Tuesday, 24 July 2012

IKAN GURUT BAKAR

Iftar Ke-4
Resipi ni sekali lagi resipi dari mak (arau) , memang kegemaran kami sekeluarga. Ada orang panggil ikan grut2, dekat arau panggil ikan gurut nama sebenar2nya pun Tie tak berapa tau.

RESIPI : IKAN GURUT BAKAR
Bhn2
Ikan Gurut 1 ekor
Kelapa 1/2 biji 
Serai-2 btg untuk merenjis ikan
Jintan putih-1 sudu kecil
Bawang Putih-3 ulas
Gula 1 sudu
Garam
Kunyit
Method
Lumur garam kunyit pada ikan, perap dalam beberapa minit.
Tumbuk jintan putih dan bawang putih. Perah kelapa dan dapatkan santan yang agak pekat.
Masukkan bahan2 tumbuk kedalam santan dan gula . Renjiskan bahan2 santan menggunakan serai, semasa memanggang ikan, Tie guna dapur arang barulah mengancam.
Biasanya ikan  sedap dimakan dengan air asam (cili padi, asam jawa dan sedikit belacan) ataupun cili kicap campur.
menu simple, ikan bakar, rendang asam dan cili kicap
Kicap cili campur ( macam biasa2 je, campuran sos manis, kicap pekat dan kicap cair, bawang merah dimayang dan cili padi) Memang terbaiklah kepada sesiapa yang gemarkan pedas.
Sempat lagi buat carrot cake nak celebrate kat rumah .

Request dari walid
sebenarnya Tie nak test oven baru tapi betul oven yang mahal sikit tekstur cake pun lembut
Order. Thanks Ustazah Rukiah, Ustazah zaharah dan kawan2 kakak.




No comments:

Post a Comment