Sunday, 1 September 2013

CELEBRATION....

Doa & Majlis Baca Yasin, Merdeka, Birthday Party, Rumah Terbuka Aidilfitri
Assalamualaikum...Empat celebration dalam satu hari...
Kenapa Tie boleh buat 4 majlis dlm satu hari..sebab pada masa yang sama memang nak diraikan 4 acara..
Majlis Doa & Baca Yasin...
Che Eny, adik Tie yang organize majlis ini, kebetulan anak Tie dan anak Che Eny sebaya, Danish & Kakak Pah Reen menduduki UPSR dan kakak Pah Reen UPSR & PSRA. Kami adikberadik, Che Na & suami, Adik & family, Che eny & family membaca yasin beramai2 dan mendoakan semoga Kakak & Danish berjaya menduduki Peperiksaan pada 10hb Sept 2013.
Merdeka
Kebetulan semalam cuti sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke-56, kami adik beradik dapat bersama di bumi Malaysia yang penuh dgn aman damai. Suasana ini tidak dapat dikecapi dibumi Arab seperti Mesir dan Palestin. Bumi mereka dipenuhi dengan darah muslim yang tidak berdosa dan naif. Ya Allah, jauhkan kami dari malapetaka dan berkati kehidupan kami..

Birthday Party
 Alang2 menyeluk pekasam...Tie sempat buat kek semalam sempena birthday adik Pah Aween dan sempena berkumpul beramai2 bolehlah celebrate birthday sekali...

Tie beli ketiga2 hadiah untuk anak2 supaya masing2 Happy dan tak kecik hati....Kakak dapat Bantal Snow White, Adik dapat bantal Cinderella dan Irsyad dapat mainan Ironmen His favourite toys at this moment.




Jamuan Aidilfitri
Che Eny membeli gulai ikan , gulai ayam , puyuh goreng dan acar timun. Che Eny juga bawa air mineral.
Adik dan isterinya membawa coklat kek, ayam paprik.
Terima Kasih semua . Tie menyediakan puff pastry jejari ketam, kurma almond selain dari butter cake with fondant.
Alhamdullilah
Orang yang paling istimewa yang tak join hari ni adalah walid, my hubby sebab kena keluar melaksanakan tugas, kata lain kena pi outstation.

No comments:

Post a Comment