Thursday 30 May 2013

MEAT FILO PASTRY

SCHOOL HOLIDAY
Assalamualaikum...
Breakfast pagi ni Tie guna lebihan inti karipap dan bentukkan filo pastry seperti mangkuk diatas.
Filo pastry sangat mudah dan senang. Sedap dan rangup keistimewaannya. Dimakan pabila masih panas.
Tie menggunakan Muffin tray untuk bentukkan filo pastry. Bakar di dalam oven 170C selama 15 minit. Kemudian masukkan inti karipap dan bakar selama 5 minit.
Hari ni Tie ambil cuti semata2 nak luangkan masa dengan anak2 tersayang.
Kebetulan adik dan mak berpuasa hari ni, filo pastri inti daging ni Tie simpan sedikit untuk mereka yang berpuasa.
Ada lebihah gumpaste Tie cuba buat carnation flower. Hmm Cantik tapi kena tunggu 24hrs untuk kering. So kena plan awal2 kalau nak buat any flower untuk digubah atas kek.
Hari ni juga Tie menggunakan masa yang terluang mengemas bilik tidur bersama hubby.
Tie ubahsuai kedudukan dressing table, table lamp dan juga katil. Tie memang seronok tengok perhiasan rumah Tie berwarna putih. Rasa Lapang dan tenang. Macam ditepi pantai...
Kebanyakan perabut Tie beli kat Ikea , harganya tak semahal SSF tapi tak seglam SSF. memadai kita bersederhana.
Enjoy little LadyBird
HAPPY HOLIDAY :)





Sunday 26 May 2013

HI KARIPAP....

KARIPAP CUBAAN KALI KE-2
Assalamualaikum...
Minta maaf banyak2 Tie update photo yang tak begitu menarik. Tapi cubaan kali kedua ni amat besar maknanya kerana kali ni buat karipap takdelah terbuka kulit macam yg 1st trial.
Tie cuba resipi dari kawan blog curlybabesatisfaction . Karipap kawan kita ni jadi elok je.
tapi Tie perlu practice lebih banyak lagi.
Tengok doh diatas memang dah berpusing2 tapi macam kering sikit. Tie kena berusaha lagi supaya karipap rosywhite kitchen diminati macam cheesetart dan choc moist cake. Tak putus2 orang menempahnya.

Inti Tie olah sendiri
Tie gunakan potato yg dipotong dadu. Daging cincang yang diperap dengan oregano, garam, blackpepper. Serbuk kari daging 2 sudu kecil , segengggam udang kering, 1 labu bawang besar dan 2 ulas bawang putih diblend dan tumis.

Tie rasa api yang Tie guna untuk menggoreng terlalu kuat. Ada yang tak berapa masak" tang kulit" so next time Tie kena nipiskan bahagian kulit lagi dan api kena pandai2 control.
Walau bagaimanapun Tie akan terus mencuba Ya... Jangan Jemu melawat blog rosywhitekitchen.

Friday 24 May 2013

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Dah bermula cuti sekolah...
Assalamualaikum..
Blueberry Cheese Cake hari ni Tie buat sekali lagi selepas mencuba resipi kak Azlita dr blog masam manis.
Thanks Kak Azlita. Tie mencuba resipi ni sebab ada cikgu sekolah kakak yang menempah Blueberry Cheese Cake. Tapi resepi sekarang Tie olah kek didasarnya dari blog kak rima dan Blueberry cheese dari Blog masam manis.

Disini anda boleh lihat ketebalan kek dan ketebalan cheese. Kalau nak bagi pendapat Tie rasa kek sponge lagi sesuai dan bekas yang leper sesuai diguna. Diatas tie letakkan strawberry jem , Rasanya manis sedikit. Lagi bagus letakkan Blueberry Jem.
Ada banyak juga yg Tie olah dr resipi Kak Azlita
Yogurt Tie guna Blueberry Yogurt Dutch Lady
Cream Cheese Tie guna 250gm
Kuantiti Cream Cheese Tie guna lebih sebab tak nak bazirkan cheese. 
Kenangan Hadiah Birthday 2013
Hadiah Tahun Ni banyak berunsur barang dapur dan hal2 yg berkaitan dengan nya.

Saturday 18 May 2013

MOTHERS DAY, TEACHERS DAY & MOM's BIRTHDAY

Banyak betul yang Tie nak celebrate
Inilah Ibuku Tercinta
tapi apa yang Tie nak buat mesti Tie kena plan betul2. Macam nak celebrate birthday mami Tie kena kumpulkan semua adikberadik kat KL dan makan beramai2 supaya suasana jadi lebih meriah.
Disebabkan nak kena pastikan semua hadir kadang2 terpaksa buat lewat dari tarikh sebenar.
Janji Ibu kita Happy dan puashati kerana anak2 masih dan sentiasa mengingati dan menyayangi nya.
Family yang Happening
Tempahan Cheese tart dari Amy, Anand dan Rajesh, Choc Mois Cake dari KIna. Terima Kasih Banyak2
Terima Kasih Kakak dan Adik kerana bersusah payah buat cute & lovely gift to me
Kadang2 kerenah anak2 membuat hati kita gembira. Kakak & Adik beli semua ni kat kooperasi sekolah mereka. Guna play dough design atas kerusi dan buat surprise untuk Mama sempena Hari Ibu & my Birthday.
Terima Kasih anak-anakku..
BLUEBERRY CAKE
 Blueberry cake ni Tie dapat resipi dari blog Bisous A Toi (Ms Rima). Bagi Tie Cake ni Ok tak berapa manis tapi Tie guna sebagai base untuk Blueberry Cheese Cake di resipi yang akan datang.
Sabar Ya...
Resipi ni Tie cuba sebab  ada lebihan buah blueberry tapi macam bukan selera kita pula nak makan macam tu je. Tie search resepi dr Blog Che Rima kerana pelbagai pilihan blueberry cake resipi. Salah satu yang Tie pilih ni pun menarik juga.
SELAMAT MENJAMU SELERA ..


Friday 3 May 2013

NASI GORENG SARDIN

MARI MENGUNDI....
Assalamulaikum...
Hari ni menu yang sangat ringkas Nasi Goreng Sardin.
Tie masak untuk breakfast kebetulan nasi semalam masih ada lagi..
Nasi Goreng Sardin
Sardin ayam brand 1 tin dibuang sos tomato
Bawang merah 3 ulas*
Bawang Putih 2 ulas*
Belacan sebesar ibu jari*
ikan bilis 1 genggam*
Cili merah 1 btg*
Kicap masin
garam secukup rasa
Method
Tumiskan bhn Blend* sampai air kering dan masukkan sardin tanpa sos. Masukkan garam dan masukkan nasi gaulrata. Masukkan sedikit kicap masin untuk perasakan nasi.

Sedia untuk dimakan

Terima Kasih Ustazah Rizuana Tempahan Blueberry Cheese Cake
Resipi untuk blueberry ni Ti dapat dari blog masam manis tapi Tie ada tambah extra cheese sebab tak nak bazirkan cheese.
Thanks Kak Azlita sebab Blueberry cheese cake ni memang Tie suka...walaupun dulu tak suka cheese.
Hi kawan2 Hari mengundi pun dah nak dekat apalagi pilih yang terbaik, boleh jadi pemimpin kita dunia dan akhirat.




Wednesday 1 May 2013

PANDAN CHIFFON CAKE

2ND TRIAL SUCCESS
Assalamualaikum...
Alhamdullilah kali kedua mencuba chiffon kek menjadi...
Hari ni sempena Hari Pekerja Tie Hadiahkan chiffon kek untuk tetamu rosywhitekitchen.
Sebenarnya ada kawan sekerja Tie request nak kek yang gebu2 gitu,,,Tie pun mencuba kek chiffon. Kali pertama kek ni shrink kerana lupa nak terbalikkan selepas keluar dari oven.
Gebutak...
 Jom kita share resipi ya..Resipi ni Tie olah dari Joy Of Baking Orange Chiffon Cake
6 large eggs + 1 additional egg white(30gm)
225gm sifted cake flour
1tbsp baking powder
300gm caster sugar
1/2 tsp salt
1/8 pandan paste
a few drops green coloring
180ml santan/coconut milk
120 ml sunflower oil
1 tsp vanila extract
1/2 tsp cream of tartar
Method
Separate the eggs. Preheat oven 165C. ungreased tube/angel pan. Add flour, sugar minus 50 gm(reserved for egg whites). Baking powder, salt. Beat until combined.
Make a well in the center add egg yolk,oil, coconut milk, pandan , vanilla.Beat until smooth.
In a separate bowl whisk egg whites until foamy.
Add cream of tartar and gradually add 50gm sugar and beat until stiff peaks form.
Gently fold the egg whites into batter.
Pour batter into ungreased tube pan and bake for 60min.
ENJOY!!!