Sunday 24 February 2013

POPIA JEJARI KETAM

EASY PEASY...
Assalamualaikum...
Terima kasih kepada yang sudi singgah di blog rosywhitekitchen. Tiap2 kali hujung minggu mesti Tie berfikir dan buat planning apa untuk kami sekeluarga makan untuk breakfast, lunch dan dinner.
Kebetulan dalam fridge memang ada kulit popia dan jejari ketam so apalagi try matchkan dua2 gulung crab stick dalam kulit popia kan senang. Cuma kena hati2 semasa mengoreng sebab jejari ketam senang masak nanti dia 'pop' keluar , tengok gambar diatas.
Nanti Tie akan ulang resipi ni sebab anak2 suka crispy di luar dan savory kat dalam. Boleh cicah dengan sos cili thai...ok selamat mencuba ya adik2, kawan2 dan makcik2 diluar sana.

Saturday 23 February 2013

ROTI & ICE CREAM

SALAM HUJUNG MINGGU




Assalamualaikum...
Terima Kasih kepada pengunjung blog rosywhitekitchen..Hari ni Tie cerita pasal roti lagi..sebab Tie dah start buat jualan sikit2 kat sekolah..Setiap satu Tie pek kecil2.  Ice Cream tu Tie belije cuma Tie buat decorate bagi kawan2 kat luar terliur sikit.

Hari ni Tie tak buat apa2 yang menarik cuma beli ais krim and decorate dengan fresh strawberry dan letak cherry so anak2 berebut lepas balik dari sekolah tambahan.
Jualan memang laris dan rasanya next week kena buat dua adunan. hari ni memang Tie plan nak buat dua adunan tapi Tepung roti habis, terpaksa buat satu adunan je dapat dalam 25pcs mini sosej bun.
Kebetulan Hari ni hubby pergi ke Indonesia dapat tiket free dari best friend kat Indon (Pak Yun). Tie apa lagi meluangkan masa kat dapur je la, sebab susah nak meronda kemana2 anak2 ramai...
Enjoy your weekend!!!

Sunday 17 February 2013

BUTTER CAKE

BUTTER CAKE ESPECIALLY TO MY BOSS
GONG XI FA CHAI
Assalamualaikum...
Tiap2 hari Ahad kalau Tie takde aktiviti lain, Tie mesti akan try resipi baru. Hari ni kebetulan ada masa free sikit Tie mencuba buat Butter Cake. Butter cake ini permintaan dari boss Tie yang berbangsa Cina, so sempena CNY Tie ingin dia mencuba my new Butter Cake.
Best ke..tapi bagi Tie macam ni pun dah ok, Tie buat dalam satu adunan bahagi kepada dua bekas so anak2 boleh try dan bagi komen.
Adik bagi thumbs up dan nak lagi...Mama cakap next time buat lagi
Sebab satu bekas lagi nak bagi Boss so tak kena tunggu dan lihat apa komen dari dia..
Tie ambil resipi ni dari Blog Rima...terima kasih ya Rima
Alhamdullillah anak2 suka dan suami pun suka...butter pun Tie follow yang Rima recommend.
Jom kita tengok Resipi Butter Cake
Bhn2
250 gm Butter
100gm sugar
5 egg yolks (large)
230gm cake flour
1 tsp double action baking powder
4 tbsp milk (Tie guna full cream)
1/2 tsp vanilla essence
5 egg whites (large)
90 gm sugar
Method
1. Place a butter, sugar and vanilla in a bowl of an electric mixer and beat until light and creamy
2. Add the egg yolks, one at a time, beating well after each addition and shift  add flour & baking powder & beat well to combine. Fold through the milk & combine well.
3. Beat egg whites in a clean bowl and add gradually sugar & beat until soft peak.
4. Take a portion of the egg white mixture and add into egg yolk mixture. Fold slowly until well combine.
5. Spoon the batter in a cake pan which line the base with a paper & lightly grease. (I'm using ready made pan -aluminium base as a phote above- no need to put baking paper. Only lightly grease is enough.)
6. Bake at preheated oven at 180C for 55 min or until cook. (Tie divided into 2 base pan and the time a bit shorter abt 30 min, was done).
Kalau nak tengok tektur kat dalam memang menarik
Mana tak cepat habis kalau semua kata nyum!!
Tie masak ni kebetulan dengan minum petang, buat I jug teh panas wow memang laju dengan butter cake..
Rajin2 mencuba Ya!!!Tak rugi Lo...

Friday 15 February 2013

ROTI..... ROTI...

Ada idea tak roti sausej yang mini size ni berapa satu?
Assalamualaikum...
Terima kasih kepada pengunjung rosywhitekitchen. Selepas dua tiga kali meroti anak2 , mami, hubby dan semua ahli keluarga cakap hmm memang lembut roti ni. So Tie terfikir nak cari duit lebih..apa salahnya buat promosi dengan cikgu2 sekolah atau kawan2 kat office. Manalah tau they all suka..belum try belum tau kan..hehehe
Roti yang baru keluar dari oven memang kembang..
Tie sebenarnya suka berniaga tapi buat marketing fail sikit..maklumla baru2 nak berjinak dalam dunia usahawan kecil2lan.
Kalau sesiapa yang nak try meroti bolehlah ikut resipi disini  dan disini
Antara Peminat Roti
Enjoy!!


Thursday 14 February 2013

PINEAPPLE TART

Cara2 nak habiskan Jem Nenas
Assalamualaikum...
Kebetulan ada lebihan jem nenas pada raya tahun lepas. Jangan risau kalau jem nenas disimpan baik2 di dalam fridge anda boleh gunakan jem nenas ini kerana gula didalam jem itu sendiri bertindak sebagai pengawet untuk jem tahan lebih lama.
Lebihan jem nenas ni cukup2 untuk satu adunan tart yang biasa Tie adun.


Tie buat tart nenas hari ni kebetulan awal bulan Mac Birthday kakak. Biasanya Tie memang buat perancangan lebih awal. Tie akan buat apa yang Tie rasa sesuai untuk diberi sebagai buah tangan sempena birthday kakak. Tart Nenas mungkin antara yang sesuai diberi sebagai penghargaan kepada guru2 dan ustazah disekolah kebangsaan dan sekolah agama. Tie akan buat apa yang Tie mampu. Kalau ikutkan hati nak beri kepada kesemua cikgu2 disekolah tapi rasanya tak terpikul ramai sangat.
Sebagai Ibu yang berkerjaya Tie akan penuhi permintaan anak2 especially semasa celebrate birthday anak2. Maklumla kalau nak jemput kawan2 datang rumah nak buat jamuan simple2 rasanya masa nak prepare nak masak2 tak sempat dan kalau nak panggil or order saja kos tinggi lak..senang macam ni lagi ok.
Jom kita tengok resipi tart nenas
Bhn2
Pineapple Tart
320 gm gandum
60gm tepung custard
20gm Tepung Susu
60gm Gula icing
250 gm butter
Telur kuning 2 biji
1 sudu esen vanilla

Method
Pukul butter dan gula
Masukkan kuning telur satu demi satu dan kacau sebati dan masukkan esen vanilla
Ayak tepung gandum, tepung susu dan tepung custard. Masukkan dalam adunan tadi dan kacau sebati.
Kamu boleh decorate your pineapple tart ikut kesukaan masing2.
Enjoy


Wednesday 13 February 2013

PRODUK AYAMAS

AYAM GORENG DAN MASAK SOS CHICKEN BALL
Assalamualaikum....Tie baru balik dari kampung tapi still continue cuti sebab cuti last year tak habis lagi. So cuti panjang la..tapi disebab stok makanan basah dah habis apalagi nak kepasar selalunya hubby yang empunya tugas. Gunalah kreativiti anda dengan product ayamas.
Tie memang suka product ayamas berbanding product 2 yang lain kalau nak beli sosej pun Tie akan belikan sosej ayamas, kalau daging ayam kisar pun ayamas . Baru2 ni Tie nak mencuba lemon Crispy Ayamas, apalagi grab it, buy it and fry it.
Hmmm macam KFC
Yang satu lagi Tie masak sos favorite anak2 untuk lunch.
Chicken Ball ni kalau dimasak sos campuran sos tomato, sos cili dan kicap pekat ABC memang mengancam.
ENJOY!!



Saturday 9 February 2013

GONG XI FA CHAI

HAI DAH BULAN FEBRUARY,,
Assalamualaikum...negara kita berbilang bangsa,,,ada yang berbangsa cina, india dan melayu. Kalau diikutkan kalendar banyak cuti2 perayaan pelbagai kaum. Tie amat bersyukur kerana negara kita kekal aman dan damai. Bulan Feb selalu dikaitkan dengan bangsa cina kerana perayaan tahun baru cina. Apa lagi bangsa cina ni amat suka noodles. Hari ni resipi yang sangat simple dari adik kesayangan Che Eny (Mee Goreng Sedap). Minggu lepas ramai yang berkunjung di rumah tapi Tuan Rumah hanya dapat siapkan hidangan yang simple2 je..macam ayam rendang asam dan masak kicap untuk lunch and dinner.
Apalagi maggi atau sekarang dah banyak brand selain maggi memang popular untuk makanan segera dan menjimatkan masa. Itulah yang terbaik untuk kami. Sebelum ni Tie tak beli brand lain selain maggi tapi adik Tie beli mee goreng sedap katanya memang sedap, nak2 di makan dengan telur mata...ehmmm mengancamlah..
Tie tak sempat try menu atau bereksperimen bukan sebab apa tapi disebabkan ada order dari kawan satu lab. Cheese tart memang hangat dipasaran terkini.
Terima Kasih Azrina
Ramai yang terpikat dengan blueberry cheese tart ni...so terima kasih untuk sesiapa yang sudi menempah.

Saturday 2 February 2013

RENDANG AYAM DAN KETUPAT PALAS

AIK RAYA KE?
Assalamualaikum..
Hari ni Tie nak habiskan ketupat palas nona dan kena cari apa nak di gandingkan dengan ketupat moden ni.
Apa lagi mestilah dengan rendang ayam barulah ngam..Hubby still oustation so Tie pun beli ayam satu ekor kat Mydin, beli semua kelengkapan untuk buat rendang kat Mydin, murah dan halal.
Jom kita tengok resipi Rendang Ayam
Resipi Asal dari Cik Mat Gebu tapi ada yang Tie olah sedikit
Bhn2 Kisar
Bawang besar merah 2 1/2 biji
Bawang putih-3 ulas
buah keras-3 biji
Serai-5 btg
belacan-1 inci
Lengkuas-1 inci
Halia-1 inci
Bhn2
1 ekor ayam
2 helai daun limau purut yang Tie dah kering kontang Tie tambah dengan lime zest dalam dua biji
2 helai daun kunyit dihiris nipis
1 keping asam gelugor
1 liter santan
3 camca besar kerisik
garam secukup rasa
1 camca besar penuh gula melaka
1 senduk nasi cili kering
2 camca besar rempah kari ayam (Tarbus)
Method
Bancuh rempah kari bersama bhan kisar halus.
Panaskan minyak dlm kuali , tumis cili kisar hingga garing, masukkan bhn kisar halus dan masukkan rempah kari tadi. Kacau hinggan garing dan terbit minyak.
Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang santan dan kacau  dam masukkan daun limau dan lime zest dan asam keping. Masak hingga pekat , tambah kerisik dan perasakan dengan garam. Tambahkan gula melaka dan kacau perlahan2. masak dengan api kecil hingga rendang pekat , terpulang samada nak kering atau berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan hirisan  daun kunyit, gaul rata dan jika rasa dah ok, boleh matikan api dan siap dihidang.
ENJOY!!