasukkan didalm filo pastry
Filo pastry yang dibalut seakan mummia...hehehe
Yang ni cantik sikit macam samosa...
SELAMAT MENCUBA


Thursday 20 December 2012

TART SHELL

AQUARIA..CHRISTMAS AT KLCC...


Assalamualaikum..kawan2 ini antara koleksi gambar percutian di bulan december bersama anak2. Apa kaitan christmas, aquaria dan tart shell...??
Tak ada apa yang surprise..kebetulan hari yang selepas tu Tie ada buat tart shell so senang kalau nak makan chocolate tart atau fruit tart.
Kebetulan singgah diroti boy beli tart almond, chocolate nak rasa kelainannya.

Jom kita tengok resipi tart shell. Resipi ini Tie ambil dari blog masam manis. Thanks Kak Ita. Halalkan ya..
Bhn2 Crust    
170 gm butter    
50 gm icing sugar    
1 biji telur gred c kalau gred A pun takpe
290 gm gandum    
1 sudu kecil esen vanila  
acuan tart      
 
Method                
Pukul butter and gula dengan senduk kayu. Jgn lama sangat.      
masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi dengan senduk kayu      
masukkan tepung sedikit demi sedikit          
uli hingga menjadi dih yg lembut            
kuantiti tepung bergantung kepda kelembutan doh        
utk doh yg bagus masukkan dlm plastic bag atau wrapping plastic biarkan semlm  
ambil sedikit adunan dan tekan dlm acuan tart. Cuck degn garfu sblm bakar    
simpan dlm bekas udara dan ia thn lama          
tunggu crust atau tart shell benar2 seju sebelumletakkan filling      

SELAMAT MENCUBA

Tuesday 11 December 2012

CINNAMON ROLL BREAD

TEA BREAK
ASSALAMUALAIKUM..AMPUN TUANKU..HARI NI BIRTHDAY SULTAN SELANGOR..
kepada kawan2 yang sudi membaca blog rosywhitekitchen...
Tie mencuba cinnamon roll tapi dimasukkan kedalam cup cake paper supaya senang untuk dimakan.
Cinnamon Roll Tie mengguna resipi roti yang sama cuma part nak tabur brown sugar itu berlainan dari resipi asal.
 Keadaan roti yang sebelum dibakar. Resipi asal boleh dirujuk mana2 resipi roti yang biasa Tie buat. dan Resipi kali ini selepas Tie menunggu 45 minit untuk roti mengembang ; selepas itu canaikan roti empat segi tepat dan tabur gulapasir dan cinnamon dalam ratio 3sudu besar: 1/3 sudu kecil cinnamon.
taburkan kismis dan ceri ikut kegemaran anak2 kamu. Tie gulung dan masukkan kedalam paper cupcake supaya senang berbentuk.
Roti yang selepas dibakar.
Total Masa Meroti=3 hrs
Masa yang diambil untuk mengembang selepas roll roti lebih  kurang 1 jam. Roti ini mengembang sedikit berbanding cinnamon roll yang biasa Tie beli dikedai. makan 1 bijipun sudah mengenyangkan. Kawan kakak minta kakak bawa 1 biji setiap hari katanya sedap.Tak dapat nak tolong kalau hari cuti memang tak kemana2 boleh buat roti.
SELAMAT MENJAMU SELERA!!


Monday 10 December 2012

CHOCOLATE CAKE WITH GANACHE

POTLUCK...
KEK COKLAT BERSAMA NEW TOY BABY

ASSALAMUALAIKUM...
Diam tak diam dah dua kali buat potluck kat tempat kerja baru. 1st bersama top management, this time pulak dengan kawan2 lab. Tapi sayang sangat Tie tak boleh nak join sebab lunch hour kat tempat kerja cuma 1 hr dan masatu juga kena ambil kakak kat sekolah agama rushing balik rumah. Singgah beli lunch untuk kakak & adik, makan dalam 10minit then masuk kerja. Memang masa kena susun dengan tepat dan teratur.
Kek Coklat kali ni Tie ganache dengan cooking coklat 250gm, minyak sunflower oil 2 sudu besar dan 1/2 cawan fresh milk. Masak secara double boiler. Memang cantik. Anak2 lebih sukakan kek coklat yang ada ganache.
masak secara double boil
Kesemua officemate memang meminati kek coklat


Sesiapa yang meminati Tie ada menerima tempahan,
Sesiapa yang ingin mencuba sendiri boleh lihat resipi sini
SELAMAT MENCUBA

Sunday 9 December 2012

JELLY PEACH ORANGE

DESSERT YOU..
Assalamualaikum..
Hi kawan2..kalau dah petang-petang lepas lunch nak makan apa? Boleh aje buat dessert yang simple ni . masak memasak dalam 10 minit je. nak makan kena tunggu lama sikit sebab nak kena sejukkan..barulah nyumm...
Jelly anda boleh beli nona brand dan beli satu tin peach syrup jenama hosen. Memang mengancam..
Guna mangkuk yang colorful menarik minat anak2 ...didalam jelly masukkan buah peach dan juga hiriskan diatas sebagai topping juga...lagi banyak lagi sedap

Agar-agar berperisa oren dan ditambah dengan buah peach so namanya jelly orange peach...
HAPPY DESSERT!!!


Saturday 8 December 2012

GULAI AYAM

REMPAH NASI DAGANG
Assalamualaikum..hari ni Tie try rempah nasi dagang yang dibeli oleh mak saudara Tie(Che Sue thanks!)
Rempah ni telah siap untuk dibuat gulai ayam, daging, kambing.
Tie suka resipi ni yang tak banyk sangat menggunakan santan tapi Hubby kata manis sikit biasalah resipi orang kelantan. Syazwina memang suka sangat gulai ayam ni.
Jom kita tengok resipi
Resipi asal Tie ambil darisini.
Resipi Tie diolah sikit tidah menggunakan rempah kari tapi betul2 rempai gulai nasi dagang
Bhn2
Ayam 1/2 ekor
rempah gulai nasi dagang-3 sudu besar*
bawang-3 labu*
1 ulas bawang putih*
halia 1/2"*
4 sekawan(kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
santan 700ml
garam
air gula melaka
Method
Tumis bhn2* dan 4 sekawan sampai pecah minyak
masukkan ayam dan perapkan bersama bhan tumis-api kecil
Biarkan dalam 10 minit
masukkan santan dan kacau
tambahkan garam dan gula melaka secukup rasa,
Kalau suka pedas tambah sikit cili merah.
SELAMAT MAKAN...

Friday 7 December 2012

FRIED CHICKEN BALL

MENU MAKAN PAGI
Assalamualaikum...
Apa khabar kawan2 semua..hmmm semua orang boleh buat menu yang simple ini. Belije bebola ayam especially brand ayamas then goreng. Untuk menarik hati anak2 cucuk macam satay..Memang memikat hati anak2.
Boleh dimakan dengan sos cili/tomato ikut kegemaran masing2.
Kita patut bersyukur kerana negara kita yang aman dan tiada peperangan. Kalau tengok berita rasa sebakje kerana ramai umat islam ditindas dan dibunuh dengan sesuka hati. Ya Allah minta jauh semua benda ni.
Kalau boleh azam baru Tie nak berbuat baik dengan semua orang, Jangan ada orang yang bergaduh disebabkan kita puncanya. Ya Allah besar dosanya tu.
SAMA2 KITA RENUNG RENUNGKAN..


Sunday 2 December 2012

DURIAN CREPE DAN DADIH

Musim Durian!
Assalamualaikum...
Hari ni kebetulan ada pakcik yang selalu jual durian yang tak pernah mengecewakan. Apalagi suruh hubby beli tapi  dalam hati nak try durian crepe yang memang meletop sekarang ni . Kegemaran hubby pulut durian, durian crepe tak main la dia..tapi mungkin untuk anak2 boleh cuba.
Tapi untuk buat crepe yang penting mesti nipis dan mesti guna non-stick pan yang  saiz 8", kalau pan besar nanti jadi crepe tebal tak sodap. Itulah pengalaman yang paling kritikal yang boleh Tie share.
Setiap layer kena lapis plastic supaya crepe tak melekat antara satu sama lain

 Tie tak nak share resipi kali ni mungkin , Tie akan cubalagi  crepe yang sedap dan nipis.
colourful crepe to attract my kids
Letak durian ditengah2 crepe and whipped cream
Dadih strawberry untuk jamuan anak-anak tahfiz Sek Agama Seksyen7
 Kebetulan beli dadih , tengok cara2 kena guna air dalam 3000ml wow banyaknya..macamana nak habiskan. Terpikir nak sedekah kat anak2 tahfiz , dan ada extra strawberry masukkan dalam blender dan blend bersama susu cair 1 tin dan campurkan gula pasir dalam 100gm.
Masukkan dalam gelas seperti diatas. Sejukkan
Dadih yang tak berapa ceria color, natural product la You...
EHMM JOM SEJUKKAN BADAN!!