Sunday, 14 October 2012

NASI GORENG BERSAMA SOSEJ AYAMAS

Campak2 Je
Assalamualaikum...
Diharap kawan2 yang masih tengok2 blog rosywhitekitchen jangan serik2 ya...Maklumla Tie sekarang bekerja memang penat dan letih seharian. Cuma weekend je yang boleh dan sempat masak untuk anak2 dan suami. Dah tak sempat nak try itu dan ini. Tapi Tie akan selitkan juga kalau ada peluang. Sebab memang dah jadi hobby memasak ni. Teringin sangat2 tengok pelbagai resipi baru dari blog kawan2. Cuma perancangan yang perlu diatur dan disusun dengan lebih kemas.
Ini menu breakfast Tie Nasi goreng simple, tengok apa barang2 yang ada dalam fridge campakje.
Jom kita try nasi goreng yang sangat simple ni
Resipi: Nasi Goreng
Bhn2
Nasi sejuk dalam 1 1/2 pot
ikan bilis-segenggam*
Bawang besar-saiz kecil*
bawang putih 2 ulas*
cili padi-2 biji (kalau nak pedas tambah lagi)*
buah tomato-1 biji*
belacan-sebesar ibu jari*
udang kering 1 sudu besar direndam*
sosej saiz kecil
gula 1 sudu teh
garam secukup rasa
kicap pekat
 Method
Blend bahan2 yang bertanda* dan tumis sampai garing. Masukkan gula dan garam
Masukkan nasi dan kacau hingga sebati dan masukkan kicap pekat sesedap rasa.

Simplekan
Nasi goreng boleh dihidang bersama sosej atau ayam goreng






No comments:

Post a Comment