Saturday 3 November 2012

AYAM PANGGANG

HUJUNG TAHUN....DAH NAK MASUK AWAL TAHUN
Menarikkan.....
 Assalamualaikum.....
Hmm ni resipi lunch kami sekeluarga..Walidnya kerja harini so Tie dan anak2 mencuba resipi ayam panggang untuk menu hari ni. Tie simpan sikit untuk hubby makan malam ni.
Resipi ayam panggang ni sangat mudah dan memang menyihatkan.
Jom tengok resipi ayam panggang
RESIPI AYAM PANGGANG
Bhn2
Ayam-diambil bahagian peha dan dada-2 keping
Bawang putih-4 ulas*-dibelah 4
Olive oil- satu cawan*
Daun parsley-1 ikat-dipotong kecil2*
Cili sos-4 sudu*
Cili merah-1 biji-dihiris*
Garam-secukup rasa*
Lada hitam yang ditumbuk-1 sudu teh*
Method
Mula2 masukkan bahan bertanda* gaul sebati dan gaul sebati dengan ayam. Perap selama 1/2 jam.
Guna api yang sangat kuat untuk garingkan kulit kedua2 belah ayam selama 2-3 minit. Setelah kulit agak garing masukkan pan didalam oven suhu 180C selama 1/2 jam. Tutup pan dengan aluminium foil atau penutup pan. Pastikan pan/periuk yang digunakan boleh dimasukkan kedalam oven.
Pastikan Ayam dimasak sepenuhnya.
Cuba jangan tak cuba ya..

 Tie ingin memesan kepada kakak, adik2 dan ibu2 yang selalu kedapur.Agar kita sama2 berhati2 bila didapur.  Hari ni Tie memasak dengan keadaan yang agak kelamkabut, terpegang handle pan yang sangat panas..ouchhh..terkena aluminium foil luka dibahagian kulit..adoii..memang pedih berlari2 letak minyak gamat..Disini Tie dapatkan info dari Jabatan Bomba. Renung2kan ..

Keselamatan Dapur

Perkara Isi Kandungan
Kebersihan Dapur
  1. Jauhkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resipi dan barang-barang mudah terbakar dari ruangan memasak. Pastikan rak dapur sentiasa bersih. Kotoran berminyak boleh disambar dengan api. Jauhkan barang-barang mudah terbakar seperti langsir dan tuala pembersih dari dapur memasak.
  2.  
Keselamatan Kebakaran Di Dapur Jangan meninggalkan dapur semasa memasak. Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan  yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar. Jangan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.

Keselamatan Ketuhar Gelombang Mikro Makanan boleh dimasak dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana ia menghasilkan kepanasan tinggi dan mendalam.Buka dan tutup dengan cermat semasa ia tidak lagi memanas. Gunakan sarung tangan basah. Pinggan, mangkuk, dll digunakan di dalam ketuhar adalah tersangat panas dan boleh menyebabkan anda melecur.

Keselamatan Letrik Di Dapur Hanya gunakan satu alat (jenis pemanas) untuk satu soket. Pastikan fius dan pemutus litar sesuai untuk memutuskan arus jika berlaku lebihan arus. Pastikan rintangan fius sama seperti yang diperlukan alat letrik. Wayar terbuka dan terkoyak perlu diganti. Sekiranya alat letrik terlalu panas atau berasap, matikan sumber letrik dengan segera

Memadam Kebakaran Di Dapur Jika kebakaran minyak berlaku di dalam kuali atau periuk:
  1. Padamkan api dapur. Tutup dengan tudung.
  2. Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk.
  3. Buka tudung perlahan-lahan.
 
 
 
Menangani Kebakaran Ketuhar
Jika kebakaran berlaku di dalam ketuhar:
  1. Matikan sumber letrik.
  2. Pindahkan ketuhar ke tempat terbuka.
  3. Pastikan ia sentiasa tertutup.
 
 
 




No comments:

Post a Comment