Tuesday, 30 July 2013

KUIH RAYA

                
          
Assalamualaikum...
Tinggal July Timbul August...
Tapi Tie tak ketinggalan mengucapkan Selamat Berpuasa untuk orang muslim di Malaysia...
Hari ni Tie sudah menyiapkan tiga jenis biskut raya
Almond London- resipi cuba2 -feedback okla...

Tart Nenas- Setiap tahun Tie akan buat disebabkan tempahan dan untuk buah tangan kat kampung

Biskut Makmur- Dah dua tahun Tie belajar resipi turun temurun dari mak mertua. Mak mertua dah tak sekuat dulu so Tie penyambung generasi . Resipi ni akan kekal untuk anak2 Tie. Baru2 ni ada kawan satu office yang ingin belajar how to make biskut makmur. Harap2 Siti boleh turunkan ilmu kepada generasi baru-orang muda2. Bagus kalau semua anak2 kita ingin mencuba resipi dulu2.


Untuk resipi Almond London Tie cuma ingin komen pasal coklat .

Coklat memainkan peranan penting dlm biskut almond london. Coklat yang Tie guna  jenama Beryl tapi susah sangat nak keras/kering. Tapi jika coklat masakan dikedai kek yg tak de brand memang senang mengeras. Cuma rasanya tak begitu sedap berbanding coklat Beryl.
Kawan2 boleh bagi tips?
Walau apapun anak2 dah memang syok sangat dengan almond london ni, crispy, yummy dan memang lazat.
Appearance fail sikit.
Jom kita intai resipi Almond London.
Tie minta maaf banyak2 sebab Tie dah lupa dr blog mana Tie ambil resipi ni. Halalkan resipi ni ya...Semoga sesiapa yang share resipi ini dgn ikhlas dimurahkan rezki..
250 gm mentega
100gm gula castor
50gm nestum kisar halus
100gm tepung jagung
230gm tepung red rose
kacang badam dipanggang secukupnya
1 sudu teh esen vanilla
kacang gajus sebagai hiasan
coklat masakan
paper cup
Method
Putar butter + gula , masukkan nestum dan putar.
Masukkan tepung jagung dan tepung gandum
rehatkan doh 15 min. dgn kitchen towel lembab
Ambil doh dan bentuk badam bujur
Ala2 bujur
Bakar 170C dlm 20-25 min
cairkan coklat masakan kaedah double boil dan celupkan biskut dan masukkan dlm papercup.




Friday, 26 July 2013

CHOCOLATE CAKE II

SALAM NUZUL AL-QURAN
Assalamualaikum..
Hari ni Tie menyiapkan tempahan kawan sekerja Tie (roselle) yang menempah kek chocolate untuk celebrate birthday hubbynya.
Resipi yang Tie guna tetap resipi yang sama menggunakkan choc moist cake dan ganache.
Terima Kasih Roselle
Walaupun hari ni public holiday tapi Tie kerja macam biasa, mungkin kilang boleh pilih PH mana yang boleh cuti dan kena kerja. Ntahlah..no komen..
Diharap Roselle berpuas hati dengan kek yang ditempah.
Tidak putus 2 tempahan cheese tart, alhamdullillah kerana diberikan rezki. Terima kasih Liza yang sudi menempah cheese tart strawberry.


Monday, 15 July 2013

TART NENAS

IFTAR KE-5
Assalamualaikum....
Tie dah start dengan tart nenas sebagai permulaan dan penyediaan awal kuih raya utk dibawa balik ke kampung.
Ramai sanak saudara untuk diziarahi dan mesti dibawa buah tangan untuk menjadi penyeri majlis.
Buah tangan hasil dari air tangan sendiri memang akan jadi bertambah meriah hari raya nanti...
Tie pernah kongsi resipi ini pada raya tahun lepas.
Selamat Mencuba ..raya tahun ni memang betul2 tart buah nenas...

Saturday, 13 July 2013

HAPPY BIRTHDAY IRSYAD

SYED IRSYADUDDIN ANAKKU
HAPPY BIRTHDAY MY BOY...
Assalamualaikum....
Hari ni seharian Tie buat birthday kek atas permintaan anak2. Sebelum ni Tie ada publish butterscotch cake, tapi Tie dah bawa untuk jamuan pot luck. Anak2 teringin nak cuba kek butterscoth tapi kek memang laris. Apalagi mamanya berusaha sedaya upaya memenuhi permintaan anak2...
Baby Irsyad memang suka tengok kartun tapi kartun yang dia suka seperti Ben 10, Ironman, Ultraman dan Spiderman takde pula edible image kat kedai barangan kek. Cuma yang ada Angry Bird tu pun size kecil2. Nasib baik Irsyad baru 3 tahun tengok angry bird pun ok asalkan kartun yang dia kenal.
Tapi hari ni Tie cuba resipi sponge kek yang lain . Nanti kita tunggu azan magrib untuk test rasa ya...Sabar kawan2...
Jom kita tengok ringkasan resipi kek Butterscotch.
Ist layer- Tie guna resipi yang lama cuma tukar tepung gandum ganti tepung kek resipi bulan october 2012
Komen -rasaya dan tekturnya agak lembut berbanding guna tepung biasa. Good improvement.
2 & 3 rd layer- Tie guna resipi resipi sponge cake dr joy of baking
Resipi ni sebenarnya untuk roll cake tapi Tie cuba sebab nak tengok apa hasilnya.
Rasanya liat sedikit mungkin yang ini memudahkan untuk roll kek ini.
Layer by layer Tie letak butterscotch sos dan toast pecan nut cincang dan whip cream. Family Tie memilih whip cream berbanding cheese cream.
SELAMAT MENCUBA.



Monday, 8 July 2013

BUTTERSCOTCH CAKE

IMPROVE VERSION
POTLUCK 2013
Assalamualaikum...
Hari ni Kenrich ada buat potluck. Apalagi Tie mengambil kesempatan untuk try buat butterscotch cake kali kedua...Ada macam2 komen  yang Tie terima. Tie suka dengar komen2 tu semua bak kata komen membina nanti Tie boleh improve.. untuk  kek yang lebih sedap.
Jom Tengok resipi
Kek Tie buat 1 adunan 1/2
Utk adunan yang pertama Tie follow resipi sponge cake dlm  videojug.
Komen dr tester kenrich agak dry dan tak selembut secret recipe cake.
Utk separuh lagi adunan Tie follow resipi kek yang sebelumni butterscotch-cake sempena my sister birthday. Komen-lebihkurangnya je dr adunan yang pertama.
Mungkin juga kek akan kering sedikit selepas overnight dlm fridge.
Tie buat 2 layer tebal dr adunan pertama dan 2 layer nipis dr adunan separuh.
Layer pertama dr adunan tebal Tie letak butterscoth sos , tabur pecan nut yang dibakar dan dicincang dan cream cheese frosting. Cream cheese frosting boleh follow this resipi Frosting utk carrot cake dlm joy of baking
Layer seterusnya -layer nipis dan folow step yang sama, butterscotch sos, pecan nut, dan cream cheese frosting. Seterusnya layer tebal dan last layer nipis.
Utk Topping atas salutkan cream cheese frosting dan sejukkan didlm fridge dlm 1 jam.
Keluarkan decorate dengan whip cream. Hias sekeliling dengan almond flake dan utk bahagian atas
design dengan butterscotch sos dan pecan nut.
Dah ready untuk dimakan....Selamat Mencuba Ya.. kawan2...
Feedback selepas dimakan keseluruhan .....Berapa harga? Bolehke nak order? Manis sikit la...nyum2 memang sedap...
Walau apa pun komen yang Tie dapat Tie amat berpuashati dengan kek ni dan Insyaallah di masa akan datang Tie akan berusaha jadikan lebih sedap, delicious and marvelous...
SALAM RAMADHAN


Sunday, 7 July 2013

AYAM MASAK MERAH


SALAM RAMADHAN
Assalamualaikum...
Sorry gambar tak nampak rupa daging ayam, sebab Tie dah campur semua sekali hati ayam, pedal dan jantung ayam...
Resipi ni tie ambil dr pesona cinta. Cuma Tie tukar yang part susu dengan santan. Ada lagi lebihan santan di stok dapur rosy...hahaha...Jangan Membazir duhai kawan2.

Resipi ni boleh tahan sebab semua ada serai, lengkuas dan halia...
Cuma kalau tak boleh tahan pedas kurangkan cili kering tu. Hari ni Tie buat terelebih pedas sikit, adik dah takut nak makan. Baby irsyad pun berani makan....adik..adik..
POT LUCK 2013
Resipi..? insya allah Tie akan share selepas mendapat komen dr kawan2 Tie...
Besok Kek ni Tie nak bawa utk potluck ada banyak yang Tie cuba resipi baru dan gabungkan menjadi satu kek, kononnya nak buat butterscotch cake tapi ini hasilnya...
BUTTERSCOTCH CAKE Special from Rosy white kitchen