Friday, 27 July 2012

THREE LAYER TEA

IFTAR KE-6
lapisan air gula tambah sikit sahaja untuk kurangkan manis

Assalamualaikum. Syukur kerana masih diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan di bulan yang mulia ini.
Mari, mari minum teh o beng, kata ore kelate... Resipi ni Tie dapat dari Datin Chah. Dah banyak kali dah buat teh ni memang sedap rasa manis2 gula melaka gitu. Bulan2 puasa ni Tie bancuh jela teh bagi umpph! sikit buatla macam resipi 3 layer tea.
Rasa teh ni tak macam kita buat teh susu kat rumah , rasa macam buat teh kat kedai mamak gitu!. Kalau nak tahu bolehlah cuba. Bagi Tie memang minuman yang best. Kalau ada orang yang tak boleh minum teh sangat, kalau2 badan berangin jangan berani2 cuba nanti tak pasal2 berangin masa terawih.
Ok Jom kita tengok cara2 nak bancuh


Resipi: 3 LAYER TEA

Bhn2
2 sudu gula melaka (yang telah dicairkan dan disimpan didalam fridge)
1 cawan susu sejat
2 uncang teh cameron bersama 1/2 cawan air panas-bagi pekat punya
Ais 1 cawan

Method
Letak gula melaka diikuti dengan ais dan perlahan2 tuang susu sejat dan perlahan2 tuang air teh secukup rasa


No comments:

Post a Comment