Saturday, 27 October 2012

DAGING MASAK HITAM

Hitam manis hitam manis yang hitam manis pandang tak jemu rasapun enak....
hah terkejutkan hitam you..tapi rasa menawan
Assalamualaikum....
semalam Tie asyik cerita pasal nasi pelangi, inilah pasangan nya...tak menawan ke...
Dan namapun hari raya menu nya pun kena lah special berbanding hari2 yang lain. Ini hanya cadangan dari Tie untuk bagi idea dekat adik2 atau kakak2 di luar sana yang ingin mencuba resipi yang enak2.
Resipi Daging Masak Hitam ni sekali lagi Tie ambil dari dapur mamasya. Memang sedap dan menyelerakan. Tak rugi Tie mencuba terima kasih banyak2 kepada penyumbang resipi ni.

Resipi Asal Dapur mamasya
RESIPI DAGING MASAK HITAM
Bhn2
3 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
Daging-1/4 kilo
1 kuntum bunga lawang
2" kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
stok daging
minyak untuk menumis
Bhn Kisar
1 biji bawang besar
2" halia
3 ulas bawang putih
20 biji cili kering
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil ketumbar
Method
Panskan minyak, tumis bhan hiris bg lawang dan kulit kayu manis dan tumis bhn kisar hinga naik wangi dan garing.
Masukkan daging dan air , garam dan gula masak sampai empuk. masukkan kicap pekat dan air asam jawa dan stok daging. tambah garam dan gula secukupnya jika perlu. Boleh dihidang.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!
Menu tambahan di pagi raya


No comments:

Post a Comment