Sunday, 6 October 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU SITI

MACARON & PAVLOVA -CANDY TABLE
Color hijau sebelum bakar
Banyak dugaan & cabaran untuk dapat bulat yang sama & cantik...berpeluh2 dibuatnya...
Color hijau selepas dibakar
Color berubah selepas dibakar, Cabaran kedua... Tie kena cari color yang sesuai supaya tak faded selepas dibakar.
pink & purple?
Cabaran Ke-3= Tie perlu tunggu macaron lebih dr satu jam untuk dapatkan tektur yang tak meleleh. In other word untuk dapatkan bentuk seperti diatas. Fuihhh jika start pukul 5.30 pg untuk satu adunan pukul 11.30 baru siap kesemuanya. Itupun belum tentu semuanya cantik terbentuk.

Jikalau ada kawan2 diluar sana yang expert dlm menghasilkan macaron sudi2 kan share ilmu..tak rugi you...lagi bertambah rezki...

Pavlova as her wish, pengantin request nak pavlova base shj without adding whip cream & fruit.
Tie prepare dlm muffin cup dan letak dlm 2 sudu kecil setiap cup.
dapat dlm 22 cup dlm satu adunan.
Tie harap walaupun Tie tak boleh nak join kenduri Siti tapi sekurang2nya dgn macaron & pavlova pengubat rindu. Tie minta halalkan kalau ada kekurangan ya...

Saturday, 5 October 2013

MEE UDANG ALA ROSY

GIVE IT A TRY!
Assalamualaikum..
This menu Tie cuba last weekend. Kebetulan menunggu kepulangan hubby dr east cost(kelantan, trengganu & pahang)Tie cuba sesuatu yang baru. Stok udang masih banyak dlm freezer so search recipe from kawan2 blogger. Finally blog mat gebu juga terpikat di hati.

Resipi ni agak remeh juga tapi semangat waja yang kuat untuk hidangkan kepada hubby yang balik dr merantau...
Resipi ni Tie ambil dr MAT GEBU.
Conclusion= udang 24 ekor, mee 2 bungkus, kuah dlm 3 liter utk 8 org makan.
cuba jgn tak cuba...
Kakak paling suka sambal mee udang...

Friday, 4 October 2013

UDANG, PRAWN, SHRIMP...

OCTOBER WEEKEND
Assalamualaikum...
Apa tu... cuba teka...
Salah satu healthy food for your makan petang, high tea perhaps or can be appetizer ...
Udang goreng tepung, tapi kalau deep fried is not healthy anymore so apa yang Tie buat udang bakar...nyum2..

Udang yang Tie buang kulit, belah belakang dan buang apa yang perlu. Perapkan udang dgn garam, black pepper dan daun pasrley kering. Gaulkan dgn tepung gandum, kuning telur dan bread crumb . Letakkan di atas parchment paper dan bake 20 min each side.
enjoy...

Saturday, 28 September 2013

HASIL LAUT SABAH

REZKI YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH
KETAM
UDANG JEPUN
IKAN KERAPU
Kepulangan Hubby dr Sabah.
Macam Nelayan pulak.
Tapi memang kami sekeluarga gemar makan seafood. Especially Udang. Hari ni Tie masak kari ketam dgn deep fried garoupa( kerapu). Kalau makan di restoran Thai di KL Harga lebih kurang RM 250. Seekor kerapu dimasak deep fried and kari ketam dlm 2 ekor.
Kos kami beli semua hasil laut diatas tidak lebih dr RM 250.
Kari ketam menu yang selalu Tie publish di blog. Kari Ketam antara menu yang digemari oleh anak2.
HAPPY BIRTHDAY AMY
Hokkaido kek yang Tie buat as her wish. Mungkin resipi ini Tie perlu modify lagi supaya dapat tekstur kek yang lembut & diminati ramai.

Friday, 27 September 2013

HAPPY WEEKEND NASI LEMAK SAMBAL SARDIN

RELAX & EASY
ASSALAMUALAIKUM...
Actually menu breakfast nasi lemak Tie buatkan pada hujung minggu lepas. Kakak masih lagi dgn final exam UPSRA untuk sekolah agama dan adik bersediap sedia untuk final exam akhir tahun. Tie buatkan heavy breakfast so anak2 ada tenaga untuk buat rujukan whole day.
Kebetulan barang basah ikan, ayam dah habis. Hubby masih lagi outstation. Tie perlu gunakan apa ada di dapur dengan bijak. Ikan bilis yang dibeli dr Pulau Pangkor memang sangat sedap jika digoreng garing. Keropok Cap Ikan Mas dr Trengganu memang sangat ngam digandingkan dengan nasi lemak. Telur rebus Gred A dibelah dua menambahkan protein untuk anak2.
Nasi Lemak Sapi Tie ikut resipi dr sinar kehidupan. memang senang dah mudah.
Tie menggunakan minyak sapi QBB dan santan kotak 1/2 cup dan air 3 cup. Kacau menggunakan chpstick sebab beras basmathi senang patah.
Sambal tumis sardin Tie menggunakan sardin medium size-3 ketul sardin. Blend kering bawang merah (6 ulas) bawang putih(3 ulas) belacan sebesar ibu jari, cili blend dlm 20btg , minyak sunflower untuk menumis. air Asam jawa 1/2 mangkuk kecil.
Tumis bhn blend masukkan sardin dan asam jawa. Balancekan dengan gula dlm 3 sudu kecil. Siap dihidang.
Enjoi....

Monday, 16 September 2013

MACAROON

SWEET TIME
Assalamualaikum..
Cubaan pertama untuk macaroon, nampaknya success...tak susah sangat kalau anda ikut tips tips seperti dlm blog2 masakan
Tips Pertama:
Ayak ground almond and icing sugar
Tips Ke-2:
Rehatkan mecaroon sampai tak melekat sebelum masuk dlm oven
Tips ke-3:
Pastikan oven suhu yang tidak terlampau panas ~150C dan bakar selama 15-20 minit.Tie rasa 20 minit memang dah cukup.
Tips Ke-4:
Simpan didlm bekas udara didlm fridge.
Bhn2
80 gm putih telur
65 gula gula castor

80 gm ground almond-ayak
140 gm gula icing-ayak

Pukul putih telur & gula castor sampai bertanduk
kaup balik almond dan icing sugar sampai flowable batter
Bulatkan parchment paper dgn duit 50 sen 
Pipekan macaroon batter bulat2
Biarkan selama 20-30 minit sampai tidak melekat dijari
Masukkan dlm oven dan bakar selama 20 minit.
Rehatkan macaroon yang masak dan apabila sudah sejuk simpan di dlm fridge.
Sapukan blueberry jam untuk dapat rasa yang terbaik.
ENJOY!!
HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES UNTUK MY COUSIN AFIQAH..
  
HAPPY BIRTHDAY MY LOVELY COUSIN
Untuk cup yang kecil molek ni Tie dapat 21 bekas dlm satu adunan.


Wednesday, 11 September 2013

HAPPY BIRTHDAY AND ANNIVERSARY 20 YEARS

banyak lagi yang perlu diperbaiki dlm hubungan kami...
Assalamualaikum...
Besok Tie akan bertolak ke Penang bersama kawan baru ...
Hari ni Tie sempat cuba resipi kak citrasawan tapi tak berapa menjadi puff nya...sebab ada step2 yang Tie x follow betul2..konon nak cepat , tengok tak gebukan..
Lain kali Tie akan follow betul2..
Tie buat creme puff hari ni bukan apa, semalam ada lebihan vanilla custard dr hokkaido chiffon cupcake tak nak bazir , boleh guna dlm creme puff pula...Planning mesti baik punya..
Antara menu dinner last night
Kambing Bakar, Calamari Ring, Ice cream Strawberry Yogurt, Hokkaido Chiffon cupcakes, Bakes slices potato, ayam masak kicap..
KAMBING BAKAR
Tie perap kambing dgn olive oil, blackpepper, garam, honey, sos lada hitam sarawak, oregano, dried parsley selama 4-5 jam . Then grill dgn pan grill cast iron selama 4 minit setiap satu side then alih side yg satu lagi pun memerlukan masa 4 minit juga.
Kentang bakar ni cuma untu side dish saje. Tie potong menggunakan food processor then tabur garam & blackpepper bakar dlm oven sampai dia rangup.
Ice Cream Strawberry Yogurt Tie pernah publish sebelum ni..dan tg lain 2 tu instant saje...