Monday, 30 July 2012

KASWI PANDAN

Iftar ke-10

Diam tak diam dah hari ke-10 kita umat islam berpuasa. Dah cukupke amalan kita? Itulah masa berlalu begitu pantas. Kita kena bijak menguruskan masa. Sama2lah kita memperbanyakkan amal ibadat kita.
Kuih Kaswi ni Tie selalu juga buat untuk makan petang. Bulan Ramadhan ni Tie nak share Resipi kaswi untuk semua yang sudi berkunjung di blog RosyWhite Kitchen.
Resipi ni pun dari mak mertua Tie
 Resipi:  KASWI PANDAN

Bhn2
Kelapa parut 1 biji
garam 1 sudu teh

Tepung gandum 2 cawan
tepung ubikayu 1 cawan
Air 6 cawan
daun pandan 4-5 helai
gula 1 1/2 cawan

Method

masak air gula dan pandan (yang dikisar dan ditapis). Ayak tepung gandum dan ubikayu.
Masukkan air gula pandan kedalam adunan tepung.  Panaskan kukusan . Kukus selama 30 minit.
Sejukkan. kemudian potong kaswi dan gaulkan kedalam kelapa parut dan garam.
Mudahkan. Selamat Mencuba.
Gaulkan kaswi dengan kelapa.



Sunday, 29 July 2012

AMBONG / APAM KEK

Iftar ke-9

Setiap kali mami datang rumah Tie memang akan bekalkan ambong samada makan kat rumah, atau bawa balik kampung atau untuk makan bersama. Ambong ni lebih kurang samaje dengan apam tapi kebiasaanya menggunakan telur itik sebab telur itik bersaiz besar dari telur ayam. Tapi kat sini (KL) telur itik susah nak dapat so Tie tukar telur ayam gred A.
Resipinya asal Tie tak berapa ingat dari siapa (minta ampun Ya!) tapi resipi ni Tie dah olah mengikut kesesuaian keluarga Tie. Mami kata sedap Tie pun kira oklatu.

Resipi: AMBONG

Bhn2
4 biji telur gred A
2 sudu besar ovallete
220 gm gula castor
santan 200ml
air 50 ml
300 gm tepung gandum superfine
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Method
Pukul telur sampai kembang bersama ovallete. Masukkan gula castor dan pukul hingga kembang.
Masukkan santan dan air dan pukul hingga sebati. masukkan esen vanilla. Ayak tepung dan baking powder dan masukkan kedalam adunan.
Bahagikan warna kepada 3 bahagian, warna asal diletak di dalam loyang, 3 warna lain diletakkan didalam 3 mangkuk berlainan. Warna purple (biru + merah) , warna hijau dan warna kuning.
Letakkan lapisan kuning, hijau dan akhir sekali purple.
Panaskan kukusan, kukus selama 30 minit didalam loyang 9".
Tiga warna yang ceria

Warna asal diletak paling bawah
Ada 2 lubang dekat ambong sebab Tie tak tutup periuk kukus dengan kain. Lain kali kena balut dengan kain supa wap air tidak menitik keatas ambong.


Saturday, 28 July 2012

COOKIES SALAM RAMADHAN

Iftar ke-8

Sample gift untuk nabilah yang Order choc cornflake

Tie buat cookies ni khas untuk cikgu 2 yang mengajar kakak dan adik sempena bulan ramadhan yang mulia ini. Takde apa yang Tie boleh bagi mengenangkan jasa guru2 yang mengajar kakak dan adik.
Tie faham sangat penat lelah cikgu yang mengajar terutama di bulan ramadhan, memang perit dan letih selepas  habis satu2 kelas sebab Tie pun dibidang yang sama.
Bersyukur kerana kita masih diberi kekuatan untuk mengajarkan Cikgu2.
Salam Ramadhan untuk semua yang menjengah blog rosywhitekitchen
Order.Terimakasih sekali lagi pada nabilah dan izyan.
 

Friday, 27 July 2012

UDANG GORENG BUTTER

Iftar ke-7

Assalamualaikum kepada tetamu rosywhitekitchen. Hmm sebut pasal udang, ada lagi lebihan udang dari sabah di makan waktu sahur. Tie ikut resipi dari Noor secubit garam. Dia dah bagi dah tips2 semua dah ikut cuma part yang nak guna acuan roti jala tu yang tak best. Acuan roti jala tie kejap keluar kejap tak keluar. Dan kalau minyak terlampau panas dah meletup2 jadinya. Pagi2 dah berperang kat dapur. Takpelah kalau tak cuba tak tau kan. Inilah hasilnya.
Feedback dari anak2 still tak menjadi lagi kena banyak lagi praktis. Takpe nanti Tie cuba lagi. Tapi Tie rasa kalau ikut betul2 resipi ni tentu menjadi. Insyaallah usaha tangga kejayaan!.

THREE LAYER TEA

IFTAR KE-6
lapisan air gula tambah sikit sahaja untuk kurangkan manis

Assalamualaikum. Syukur kerana masih diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan di bulan yang mulia ini.
Mari, mari minum teh o beng, kata ore kelate... Resipi ni Tie dapat dari Datin Chah. Dah banyak kali dah buat teh ni memang sedap rasa manis2 gula melaka gitu. Bulan2 puasa ni Tie bancuh jela teh bagi umpph! sikit buatla macam resipi 3 layer tea.
Rasa teh ni tak macam kita buat teh susu kat rumah , rasa macam buat teh kat kedai mamak gitu!. Kalau nak tahu bolehlah cuba. Bagi Tie memang minuman yang best. Kalau ada orang yang tak boleh minum teh sangat, kalau2 badan berangin jangan berani2 cuba nanti tak pasal2 berangin masa terawih.
Ok Jom kita tengok cara2 nak bancuh


Resipi: 3 LAYER TEA

Bhn2
2 sudu gula melaka (yang telah dicairkan dan disimpan didalam fridge)
1 cawan susu sejat
2 uncang teh cameron bersama 1/2 cawan air panas-bagi pekat punya
Ais 1 cawan

Method
Letak gula melaka diikuti dengan ais dan perlahan2 tuang susu sejat dan perlahan2 tuang air teh secukup rasa


Wednesday, 25 July 2012

ICE BLENDED CHOCOLATE

Iftar ke-5
Biasalah kalau bulan ramadhan tekak pun terasa perit kalau cuaca kat luar panas terik. Anak2 Tie memang suka chocolate, apa kata Tie sediakan minuman yang wow untuk berbuka puasa. Sempat lagi nak prepare delicious drink and yummy dalam masa yang singkat.
Resipi asal dari browneyed baker, frozen hot chocolate.
Tapi Tie guna dark chocolate dan ovaltine Tie ganti dengan Milo.


ICE BLENDED CHOCOLATE
Ingredients
90 gm dark chocolate (fine chopped)
41/2 teaspoon granulated sugar
2 tbsp Milo
1 1/2 cup fresh milk, divided
3 cups ice
Method
Place the choc in a double boiler. Stir until melt and add sugar + Milo, whisk and remove from heat slowly in 1/2 cup of the milk. Allow to cool RT.
In a blender place remaining 1 cup of milk ice and the choc.mix. Blend high speed. Pour into serving glass and top with whipped cream and choc. shaving.
Selamat Mencuba! Anak2 Suka. Mama Happy




Tuesday, 24 July 2012

IKAN GURUT BAKAR

Iftar Ke-4
Resipi ni sekali lagi resipi dari mak (arau) , memang kegemaran kami sekeluarga. Ada orang panggil ikan grut2, dekat arau panggil ikan gurut nama sebenar2nya pun Tie tak berapa tau.

RESIPI : IKAN GURUT BAKAR
Bhn2
Ikan Gurut 1 ekor
Kelapa 1/2 biji 
Serai-2 btg untuk merenjis ikan
Jintan putih-1 sudu kecil
Bawang Putih-3 ulas
Gula 1 sudu
Garam
Kunyit
Method
Lumur garam kunyit pada ikan, perap dalam beberapa minit.
Tumbuk jintan putih dan bawang putih. Perah kelapa dan dapatkan santan yang agak pekat.
Masukkan bahan2 tumbuk kedalam santan dan gula . Renjiskan bahan2 santan menggunakan serai, semasa memanggang ikan, Tie guna dapur arang barulah mengancam.
Biasanya ikan  sedap dimakan dengan air asam (cili padi, asam jawa dan sedikit belacan) ataupun cili kicap campur.
menu simple, ikan bakar, rendang asam dan cili kicap
Kicap cili campur ( macam biasa2 je, campuran sos manis, kicap pekat dan kicap cair, bawang merah dimayang dan cili padi) Memang terbaiklah kepada sesiapa yang gemarkan pedas.
Sempat lagi buat carrot cake nak celebrate kat rumah .

Request dari walid
sebenarnya Tie nak test oven baru tapi betul oven yang mahal sikit tekstur cake pun lembut
Order. Thanks Ustazah Rukiah, Ustazah zaharah dan kawan2 kakak.




Monday, 23 July 2012

TEPUNG PELITA

Iftar Ke-3

Apabila menjelma ramadhan pencuci mulut kegemaran kami sekeluarga tak lain dan tiadak asing lagi tepung pelita. First Ramadhan Tie dan family pergi mencari apa juadah untuk dinikmati untuk berbuka, Tie pergi tempat yang biasa (bazaar ramadhan) setiap kali berpuasa , nak cari ayam percik version kelate, tak jumpa, cari pakcik yang jual tepung pelita pun tak jumpa hmm agaknya hari pertama orang tak jual lagi kot.

 Apalagi Tie pun berpakat dengan anak2 apakata mama yang buat tepung pelita dan untuk menu berbuka kita makan yang simple2 je. Tapi bukan hari pertama sebab cari daun pisang semua dah habis so terpaksa tangguh hari kedua.
Hari kedua hubby pergi ke pasar tani , jumpa daun pisang so bermulalah projek tepung pelita. Mula2 kena tau cara nak buat acuan tepung pelita tu.
Tie pergi blog home kreation dan ikuti cara 2 membuat acuannya dari daun pisang.
Untuk resipi nya pula Tie pegi blog Sinar kehidupan. Tapi Tie sekeluarga rasa resipi ni masih tidak mencapai keenakan yang pakcik (bazaar ramdhan) tu jual. So Tie plan next time nak try buat resipiyang lain. Nak cuba satu2 resipi ni mesti sabar dan kena study betul2. Kalau tidak tak menjadi. Kadang 2 sedap dekat tekak orang tapi tekak kita belum lagi. Masing2 ada kegemaran masing2.
Ice cream Oren
 Sebenarnya ice cream ni Tie dah lama buat. Tapi kalau buat dessert selepas berbuka pun ok  atau selepas sembahyang tarawih pun okgak. Segarnya tekak ni. Ice cream ni Tie buat guna whipping cream (1 cawan) , fresh milk (2 cawan), gula 1 cawan (Tie rasa manis sangat-boleh kurangkan)  dan jus oren (dalam 5 biji perah jusnya). Ice cream ni lembut dan memang menyamankan. Bolehlah cuba!


Friday, 20 July 2012

Birthday Cookies

Hari ke-17


Cookies ni memang Tie buat untuk kawan2 sekolah anak2 sempena Hari Jadi. Mula2 cuba buat cookies masa Birthday Kakak. Dalam 40 keping bentuk princess crown tapi Tie tak sempat ambil gambar. Hari ni Tie buat bentuk fish sempena birthday Baby Syed Irsyad. Dan segala bentuk yang senang dibuat.

Sebenarnya hajat dihati nak buat birthday baby tema sea world so banyaklah binatang2 laut dan semua tetamu memakai pakaian berwarna biru tetapi Hubby outstation dan terpaksa Tie batalkan niat nak celebrate birthday Baby. Tapi mungkin di tahun yang akan datang boleh celebrate birthday Baby. So cookies ni nak bagi pada  kawan2 kakak dan adik. Budak2 memang suka cookies yang manis ni. Tie pun tak berapa suka cookies yang terlalu manis.
cookies yang ini Tie letak fondant dan royal icing



Resipi dari Sweetopia (Lemon Cookies)
Kat blog sweetopia  macam2 design cookies yang anda boleh decorate dan siap dengan tutorial sekali. Kalau berminat bolehlah cuba.
Resipi ROYAL ICING boleh juga didapati di  Sweetopia
Gambar Birthday Boy yang Tie kumpul dan letak dalam Frame

Tapi Tie rasa lemon cookies kali ni keras sikit (budak2 suka jugak) tak macam vanila cookies (belum letak resipi) masa birthday kakak dulu lagi lembut. nanti lain kali Tie buat resipi untuk Adik guna vanilla cookies bersama dengan resipinya.


Nak buat butter cookies ni leceh sikit sebab lepas buat masuk fridge, lepas roll masuk fridge dan lepas tekap dengan acuan pun masuk fridge sebelum nak bakar. Sebab cookies ni memang senang cair sebab banyak butter dalam adunannya. Tapi dengan cara ni kita boleh ikut bentuk apa yang kita suka dengan lebih mudah kalau tidak ikut memang betul2 memang tak menjadi.
Order dari kawan2 kakak. Terima Kasih banyak2.


Cookies ni dibagi pada last sya'aban so menjelmalah ramadhan keesokan harinya. Tie buat juga cookies untuk cikgu2 bersempena ramadhan al mubarak. Selamat Berpuasa untuk kesemua umat islam. Semoga hidup kita dipenuhi dengan amalan dan keberkatan dari mu Ya Allah!.
Berenang renang ikan menuju ke lautan pasifik maklumlah berhujrah ke bulan Ramadhan.

Tuesday, 17 July 2012

CARROT CAKE

Hari Ke-16


Dah lama bertangguh nak buat birthday cake untuk  Baby Syed Irsyad Yang ke 2thn. Hari ini baru berkesempatan.Dah besar dah anak mama dulu lahir tak cukup bulan kecilje dukungpun sebelah tanganje. Sekarang alhamdullilah sihat walafiat.
Carrot cake ni bukan kegemaran baby sangat tapi kegemaran Tie, babysittter dan Walidnya. Baby hanya suka apam polkodot, tak happening la kalau setakat celebrate dengan apam. Bila2 masa pun boleh kukusje apamtu.
 Edible image nemo yang baby pilih sendiri. Menarikkan nampak kemajuan /progress pada anak kita. Umur dua tahun dan mula pandai cakap, dan pandai merajuk, dan dah start main kereta sorang2.
Baby Syed irsyad , kakaknya suka usik adiknya pakaikan napkin buat macam tudung.
CARROT CAKE
resipi dari Joy Of Baking

Tie ikut step by step dari resepi kat atas, Tie rasa semua orang pun boleh ikut sangat mudah.
Dah banyak kali buat carrot cake dan Tie memang sangat berpuas hati dengan resipi ini.
Corn flake chocolate. Order dari kawan2 Kakak . Terima kasih banyak2.



Monday, 16 July 2012

KARI UDANG

Hari ke-15
Kari Udang yang belakang tu Ikan Kering
Assalamualaikum pada semua yang sudi menziarah blog Rosywhitekitchen. Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ni, marilah kita sama2 memperbanyakkan amalan kita ya.
Ok berbalik pada menu tengahari kami sebenarnya kari Udang dengan ikan masin goreng. Memang menyelerakan. Minta maaf ya kalau siapa2 yang berpuasa hari ni, buat terliurje.

Menu yang simple dan menyelerakan
 Jom  tengok resipi, yang sebenarnya resipi ni dari mak mertua Tie. Terima Kasih ya Mak.

KARI UDANG
Bhn2
Udang 20 ekor dari Sabah
Santan 1 biji kelapa
Rempah Kari udang jenama Tarbus (dr Arau)
Bawang Merah  6 ulas
Bawang Putih  3 ulas
Halia sebesar ibu jari
Asam Jawa direndam
Garam secukup rasa
Method
2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih dan sedikit halia dihiris/dimayang. Tumis bhn2 yang di mayang.Kisar bawang merah, putih dan halia yang baki tadi. Bancuhkan sedit air dengan rempah kari. Dan Tumiskan bhn kisar dan rempah kari hingga pecah minyak. Masukkan santan dan tunggu hingga mendidih. Masukkan Udang dan air asam jawa bersama garam secukup rasa. kacau supaya santan tidak berketul dan Boleh Menjamu Selera!!

Adik dan kakak sibuk menyiapkan cornflake yang diorder dari kawan2 sekolah
mama senang kerana anak pun ringan tulang
Cuba teka siapakah orang yang pakai baju tanpa lengan ini dan memakai tudung?...Seksi tu..