Assalamualaikum, sebenar ini menu pada hari sabtu, Hubby balik dari Melaka terus beli durian 3 biji memang elok2. Pakcik yang jual durian tu tak pernah tipu semuanya elok2 kalau dapat durian yang tak elok memang boleh tukar punya dengan yang lain. Apalagi Tie pun start merendam pulut.
Pulut yang sudah ditoskan selepas semalaman direndam |
menggodakan!! |
pengukus dilapik dengan daun pandan |
Letakkan pulut |
santan yang akan dicampur dengan pulut selepas dikukus |
Sedia untuk dimakan |
PULUT DURIAN
Bhn2tentulah durian (ikut selera masing2)
beras pulut 2 cawan (dibeli di Padang Besar Perlis)
santan pekat 2 cawan
secubit garam
daun pandan dlm 10 helai
pengukus
Method
Beras pulut direndam semalaman. Ini mempercepatkan proses mengukus. Toskan dan lapik pegukus dengan daun pandan yang telah dibersihkan. letak pulut. Api sederhana kukus selama 30 minit.
Angkat pulut dan masukkan dalam mangkuk, masukkan santan bersama sedikit garam dan gaul hingga sebati. Boleh dihidangkan. Selamat Mencuba.
Sekali lagi resipi Tie yang sangat mudah, lazat dan menggoda.
No comments:
Post a Comment