Saturday, 30 June 2012

Chocolate Mini Cup Cake

Hari Ke-6
Assalamualaikum, salam ceria di hari Ahad. Cake ni resipi yang sama dengan choc moist cake on day 1 yang Tie memulakan blog masakan.  Cuma yang ini diubahsuai menjadi chocolate mini cupcake, nampak cute. Cupcake ini dibuat sebagai tanda terimakasih untuk ustazah rizwana yang bertungkus lumus mendidik Kakak dalam menjayakan tilawah al quran dah sampai ke-peringkat negeri. Hmm syukur alhamdullillah. Jasa mu dikenang Ustazah.
Dibungkus didalam kotak yang berlabel RosyWhiteKitchen

Sebenarnya Tie plan nak decorate buttercream kat atas tapi tak sempat so mungkin lain kali Tie akan masukkan resipi buttercream.
 Dan hari ini juga menu Lunch untuk family Tie , nasi briyani kambing dari Juwita dan Ayam masak merah dari cik mat gebu. Tapi Tie minta maaf banyak-banyak sebab Tie tak sempat nak ambil photo sebab lupa. Biasalah Tie memang pelupa. Sorry ya maybe next time.

Friday, 29 June 2012

Ice Cream Strawberry Yogurt

Hari Ke-5
Dan banyak kali buat ice cream yang sangat senang dan memang nyamanje tekak ni, nak2 cuaca yang panas terik sekarang ni. Siapa-siapa peminat yogurt bolehla try ice cream yogurt ni.

ICE CREAM STRAWBERRY YOGURT
Bhn2
3 cawan Yogurt (Natural)
1 packet buah strawberry (fresh)
1 cawan castor sugar

Method
Freeze buah strawberry (dibelah 4 setiap satu) sebaik2 nya overnight
Guna blender, blend yogurt, strawberry dan gula.

Masukkan dlm acuan kesukkaan anda , atau masukkan dlm plastik macam buat ice cream malaysia.
Ice Cream Malaysia New Version


Resipi ini diambil dari show Donna Hay channel AFC, memang best sebab its EASY, SIMPLE and FRESH....Cubalah ada tentu tidak menyesal.

Wednesday, 27 June 2012

Rendang Asam Ayam

Hari Ke-4
Rendang Asam Maktok

Assalamualaikum....Hari ni penuh dengan dugaan, tapi setiap dugaan yang beri ada hikmahnya. Bersyukurlah seadanya. Ya Allah tabahkan hati hambamu yang lemah ini.
Ok berbalik kepada masakan mak mertua dan digemari oleh hubby, menu yang sama akan dimasak dlm 2 atau 3 kali dlm seminggu . Anak2 pun suka dan Tie sendiri pun meminati disebabkan resipi mudah dan ringkas.

Rendang Asam Ayam
Bhn2
Ayam 1/2 kilo
Cili merah 1 batang
Bawang besar (saiz sederhana)
Asam jawa ( sebesar ibu jari-direndam dalam  1  mangkuk air)
Minyak Untuk menumis
Gula-2 tsp
Garam dan Kunyit
Method
Perap ayam dgn garam dan kunyit, goreng sampai sederhana garing dan ketepikan
Tumis bwg, cili dan masukkan ayam dan air asam jawa,
Adjust perasa dgn gula.



Tuesday, 26 June 2012

Roti Sausage

Hari Ke-3
Kali pertama cuba membuat roti, menjadi tapi tak berapa lembut . Cuba kali kedua resipi dari kokken69 ehmmm memang sodap..Semua makan beriya iya dah macam beli kat kedai dah, cuma kekemasan kena improve sikit lagi. Tie ada upload photo mcmn doh yang selepas diuli dengan mixer.
Doh yang baru lepas diuli

Doh yang mengembang selepas 45 minit

Selepas itu bolehlah diuli dengan sausage mengikuti bentuk kegemaran anda.

Selepas dibalut dengan sausage biar selama 1 jam hingga doh mengembang

Sebelum dibakar pada suhu 150 C selama 20 minit sapukan telur dan taburkan bijan supaya nampak lebih menarik

Nyumm...memang kegemaran anak2. Jimat dan menarik.

Craft Time

Hari Ke-2

Tie juga minat dengan benda-benda yang cantik, recycle bottle seperti jam bottle, spagheti bottle decorate cantik2 letak cookies didlm tu memang menyeronokkan. Tapi tak cukup seni dan tangan tak cukup kreatif, memang banyak lagi yang perlu Tie pelajari.  Melayari internet memang banyak membantu untuk belajar decoration, menambahkan ilmu di dalam bidang menghias dan decoration.




Hanya perlu print A4 paper dan decorate ikut citarasa anda. Untuk Fathers Day pun boleh decorate fathers day seperti  photo dibawah.






Wednesday, 20 June 2012

Moist Chocolate Cake



Hari Pertama
Kali pertama Tie mula meminati bidang masakan setelah belajar membuat kek moist coklat dan menjadi. Resipi ni dari adik Tie yang memang gemar memasak. Setelah melayari blog2 masakan minat untuk mencuba resipi2 baru semakin menebal. Satu demi satu resipi dicuba dan keinginan untuk mencuba resipi demi resipi memang mencabar. Jom kita tengok resipi kek moist coklat  yang menjadi kegemaran anak2 dan ahli keluarga.


MOIST CHOCOLATE CAKE
Bhn2
PART A
190gm  butter
1 cawan serbuk koko Van Houten
2 cawan gula biasa(pasir)
1 1/2 cawan air
PART B
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh soda bicarbonat
PART C
3 biji telur gred AA
3/4 cawan susu pekat manis
sedikit esen vanilla
Method
Masak Part A dengan api perlahan hingga hancur dan ketepikan
Ayak Part B
Pukul sedikit Part C. Masukkan Part B dan C ke dalam A berselang seli dengan mixer. Pastikan sebati.Jangan kacau terlalu lama.Kukus selama 45 minit.