Sunday, 30 June 2013

HAPPY BIRTHDAY AISYAH SOFIA....

Happy Birthday untul al-danish , aunty af and My Boy-Syed Irsyad
Assamualaikum....Dah ready nak puasa semua anak2, emak2 dan ayah2....
Selamat Menyambut Ramadhan al mubarak sama2 kita meningkatkan ilmu di bulan yang mulia ni...
HAPPY BIRTHDAY SOFIA- 1 YEAR
Hari ni Birthday anak saudara Tie  AISYAH SOFIA... dah genap setahun...Tie celebrate kat rumah Tie .
Planning asal Tie yang nak buat kek tiba2 demam dan sakit badan dari hari Jumaat lagi...kesian sofia tak boleh nak makan kek yang aunty nak buat...Mungkin kalau ada rezki lain kali ya sayang...
Kalau sanak saudara dah berkumpul memang semua nya happy macam dah nak raya...
Birthday Girl bersama Che Na...
Syed Irsyad tumpang happy sama..

Antara menu yang order saja...nasi impit, satay dan bihun goreng Tie masak...
Kulit popia yang digulung dan digoreng
Tie pernah share resipi awal-muharram. Kali ni Tie ubah cara gulung kulit popia lagi senang dan cepat. lain 2 samaje..
Disini Tie nak share resepi Bubur Nasi.
Tie dan family memang rasa Bubur Nasi kali ni memang menarik dan sangat sedap.
Mula 2 masak sup ayam , Tie menggunakkan udang kering, bawang merah bawang putih dan sedikit halia*. Tie menggunakan stok ayam dan masukkan bhn blend * tadi. Masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.Masukkan ayam dan sampai mendidih.
Basuhkan beras dan masukkan bahan blend didalam beras yang dibersih.  Masukkan kuah sup dan air secukupnya untu bubur nasi.
Boleh dihidang..


Sunday, 16 June 2013

KEROPOK LEKOR

DARI GANU.....
Assalamualakum...
Hari ni Tie Bz sangat namun Tie slot in update blog rosywhitekitchen.
Keropok lekor ni Hubby bawa balik dr terengganu. Kalau keropok lekor kat KL ni hmm lebih tepung dr ikan, liatnya lain macam.
Tie breakfast menu yang simple saja hari ni sebab dah ada plan nak keluar shopping. Shopping awal2 tak memboringkan kerana kita boleh plan apa yang nak  dibeli atau apa yang tak perlu.
Lagipun kalau dibulan ramadhan dah letih nak keluar jalan2.
Terima Kasih Zira, yang tak jemu2 menempah strawberry cheese tart, choc cake with ganache, rajesh, atun dan Kina yang menempah Choc Moist Cake.


Sunday, 9 June 2013

CREAM PUFF

PERCUBAAN KALI-3
Assalamualaikum...
Tie pernah cuba buat cream puff ni dah tiga kali termasuk kali ni...akhirnya hasil kali ni boleh tahan
Rupa2nya masa nak campur telur tu kena hati2 agar doh asal tu flowable but ada texture. Susah juga nak faham kan.
Tapi kepada sesiapa yang baru nak mencuba macam Tie ni boleh follow joy of baking. Insha Allah senang nak follow siap boleh watch her video lagi.
Sebelum ni ada la Tie follow blog kawan2 yg lain tapi mungkin ikut je resipi tu tak betul2 faham...
Maklumla learning process.
Tie guna fresh cream dan kawan2 boleh ptg half atau pipe dlm lubang kecil seperti pic diatas.
Ikut kreativiti masing2. Dan kalau rajin tabur gula icing atau letak strawberry diatas fresh cream.
Resipi kali ni cream puff rasanya rangup sikit berbanding dengan cream puff yang biasa kita makan.
Nanti Tie akan cuba resipi yang lain dan kita boleh compare.
Setakat ni saja hari ni besok dah start hantar anak pergi sekolah , macam biasa....
Happy Back To School..ya adik2...


Saturday, 8 June 2013

BUTTER CUPCAKE WITH CREAM FROSTING

Apa! Dah Nak habis cuti sekolah...
Assalamualaikum..
Cupcake ni Tie buat atas tempahan dr office (Kenrich). Tie gunakan butter cake dan frosting menggunakan whip cream. Tie dah testing 2 jam kat rumah frosting nya tahan tapi kalau lama2 Tie pun x jamin...huhuhu...
Cupcake ni Tie buat tak begitu manis. Tie menggunakan resipi buttercake yg Dah publish sebelumni.
Tie menggunakan castor sugar dan berat setiap cup antara 34gm-40gm. Kalau tidak masa bake dia akan melimpah tak boleh penuh sangat.
Terima Kasih Han kerana dialah organizer(orang kuat) yang menempah rosywhite kitchen untuk training iso kat kenrich.

Alhamdullilah memang satu adunan cukup utk 25 pcs  dihidang kpd tetamu...

Saturday, 1 June 2013

ROTI BOY KE? ROTI GIRL HEHEHHE

WALAU APA PUN CUBAAN KALI INI ADA IMPROVEMENT..
Assalamualaikum...
Hari ni breakfast Tie cuba kalike-2 menghasilkan roti boy aik tiba2 jadi roti girl. Maklumla.. putih melepak toppingnya..
Tapi komen dr Hubby manis, kakak katanya tak cukup ranggup, yg lain2 boleh tahan.
Coffee Cream frosting
160 gm gula icing (tambah lagi 40 gm)
200 gm butter
200 gm self rising flour ( kurangkan 100gm)
4 sudu besar air nescaffe(Tie agak2 rasa)
1/2 biji telur (Tie yang tambah)
Tie pandai2 ubah resipi yang Tie ikut dr satu youtube mamattu ntah apa namanya boleh rujuk disini
akibatnya...
Resipi roti sama dengan yang sebelumnya cuma Tie letak 1 ketul butter (size muat2 roti). Itu je bezanya..
cream coffee melimpah2 atas tray

Tie ingin mngambil kesempatan disini untuk ucapkan terimakasih kepada
Zira yang menempah Strawberry Cheese Tart
Kak Ina yang menempah Coklat Moist Cake
Siti yang menempah Carrot Cake

diharap semua kawan2 yang menempah -enjoy eating the the food.