Monday, 16 July 2012

PULUT DURIAN

Hari ke-14


Assalamualaikum, sebenar ini menu pada hari sabtu, Hubby balik dari Melaka terus beli durian  3 biji memang elok2. Pakcik yang jual durian tu tak pernah tipu semuanya elok2 kalau dapat durian yang tak elok memang boleh tukar punya dengan yang lain. Apalagi Tie pun start merendam pulut.
Pulut yang sudah ditoskan selepas semalaman direndam
menggodakan!!
Lepas tu Tie kukus pulut dan siram dengan santan pekat. Hmm kami memang minat pulut durian kecuali adik tak minat langsung dengan durian, muka pun boring je. Apalagi goreng drummet je la untuk dia. Baby pun join sekali peminat durian. Memang menggodakan.
 
pengukus dilapik dengan daun pandan
Letakkan pulut
santan yang akan dicampur dengan pulut selepas dikukus
Sedia untuk dimakan
Hmm mudahkan, Tie ingat siapa2 yang baru nak menjinakkan diri dalam bidang masakan ni. Ini antara menu yang sangat mudah.

PULUT DURIAN
Bhn2
tentulah durian  (ikut selera masing2)
beras pulut 2 cawan (dibeli di Padang Besar Perlis)
santan pekat 2 cawan
secubit garam
daun pandan dlm 10 helai
pengukus
Method
Beras pulut direndam semalaman. Ini mempercepatkan proses mengukus. Toskan dan lapik pegukus dengan daun pandan yang telah dibersihkan. letak pulut. Api sederhana kukus selama 30 minit.
Angkat pulut dan masukkan dalam mangkuk, masukkan santan bersama sedikit garam dan gaul hingga sebati. Boleh dihidangkan. Selamat Mencuba.
Sekali lagi resipi Tie yang sangat mudah, lazat dan menggoda.

Sunday, 15 July 2012

Chocolate Cake dan Sponge Cake

Hari Ke-13


Minggu ni alhamdullillah ada dua order dari Ustazah Kakak dan Boss KNa (A&W). Terima Kasih banyak2 kerana sudi menempah kek RosyWhiteKitchen.

Kebetulan minggu ni juga Birthday baby Syed Irsyad alahai kesian dia tak sempat nak celebrate, nak buat kek yang cun2 . Nantilah sempena menyambut bulan ramadhan  yang mulia ini mama mesti buat satu kek untuk baby ya!.
masjid yg diperbuat dr fondant


Berbalik pada kek yang Boss Kna request nak ada gambar masjid. Apalagi minta bantuan pak Google la, cari punya cari dapat gambar masjid yang senang dibuat menggunakan fondant. So bermulalah projek fondant, balik kerja siapkan fondant dulu, sebab fondant ni lambat kering so priority fondant sebelum memulakan yang lain.Tapi customer tak suka balut fondant, lebih suka buttercream and whipped cream untuk  frosting  so kena prepare dulu, nanti tunggu nak cover kek je. Itulah step2 kalau Tie nak buat kek, ambil masa lebih kurang paling cantik dalam tiga hari.
Mula2 mesti concentrate tentang tema customer request. Lepastu baru bake dan prepare frosting.
Then make up. Last sekali letak fondant and deliver pada customer. Tapi kali ni KNa yang datang ambil tak sempat nak deliver mungkin next time Ya kNa.
tema sempena menyambut ramadhan



Planning nak buat kek baby ingat nak buat carrot cake balut fondant and decorate dengan fish edible image.
Baby tak kisah punya janji ada kek untuk dia yang kisahnya mama dia. Hehehe.
cake dan sample corn flake utk customer
choc cake order dari Ustazah Rizuana

Tuesday, 10 July 2012

SARDIN MASAK KICAP

Hari ke-12


Assalamualaikum kepada yang sudi singgah diblog Tie yang tak seberapa ni. Blog Tie banyak menceritakan pasal masakan yang senang dan menjimatkan masa. Kadang2 masakan Tie nampak simple tapi itulah kegemaran kami sekeluarga. Sebagai Ibu kepada 3 orang anak Tie banyak memenuhi masa dengan mencuba pelbagai resipi yang disukai oleh anak2.
3 jenis kicap campuran yang diguna

 Masa mula2 masak sardin memang anak2 Tie tak suka dan tak minat. Apalagi bermulalah eksperimen masak sambal tumis sardin anak2 reject. Masakan ke-2 masak sweet and sour sardin direject juga.
cili merah, bawang besar diptg dadu dan mackerel ayam brand

Tiba2 secara tak langsung balance kicap campur yang dicicah dengan ikan bakar Tie masukkan dalam sardin, aik makan pulak budak2 ni. Hmm macam tula gayanya kalau nak paksa they all makan sardin, bukan apa sebab Tie ni memang peminat sardin. Sejak dari kecil lagi mami mesti masak sardin, senang dan cepat untuk seorang jururawat yang bekerja shift tak kira siang atau malam.
Kalau diperhatikan betul2 resipi dekat blog Tie ni memang kurang sayur bukan apa anak2 dengan Ayahnya kurang meminati sayur. Sekali lagi Tie perlu berfikiran terbuka nak mencipta resipi baru yang memang disukai oleh kami sekeluarga. Kira macam buat research jugalah.

SARDIN MASAK KICAP

RESIPI
Bhn2
Sardin 1 tin
Bawang besar 1 labu
cili merah 1 batang
Kicap manis pekat
Kicap manis cap kipas udang
Kicap masin
Cili kering 1 sudu yang dikisar

Method
Tumis cili kering, cili merah dan bawang besar sampai pecah minyak dan masukkan kicap campuran sesedap rasa . Setelah dikacau sebati masukkan sardin,
Senangjekan. Rasanya semua orang boleh masak menu yang simple dan menarik ni.

Monday, 9 July 2012

UDANG GORENG MADU

Hari ke-11

Assalamualaikum
Minggu ni memang menu udang, udang dan udang. Hari ni  udang goreng madu menu makan malam kami. Memang kegemaran kami sekeluarga. Sesiapa yang inginkan pelbagai menu udang cubalah menu hari ini. Memang tidak mengecewakan.
Udang Harimau Kota Kinabalu
UDANG GORENG MADU
ORIGINAL RESIPI: sumbernya Tie dah lupa (yang pasti mesti dari bloggers yang famous) Minta ampun ya!

Bhn2 A
400 gm Udang Harimau
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
1 sudu kecil tepung jagung
Bhn2 B
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
 3 ulas bawang putih
Bhn2 C
3 sudu besar madu tualang (kira madu aslila)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis cap kipas udang
Bhn2 D
2-3 biji cili api
1 sudu besar jus lemon
sedikit daun ketumbar

Method
Gaul dan perap 10 minit udang dengan bahan A. Goreng hingga garing dan ketepikan.
Kisar bhn B. Panaskan minyak dan tumis bhn kisar hingga pecah minyak.
Masukkan Bhn C kacau sedikit kedlm bhn tumis. Setelah agak kering
Masukkan Bhn D kacau sekejap dan hidangkan.


Udang Goreng Madu

 Menu yang selalu ada diblog ROSY WHITE KITCHEN ialah menu yang simple, fresh and easy. Sangat sesuai untuk ibu2 yang bekerja dan masih boleh hidangkan menu yang menyelerakan.
Sample corn flake
Sample Chocolate Corn Flake yang ni Tie buat khas untuk sesiapa yang order cake dari Rosy White Kitchen. So kalau sesiapa berminat untuk order chocolate corn flake sudi sudikanlah.


Sunday, 8 July 2012

Udang Ohh Udang

Hari Ke-10

Udang Sabah KK
Hubby kalau outstation ke Sabah  mesti beli udang sebab satu famili suka udang. Kakak dah sampai allergic dah sebab banyak sangat makan udang. Macam2 resipi boleh berasaskan udang. Hmm salah satu resipi kegemaran kami sekeluarga mestilah udang rendang asam. Resipi yang sama dengan ayam rendang asam cuma tukar ayam dengan udang.
Tak banyak yang boleh Tie ceritakan harini sebab menu yang sama je dimasak. Bihun Goreng Udang juga dimasak untuk breakfast semalam. Resipi nya nanti Tie tulis dilain hari. Kalau ada resipi mestilah ada photo. Tapi Photonya lupa nak diambil dan bihunnya dah masuk dalam perut masing-masing. Mungkin dalam seminggu semua atau kebanyakan resipi mesti beasaskan Udang. Atau masterchef cakap Udang sebagai Hos/Raja dalam masakan.

Cake New Born Baby Girl

Hari Ke-9
Assalamualaikum, dah lama dah mendiamkan diri. Bukannya apa cuma masa tidak mengizinkan
Kek harini Tie buatkan khas untuk anak saudara yang baru tujuh hari Baby Aisyah Sofea. Yang sangat meminati kek ini tentulah ayahnya (adik Tie). Mak Baby pun tak boleh nak try sebab masih dalam pantang, terpaksalah menelan airliurje. Nantilah untuk mamanya mungkin habis pantang, Tie buat yang special punya.
Kek Sponge Vanilla


Kek Sponge coklat
Resipi kek ni dari Kak Ita yang memang sangat kreatif dan innovatif ciptaan nya. Kek nya pun dalam sekelip mataje dah habis. Tie memang berpuas hati kalau dengan resipi kak Ita sebab dia menunjukkan cara2 dengan jelas dan menarik.
Gabungan coklat dan vanilla sponge cake hasil kreativiti yang simple
Ini adalah langkah permulaan dan hasil yang pertama yang agak memuaskan mata memandang. Tapi banyak lagi yang perlu Tie pelajari. Seronok belajar dan mencipta resipi baru yang membuahkan hasil sebegini.

Wednesday, 4 July 2012

CHOCOLATE CORNFLAKES

Hari Ke-8

Cookies yang paling senang tak perlu bake dan sangat cepat dan mudah. Resipi ini juga dari adik Tie. Chocolate corn flake sangat digemari oleh anak-anak Tie. Chocolate cornflakes juga menjadi idaman ramai kanak2 dan mereka buat macam  snack wajib. Hari-hari memang ada je order dari kawan2 especially kawan kakak.

CHOCOLATE CORNFLAKES

Bhn2
cornflakes
dark chocolate
white chocolate (decoration)

Method
Double boil dark chocolate dan gaul sebati bersama corflakes. Tunggu sampai kering lebih kurang 5 jam pada suhu bilik. Dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan selama 2 minggu.