Tuesday, 10 July 2012

SARDIN MASAK KICAP

Hari ke-12


Assalamualaikum kepada yang sudi singgah diblog Tie yang tak seberapa ni. Blog Tie banyak menceritakan pasal masakan yang senang dan menjimatkan masa. Kadang2 masakan Tie nampak simple tapi itulah kegemaran kami sekeluarga. Sebagai Ibu kepada 3 orang anak Tie banyak memenuhi masa dengan mencuba pelbagai resipi yang disukai oleh anak2.
3 jenis kicap campuran yang diguna

 Masa mula2 masak sardin memang anak2 Tie tak suka dan tak minat. Apalagi bermulalah eksperimen masak sambal tumis sardin anak2 reject. Masakan ke-2 masak sweet and sour sardin direject juga.
cili merah, bawang besar diptg dadu dan mackerel ayam brand

Tiba2 secara tak langsung balance kicap campur yang dicicah dengan ikan bakar Tie masukkan dalam sardin, aik makan pulak budak2 ni. Hmm macam tula gayanya kalau nak paksa they all makan sardin, bukan apa sebab Tie ni memang peminat sardin. Sejak dari kecil lagi mami mesti masak sardin, senang dan cepat untuk seorang jururawat yang bekerja shift tak kira siang atau malam.
Kalau diperhatikan betul2 resipi dekat blog Tie ni memang kurang sayur bukan apa anak2 dengan Ayahnya kurang meminati sayur. Sekali lagi Tie perlu berfikiran terbuka nak mencipta resipi baru yang memang disukai oleh kami sekeluarga. Kira macam buat research jugalah.

SARDIN MASAK KICAP

RESIPI
Bhn2
Sardin 1 tin
Bawang besar 1 labu
cili merah 1 batang
Kicap manis pekat
Kicap manis cap kipas udang
Kicap masin
Cili kering 1 sudu yang dikisar

Method
Tumis cili kering, cili merah dan bawang besar sampai pecah minyak dan masukkan kicap campuran sesedap rasa . Setelah dikacau sebati masukkan sardin,
Senangjekan. Rasanya semua orang boleh masak menu yang simple dan menarik ni.

No comments:

Post a Comment