Monday 16 July 2012

PULUT DURIAN

Hari ke-14


Assalamualaikum, sebenar ini menu pada hari sabtu, Hubby balik dari Melaka terus beli durian  3 biji memang elok2. Pakcik yang jual durian tu tak pernah tipu semuanya elok2 kalau dapat durian yang tak elok memang boleh tukar punya dengan yang lain. Apalagi Tie pun start merendam pulut.
Pulut yang sudah ditoskan selepas semalaman direndam
menggodakan!!
Lepas tu Tie kukus pulut dan siram dengan santan pekat. Hmm kami memang minat pulut durian kecuali adik tak minat langsung dengan durian, muka pun boring je. Apalagi goreng drummet je la untuk dia. Baby pun join sekali peminat durian. Memang menggodakan.
 
pengukus dilapik dengan daun pandan
Letakkan pulut
santan yang akan dicampur dengan pulut selepas dikukus
Sedia untuk dimakan
Hmm mudahkan, Tie ingat siapa2 yang baru nak menjinakkan diri dalam bidang masakan ni. Ini antara menu yang sangat mudah.

PULUT DURIAN
Bhn2
tentulah durian  (ikut selera masing2)
beras pulut 2 cawan (dibeli di Padang Besar Perlis)
santan pekat 2 cawan
secubit garam
daun pandan dlm 10 helai
pengukus
Method
Beras pulut direndam semalaman. Ini mempercepatkan proses mengukus. Toskan dan lapik pegukus dengan daun pandan yang telah dibersihkan. letak pulut. Api sederhana kukus selama 30 minit.
Angkat pulut dan masukkan dalam mangkuk, masukkan santan bersama sedikit garam dan gaul hingga sebati. Boleh dihidangkan. Selamat Mencuba.
Sekali lagi resipi Tie yang sangat mudah, lazat dan menggoda.

No comments:

Post a Comment