Or Rainbow Rice, Nasi Hujan Panas, Nasi Warna Warni
|
Tie guna beras Pusa Gold 1121 Jasmine |
Assalamualakum...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.. Tie tak balik kampung malah semua keluarga berkumpul diKL untuk celebrate Raya Haji. Sederhana aje.. Sempena hari yang mulia ni Tie nak share apa sebenarnya Hari Raya Aidil Adha..Tie dapati dari wikipedia..supaya kita sama2 medekati dan mendalami manfaatnya..Insyaallah
Hari Raya Aidiladha
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari Raya Aidiladha (
bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau
Hari Raya Haji
merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia
adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut
pada setiap
1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan
Zulhijjah
setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah,
diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10
Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan
samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan
Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya
Nabi Ismail dalam memenuhi perintah
Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan
Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas
khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah
ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah
kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.
10 Zulhijjah
merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan
isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum
berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling
cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi
hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya
sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir
pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding
solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat
Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan
korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah
bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat
menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke
masjid.
[1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya
makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang
berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu,
kambing, dan biri-biri yang
dikorbankan
akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum
dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada
golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan.
Al-Quran
tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini
memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai
korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong
melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai
pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada
yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang
disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Raya Aidiladha dalam hadis
- Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu
Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke
Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka
Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab:
Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya
dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu
Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai
daripada Anas)
- Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang
lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban.
Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat
lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini
diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah
kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
- Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh
Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam
pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada
menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada
hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya.
Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah
sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu
dengan hati yang bersih."
- Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh
Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a
kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah
(Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas
beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia
menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah
Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah
(Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat
atau apa-apa pun.
[2]
Tie rasa menu yang sesuai untuk memeriahkan suasana Hari Raya ialah memberi kelainan berbanding dari hari2 yang biasa.
Gaya nasi diubah dan diolah sedikit supaya tetamu yang hadir nampak lebih berselera dan lebih meriah .
Jom intai resipi dari blog rosywhitekitchen
Resipi Asal dari dapur dapur mamasya
RESIPI: NASI PELANGI
Bhn2-agak beralainan dengan dapur mamasya sebab keluarga tak besar.
4 pot beras basmathi (1/2 kg)-air sama banyak dengan beras
1 labu bawang besar*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2" halia*
1 kuntum bunga cengkih
1" kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 kelopak bunga lawang
1 tin susu cair
pewarna hijau, merah dan kuning (1 sudu teh color + 2 sudu teh air)
2 sudu besar minyak sapi brand QBB.
Method
Panaskan minyak sapi, tumis bhn kisar * dan rempah 4 sekawan. Sampai garing. Dan pindahkan kedalam rice cooker. Masukkan air , garam, susu dan beras yang telah dibersihkan
. Maaf ya method pun berlainan dengan Dapur mamasya, telah diolah sendiri namun ia menjadi Ya!!. Bila nasi hampir kering buat 3 lubang dan masukkan 3 warna yang berlainan, Kalau tengok gambar yang Tie ambil color hijau tidak kelihatan, mungkin masa mengambil nasi tidak kena bahagiantu ya, Faham2 jela..
Tutup kembali lubang color tadi dan tutupkan periuk nasi dengan aluminium foil dan letakkan lesung batu keatas penutup supaya ia tertutup rapat. Tips ni amat penting kalau ikutkan pantang larang dari dapur mamasya. Ok selamat mencuba!!