Saturday, 26 October 2013

AGAR-AGAR MILO




Milo ialah jenama untuk sejenis minuman susu yang ditambahkan dengan coklat dan malt. Dikeluarkan oleh syarikat Nestlé, minuman ini berasal dari Australia tetapi kini dikilangkan di berbagai-bagai negara, termasuk Singapura, Filipina, New Zealand, India, Vietnam, Afrika Selatan, Jamaica, Jepun, Chile, Thailand, Malaysia, Indonesia, Nigeria, Kenya, Syria, dan Ghana.
 Assalamualaikum...
Milo...Tie dr kecil sampai skrg memang penggemar milo. Agar2 milo ni Tie buat khas untuk penggemar milo. Kami satu keluarga minum milo tanpa gula, susu kdg2 Tie tambah satu sudu saje bagi ada kick untuk satu jug tapi amount milo mesti banyak..ala2 ..milo dinasour...
Ingat lagi masa Tie sekolah rendah Tie memang suka ratah milo...makan macam tu je letak milo dlm gelas...ngap2..memang syok melekat2 satu gelas dengan milo...Kebetulan masa kecil Tie ada stay dengan arwah mama(mak saudara) yang memang tak tahu hobi Tie suka meratah..milo..Milo yang dibeli cuma tin kecil sahaja tapi Tie boleh habiskan milo kat rumah dia sekelip mata...Apalagi mengamuk la...kawan..Kisah tu kalau diingat memang sangat melucukan...
Milo Jelly
Bhn2
Agar2 I paket
Air disukat ikut paket agar2
Susu cair 1 Tin
Milo-6 sudu besar
Gula-3 senduk kecil
Method
Masak agar + air sampai agar2 larut. Masukkan gula, susu dan milo. Kacau sampai sebati. Tapis dan masukkan didlm loyang.
Tie gunakan pemotong seperti diatas agar saiz yang sama dihasilkan.
Letakkan penerap diatas agar2
Boleh hasilkan saiz yang sama dan kemas.
Masa: Anda perlukan 30 minit untuk penyediaan.
Boleh dihidang selepas 2 jam anda simpan didlm fridge.
Comment: Anak2 ikut jejak mama, memang apapun dr Milo memang licin...nyum2..

BIHUN SUP

BREAKFAST.LUNCH.DINNER
Assalamualaikum.
Hi masak apa hari ni? Tie  try menu bihun sup yang tak pernah Tie buat sebelumni. Tie follow blog sinar kehidupan Kak Yati.
Tie suka mencuba pelbagai menu baru yang kadang2 Tie selalu order dikedai/restaurant tapi x pernah try buat dirumah.
Resipi hari ni rempah agak kuat kerana gabungan rempah kurma dan rempah sup adabi. Tie masak untuk breakfast anak2. Kalau portion yang agak banyak menu yang sama dimakan utk lunch dan dinner.
Anda boleh ikuti resipi yatiememories.blogspot disini. Halalkan resipi akak ya..
Tie lebih berani mencuba menu ketika hubby outstation, kalau sedap Tie akan ulang sekali lagi dan kalau biasa2 je Tie akan try modify bagi lebih menarik.
Comment from my daughters: Bolehla....need to improve and tweet a bit...
From my point of view: I dont like rempah yang banyak , mungkin boleh kurang kan rempah , cukup hanya guna 4 sekawan...

Saturday, 19 October 2013

ROTI KISMIS CHOC CHIP CINNAMON ROLL

GOOD BREAKFAST
Assalamualaikum...
Tie suka kalau weekend menghabiskan masa buat sesuatu atau mencuba resipi yang baru atau resipi yang sama diolah sedikit. Itu juga memberi kelainan dan alhamdullillah apa je yang Tie cuba anak2 memang suka dan enjoy..
Tie menggunakan resipi roti yang sama seperti disini. Tapi Tie olah sedikit Didlm roti Tie letak cinnamon, brown sugar, kismis, choc chip and butter. Bhn2 yang Tie letak didlm roti anda boleh ikut resipi di  jom masak, jom makan. Anda boleh tengok pelbagai jenis roti di blog jom masak , jom makan. Tapi Tie tak ikut kesemua ada sedikit sebanyak Tie ikut Tie punya citarasa.
Diatas Tie tabur castor sugar, kismis dan choc chip dan sedikit vanilla estrak yang dicairkan dengan air panas.
Then bake until cook. selalunya dlm 10 minit.
Lain kali Tie kena tabur gula dgn lebih rata so takdelah gula still on top lepas bake. Next time boleh improve.
Anyway my friend tak salah mencuba ya!!

Tuesday, 15 October 2013

SALAM EIDUL ADHA

SWEET SOUR GAROUPA
Assalamualaikum..
Sweet sour ni Tie ikut resipi dr kak Yatie Sinar kehidupan. Halalkan resipi ni ya...
Resipi ni Tie share untuk sesiapa yang tak boleh makan daging, tau2 je lah kalau dah berumur ni darah pun senang naik. Kebiasaannya kalau hari raya haji ramai yang buat korban dan banyak daging dihidang semasa kenduri. Apakata dirumah anda sediakan ikan sebagai resipi tambahan selain dr menu daging.
Tie share resipi sinar kehidupan
ENJOY


Saturday, 12 October 2013

MEAT BALL & PASTA SPIRAL

HOW TO MAKE MEAT BALLs
Assalamualaikum...
Meatballs Tie gunakan daging cincang (boleh didpti) diGiant.
One Onion- dicincang dadu, dlm 1 cup bread crumb, 1 biji telur, 1tspn oregano, 1tsp italian herbs, 1/2 tspn salt, 2 tbspn olive oil & 1tspn black pepper.
Tie bulat2kan dan simpan dlm fridge overnight. Besok drizzle some olive oil atas meatballs dan bake 15min , 180C.
Tie masak pasta spiral dengan meatball dan anda boleh gunakan apa2 jenis pasta dan pelbagai resipi boleh diolah dr sini.
Pack for Lunch


Sunday, 6 October 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU SITI

MACARON & PAVLOVA -CANDY TABLE
Color hijau sebelum bakar
Banyak dugaan & cabaran untuk dapat bulat yang sama & cantik...berpeluh2 dibuatnya...
Color hijau selepas dibakar
Color berubah selepas dibakar, Cabaran kedua... Tie kena cari color yang sesuai supaya tak faded selepas dibakar.
pink & purple?
Cabaran Ke-3= Tie perlu tunggu macaron lebih dr satu jam untuk dapatkan tektur yang tak meleleh. In other word untuk dapatkan bentuk seperti diatas. Fuihhh jika start pukul 5.30 pg untuk satu adunan pukul 11.30 baru siap kesemuanya. Itupun belum tentu semuanya cantik terbentuk.

Jikalau ada kawan2 diluar sana yang expert dlm menghasilkan macaron sudi2 kan share ilmu..tak rugi you...lagi bertambah rezki...

Pavlova as her wish, pengantin request nak pavlova base shj without adding whip cream & fruit.
Tie prepare dlm muffin cup dan letak dlm 2 sudu kecil setiap cup.
dapat dlm 22 cup dlm satu adunan.
Tie harap walaupun Tie tak boleh nak join kenduri Siti tapi sekurang2nya dgn macaron & pavlova pengubat rindu. Tie minta halalkan kalau ada kekurangan ya...

Saturday, 5 October 2013

MEE UDANG ALA ROSY

GIVE IT A TRY!
Assalamualaikum..
This menu Tie cuba last weekend. Kebetulan menunggu kepulangan hubby dr east cost(kelantan, trengganu & pahang)Tie cuba sesuatu yang baru. Stok udang masih banyak dlm freezer so search recipe from kawan2 blogger. Finally blog mat gebu juga terpikat di hati.

Resipi ni agak remeh juga tapi semangat waja yang kuat untuk hidangkan kepada hubby yang balik dr merantau...
Resipi ni Tie ambil dr MAT GEBU.
Conclusion= udang 24 ekor, mee 2 bungkus, kuah dlm 3 liter utk 8 org makan.
cuba jgn tak cuba...
Kakak paling suka sambal mee udang...

Friday, 4 October 2013

UDANG, PRAWN, SHRIMP...

OCTOBER WEEKEND
Assalamualaikum...
Apa tu... cuba teka...
Salah satu healthy food for your makan petang, high tea perhaps or can be appetizer ...
Udang goreng tepung, tapi kalau deep fried is not healthy anymore so apa yang Tie buat udang bakar...nyum2..

Udang yang Tie buang kulit, belah belakang dan buang apa yang perlu. Perapkan udang dgn garam, black pepper dan daun pasrley kering. Gaulkan dgn tepung gandum, kuning telur dan bread crumb . Letakkan di atas parchment paper dan bake 20 min each side.
enjoy...