Monday, 23 July 2012

TEPUNG PELITA

Iftar Ke-3

Apabila menjelma ramadhan pencuci mulut kegemaran kami sekeluarga tak lain dan tiadak asing lagi tepung pelita. First Ramadhan Tie dan family pergi mencari apa juadah untuk dinikmati untuk berbuka, Tie pergi tempat yang biasa (bazaar ramadhan) setiap kali berpuasa , nak cari ayam percik version kelate, tak jumpa, cari pakcik yang jual tepung pelita pun tak jumpa hmm agaknya hari pertama orang tak jual lagi kot.

 Apalagi Tie pun berpakat dengan anak2 apakata mama yang buat tepung pelita dan untuk menu berbuka kita makan yang simple2 je. Tapi bukan hari pertama sebab cari daun pisang semua dah habis so terpaksa tangguh hari kedua.
Hari kedua hubby pergi ke pasar tani , jumpa daun pisang so bermulalah projek tepung pelita. Mula2 kena tau cara nak buat acuan tepung pelita tu.
Tie pergi blog home kreation dan ikuti cara 2 membuat acuannya dari daun pisang.
Untuk resipi nya pula Tie pegi blog Sinar kehidupan. Tapi Tie sekeluarga rasa resipi ni masih tidak mencapai keenakan yang pakcik (bazaar ramdhan) tu jual. So Tie plan next time nak try buat resipiyang lain. Nak cuba satu2 resipi ni mesti sabar dan kena study betul2. Kalau tidak tak menjadi. Kadang 2 sedap dekat tekak orang tapi tekak kita belum lagi. Masing2 ada kegemaran masing2.
Ice cream Oren
 Sebenarnya ice cream ni Tie dah lama buat. Tapi kalau buat dessert selepas berbuka pun ok  atau selepas sembahyang tarawih pun okgak. Segarnya tekak ni. Ice cream ni Tie buat guna whipping cream (1 cawan) , fresh milk (2 cawan), gula 1 cawan (Tie rasa manis sangat-boleh kurangkan)  dan jus oren (dalam 5 biji perah jusnya). Ice cream ni lembut dan memang menyamankan. Bolehlah cuba!


No comments:

Post a Comment