Saturday 13 July 2013

HAPPY BIRTHDAY IRSYAD

SYED IRSYADUDDIN ANAKKU
HAPPY BIRTHDAY MY BOY...
Assalamualaikum....
Hari ni seharian Tie buat birthday kek atas permintaan anak2. Sebelum ni Tie ada publish butterscotch cake, tapi Tie dah bawa untuk jamuan pot luck. Anak2 teringin nak cuba kek butterscoth tapi kek memang laris. Apalagi mamanya berusaha sedaya upaya memenuhi permintaan anak2...
Baby Irsyad memang suka tengok kartun tapi kartun yang dia suka seperti Ben 10, Ironman, Ultraman dan Spiderman takde pula edible image kat kedai barangan kek. Cuma yang ada Angry Bird tu pun size kecil2. Nasib baik Irsyad baru 3 tahun tengok angry bird pun ok asalkan kartun yang dia kenal.
Tapi hari ni Tie cuba resipi sponge kek yang lain . Nanti kita tunggu azan magrib untuk test rasa ya...Sabar kawan2...
Jom kita tengok ringkasan resipi kek Butterscotch.
Ist layer- Tie guna resipi yang lama cuma tukar tepung gandum ganti tepung kek resipi bulan october 2012
Komen -rasaya dan tekturnya agak lembut berbanding guna tepung biasa. Good improvement.
2 & 3 rd layer- Tie guna resipi resipi sponge cake dr joy of baking
Resipi ni sebenarnya untuk roll cake tapi Tie cuba sebab nak tengok apa hasilnya.
Rasanya liat sedikit mungkin yang ini memudahkan untuk roll kek ini.
Layer by layer Tie letak butterscotch sos dan toast pecan nut cincang dan whip cream. Family Tie memilih whip cream berbanding cheese cream.
SELAMAT MENCUBA.



No comments:

Post a Comment