Monday 16 July 2012

KARI UDANG

Hari ke-15
Kari Udang yang belakang tu Ikan Kering
Assalamualaikum pada semua yang sudi menziarah blog Rosywhitekitchen. Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ni, marilah kita sama2 memperbanyakkan amalan kita ya.
Ok berbalik pada menu tengahari kami sebenarnya kari Udang dengan ikan masin goreng. Memang menyelerakan. Minta maaf ya kalau siapa2 yang berpuasa hari ni, buat terliurje.

Menu yang simple dan menyelerakan
 Jom  tengok resipi, yang sebenarnya resipi ni dari mak mertua Tie. Terima Kasih ya Mak.

KARI UDANG
Bhn2
Udang 20 ekor dari Sabah
Santan 1 biji kelapa
Rempah Kari udang jenama Tarbus (dr Arau)
Bawang Merah  6 ulas
Bawang Putih  3 ulas
Halia sebesar ibu jari
Asam Jawa direndam
Garam secukup rasa
Method
2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih dan sedikit halia dihiris/dimayang. Tumis bhn2 yang di mayang.Kisar bawang merah, putih dan halia yang baki tadi. Bancuhkan sedit air dengan rempah kari. Dan Tumiskan bhn kisar dan rempah kari hingga pecah minyak. Masukkan santan dan tunggu hingga mendidih. Masukkan Udang dan air asam jawa bersama garam secukup rasa. kacau supaya santan tidak berketul dan Boleh Menjamu Selera!!

Adik dan kakak sibuk menyiapkan cornflake yang diorder dari kawan2 sekolah
mama senang kerana anak pun ringan tulang
Cuba teka siapakah orang yang pakai baju tanpa lengan ini dan memakai tudung?...Seksi tu..



2 comments:

  1. As'kum salam Ukhwah terima kasih sudi follow, dah follow sini.. jangan lupa join kuiz yaa.. tq so much..:)

    ReplyDelete