Friday 2 November 2012

Bulan November

Anakku....
Happy Belated Birthday For Amy and Siti
Assalamualaikum...
Anak anugerah ilahi..tanggungjawab ibubapa mendidik, membentuk anak menjadi seorang yang soleh dan pintar.
Pada hari khamis lepas Tie dikejutkan dengan panggilan telefon dari babysitter dan pemandu Van (jiran lama Tie) yang anak tidak ada disekolah.
Tie masih ditempat kerja dengan harapan cikgu yang terlibat akan call memberitahu keadaan yang sebenar. Kak Zan pemandu van masih tercari-cari disekolah, tanya cikgu penolong kanan pun tidak dapat memberi jawapan pasti.
 Kakak sebenarnya sudah memaklumkan yang dia mengikuti satu kursus di sekolah sri petaling dan pergi bersama cikgunya,Kakak  berjanji dengan akak pemandu Van untuk mengambil pada masa yang ditetapkan. Tapi tiba masanya kakak tidak muncul2. Semua orang panik apatah lagi ibunya. Moral of this story... cikgu kena alert kalau lambat mesti memaklumkan pada ibubapa secepat mungkin. Jangan menyusahkan semua orang. Bagai nak luruh jantung siIbu kerjapun tak tenang...

Hakikatnya, manusia diuji dengan cara berbeza-beza bagi menilai rasa kehambaan kepada Penciptanya. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Tidak sesekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal.” (Surah at-Tawbah ayat 51).
Kek Chocolate yang kerap sangat ada dlm blog Tie
Silicone mould pemberian Che Eny (my beloved sister)

Ready utk bawa ke office
Biskut makmur tempahan. Thanks Kak Yatie

2 comments: