Tersilau la pulak..Ok sorry gambar kek yang Tie ambil kali ini tak begitu menarik.
Tie dah beli lama sangat horlick untuk cuba resipi ni...Kali ini baru free untuk mencuba resipi kek horlick dan chocolate ni. Boleh juga panggil kek marble dan Tie nak try tepung hong kong apa beza dengan tepung gandum.
Bagi Tie resipi ni manis sikit. Mungkin campuran horlick . Dan kek ini terasa buttery sangat. Mungkin tak sesuai kat tekak Tie mungkin ok dekat orang lain.
Jom kita tengok resipi
Resipi Asal dari sinar kehidupan
Resipi KEK HORLICK CHOCOLATE
BHN2
250 gm butter
1/2 cawan gula castor
5 biji telur gred A
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan horlick
3 sudu besar serbuk koko van houten
1/2 cawan tepung hong kong
1 sudu teh esen vanilla
Method
Panaskan kukusan terlebih dahulu. Gris loyang dengan mentega. Pukul mentega dan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sambil digaul rata.
Gaul sebati bhg 1-masukkan horlick dan bhg 2 masukkan serbuk koko dan masukkan seperti marble.
Kukus selama 45 minit dan pastikan kukus ditutup dengan alunimium foil supaya air tidak menitik.
| SELAMAT MENCUBA!!! |



Jangan
meninggalkan dapur semasa memasak. Sentiasa mengawasi dan memeriksa
masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar. Jangan
memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang
boleh menyebabkan menga
Makanan
boleh dimasak dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana ia
menghasilkan kepanasan tinggi dan mendalam.Buka dan tutup dengan cermat
semasa ia tidak lagi memanas. Gunakan sarung tangan basah. Pinggan,
mangkuk, dll digunakan di dalam ketuhar adalah tersangat panas dan boleh
menyebabkan anda melecur.
Hanya
gunakan satu alat (jenis pemanas) untuk satu soket. Pastikan fius dan
pemutus litar sesuai untuk memutuskan arus jika berlaku lebihan arus.
Pastikan rintangan fius sama seperti yang diperlukan alat letrik. Wayar
terbuka dan terkoyak perlu diganti. Sekiranya alat letrik terlalu panas
atau berasap, matikan sumber letrik dengan segera
Jika kebakaran minyak berlaku di dalam kuali atau periuk: