Friday, 30 August 2013

MERDEKA! MERDEKA!

GENAP 56 TAHUN NEGARA KITA MERDEKA...
Assalamualaikum....
Selamat Bercuti...Selamat Menyambut Hari Merdeka...
Sempena hari Merdeka Tie masak Bihun goreng, drummet goreng, dan keropok...
Menu simple untuk breakfast.
Resipi Bihun ni Tie pernah publish sebelum ni.
Kebiasaanya kalau my hubby outstation Tie akan masak , dan kami sekeluarga tak keluar mana2...terperap je dlm rumah..
Susah nak melayan tiga orang , tiga kerenah...lebih baik stay kat rumah...mengemas dan memasak.

Suburkan budaya bersyukur dalam masyarakat

Cetak
Daripada Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi, kedua-duanya telah masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: “Bagaimana keadaanmu pagi ini? Ia menjawab: Aku berada dalam keadaan baik. Syaddad berkata kepadanya: Bergembiralah engkau dengan perkara yang menghapuskan dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman: Apabila aku menguji seseorang dari hamba-Ku yang Mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya - bersih dari segala kesalahan, dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat.” (Riwayat Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi)

Tidak kufur nikmat
Daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan, katanya sabda Rasulullah SAW: “Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.” (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: “Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.” (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.” (Riwayat At-Tabrani)

Bersyukur adalah satu tindak balas yang baik sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.

Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan pujian selain daripada Allah SWT kerana terlalu besar nikmat dan pemberian yang diberikan Allah kepada kita. Oleh itu sebagai tanda bersyukur kita hendaklah mengekalkan baik sangka kepada-Nya serta meletakkan keyakinan kepada Allah SWT dengan ketaatan dalam beribadah.

Hargai keamanan negara
Budaya bersyukur hendaklah disuburkan dalam masyarakat di mana rakyat hendaklah disedarkan supaya menghargai keamanan dan kemakmuran negara. Jangan menyalahgunakan kemewahan untuk pembaziran, melakukan maksiat serta gejala tidak sihat yang mengakibatkan berlakunya kerosakan, bencana pada diri, keluarga dan masyarakat.

Semua ini menunjukkan tanda kufur terhadap nikmat Allah SWT dan kesudahannya ia akan menjerumuskan masyarakat dan negara kepada kerosakan serta kehancuran.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
SALAM MERDEKA 2013
 

Sunday, 25 August 2013

HAPPY BIRTHDAY SYAZWINA 10 YEARS

TANGGAL 25 BULAN LAPAN GENAP 10 TAHUN
Assalamualaikum...
Hasil kreatif dari kakak , adik(birthday girl) & mama....
Fondant yang Tie hasilkan hari ni masih lagi crack..memang susah nak bagi dia licin dan smooth...
Tapi Tie just proceed and cover dengan bunga dan bees, flowers, caterpillars...
Bees, caterpillars and tortoise, hasil kreatif kakak dan adik...


Kek ..masih kek coklat moist , kek yang paling senang dan diminati ramai. Tie plan nak buat satu lagi kek kat atas tapi memang tak larat nak siapkan dlm masa satu hari.  Kena plan masa dengan baik jika nak buat kek bertingkat-tingkat. Nasib baik tuan empunya kek(birthday girl) memang berpuas hati dengan kek yang dihasilnya sendiri.
Jika anda ingin decorate your cake dgn flowers, caterpillars, bees and any other animals...your must make it earlier..mungkin sehari sebelum. Tapi Tie sbg seorang yang agak sibuk dan berkerjaya Tie dan anak2 menyediakan dalam hari minggu(masa free), meaning prepare one week earlier all the figurine..
Tie suka tengok decoration di bahagian atas , color bees, base and daisy flower contrast dengan color pink and nampak menarik...
Castle tower dibuat dr roller kitchen tissue and roof bentukkan kon dr kertas tebal then balut with fondant. Yang ni perlu siapkan 1 minggu awal supaya tower betul2 kering. Di bahagian tingkap boleh gunakan royal icing green color.
SELAMAT HARI RAYA DR ROSY & FAMILY


tempat kerja memang messy because you playing with a sugar, to avoid stickiness you have to add  corn strach all over the work place...Have a good try & make your kids happy
HAPPY BIRTHDAY MY CUTE PAH AWEEN :)


Friday, 23 August 2013

SPECIAL GIFT KHAS UNTUK CIKGU

HARI RAYA MOOD

Assalamualaikum...
Masih lagi mood berhari raya? Kali ni memang Tie sangat sibuk kerana menunaikan permintaan anak2...Cikgu pun pandai request suruh mama awak buat kek cantik2 then tulis selamat hari raya...
Kali ni dengan ikhlas hati Tie mempersembahkan kek coklat dengan ganache untuk cikgu sekolah kebangsaan kota damansara. Setiap penat lelah cikgu mendidik anak2 kami tidak akan kami lupakan. Sebagai balasan terimalah hadiah yang tak seberapa.
Kakak Pah Reen request nak tulis " Selamat Hari Raya" Tie cuma ada lebihan jem strawberry, Tie pun guna untuk decorate atas kek. Tapi tak berapa jelas tulisannya.
Kek ni agak menarik sebab color bunga yg kontra dengan color coklat. Resipi yg sama Tie cuba tak sempat nak mencuba resipi yang baru.
Adik Pah Aween ada request nak air botol je la..bawa utuk jamuan. Kesian pulak tengok adik bawa air botol...Kakaknya bukan main lagi kek satu biji , Kesian punya pasal mamanya yg letih, buat la oreo coklat lolipop + edible image angry bird..Melompat2 la keriangan sukanya...adik...
Senang je nak buat lolipop ni cuma perlu ada coklat masakan, oreo, dan acuan dah jadi ...
Bukan susah sangat untuk ibu2 diluar sana share dengan anak2 , enjoy baking or cooking.
SELAMAT HARI RAYA 2013



Thursday, 15 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Terima Kasih kepada Pelanggan Rosywhitekitchen


Tempahan dr Siti untuk celebrate di malam raya.

Tempahan dr Siti Carrot Cake untuk Tunang Tersayang.

Tempahan dr Shahirah Blueberry & Strawberry cheese tart

Tempahan dr Atun blueberry & strawberry cheese tart
Tempahan dr Zira Strawberry cheese tart 50 biji

Tempahan dr Zira. Selamat Hari Raya Zira...Zira resign dr Kenrich pada akhir bulan July. Lepas raya dah tak dapat jumpa Zira lagi...

Friday, 2 August 2013

BALIK KAMPUNG....

Mak dah tunggu kepulangan anak2
Assalamualaikum...
Bulan syawal semakin tiba...ibu2 dikampung setia menunggu kepulangan anak2....
Cuba kita bayangkan sekarang kita berada ditempat mereka...
Tidak sabar2 menunggu ketibaan anak2...kewajiban anak2 mengembirakan kedua ibubapa mereka..
Hari Isnin mungkin Tie akan bertolak ke kampung, disebabkan order yang tak putus2 dr kawan sekerja.
Thanks Siti Eri kerana tiap2 tahun menempah biskut raya
Thank Siti Eri , peminat setia makmur...
Thanks Shahirah
Shahirah menempah kek coklat last minute. Nasib baik masih ada ruang untuk Tie memenuhi permintaan org trengganu sorang ni. Kek ni akan dibawa pulang ke kampung untuk buah tangan ibubapa . Semoga shahirah menjadi anak yang taat dan soleh.
Kalau diimbas kembali tahun lepas Tie sibuk menyiapkan tempahan dr anak2 , cornflake choc. berbalang2 tempahannya. Ada juga yang menempah makmur dan tart nenas.
Tahun ni rezki bertambah2 , banyak yang mengorder kek , cheese tart dan biskut raya. Sampaikan tak sempat Tie nak buat cornflake madu atau choc.
Apapun Tie bersyukur dengan pemberian Allah..
Kepada kawan2 yang dah balik kampung, hati2 ketika memandu, selamat jalan dan
SELAMAT HARI RAYA dr rosywhitekitchen...