Sunday 26 May 2013

HI KARIPAP....

KARIPAP CUBAAN KALI KE-2
Assalamualaikum...
Minta maaf banyak2 Tie update photo yang tak begitu menarik. Tapi cubaan kali kedua ni amat besar maknanya kerana kali ni buat karipap takdelah terbuka kulit macam yg 1st trial.
Tie cuba resipi dari kawan blog curlybabesatisfaction . Karipap kawan kita ni jadi elok je.
tapi Tie perlu practice lebih banyak lagi.
Tengok doh diatas memang dah berpusing2 tapi macam kering sikit. Tie kena berusaha lagi supaya karipap rosywhite kitchen diminati macam cheesetart dan choc moist cake. Tak putus2 orang menempahnya.

Inti Tie olah sendiri
Tie gunakan potato yg dipotong dadu. Daging cincang yang diperap dengan oregano, garam, blackpepper. Serbuk kari daging 2 sudu kecil , segengggam udang kering, 1 labu bawang besar dan 2 ulas bawang putih diblend dan tumis.

Tie rasa api yang Tie guna untuk menggoreng terlalu kuat. Ada yang tak berapa masak" tang kulit" so next time Tie kena nipiskan bahagian kulit lagi dan api kena pandai2 control.
Walau bagaimanapun Tie akan terus mencuba Ya... Jangan Jemu melawat blog rosywhitekitchen.

No comments:

Post a Comment