Thursday, 14 February 2013

PINEAPPLE TART

Cara2 nak habiskan Jem Nenas
Assalamualaikum...
Kebetulan ada lebihan jem nenas pada raya tahun lepas. Jangan risau kalau jem nenas disimpan baik2 di dalam fridge anda boleh gunakan jem nenas ini kerana gula didalam jem itu sendiri bertindak sebagai pengawet untuk jem tahan lebih lama.
Lebihan jem nenas ni cukup2 untuk satu adunan tart yang biasa Tie adun.


Tie buat tart nenas hari ni kebetulan awal bulan Mac Birthday kakak. Biasanya Tie memang buat perancangan lebih awal. Tie akan buat apa yang Tie rasa sesuai untuk diberi sebagai buah tangan sempena birthday kakak. Tart Nenas mungkin antara yang sesuai diberi sebagai penghargaan kepada guru2 dan ustazah disekolah kebangsaan dan sekolah agama. Tie akan buat apa yang Tie mampu. Kalau ikutkan hati nak beri kepada kesemua cikgu2 disekolah tapi rasanya tak terpikul ramai sangat.
Sebagai Ibu yang berkerjaya Tie akan penuhi permintaan anak2 especially semasa celebrate birthday anak2. Maklumla kalau nak jemput kawan2 datang rumah nak buat jamuan simple2 rasanya masa nak prepare nak masak2 tak sempat dan kalau nak panggil or order saja kos tinggi lak..senang macam ni lagi ok.
Jom kita tengok resipi tart nenas
Bhn2
Pineapple Tart
320 gm gandum
60gm tepung custard
20gm Tepung Susu
60gm Gula icing
250 gm butter
Telur kuning 2 biji
1 sudu esen vanilla

Method
Pukul butter dan gula
Masukkan kuning telur satu demi satu dan kacau sebati dan masukkan esen vanilla
Ayak tepung gandum, tepung susu dan tepung custard. Masukkan dalam adunan tadi dan kacau sebati.
Kamu boleh decorate your pineapple tart ikut kesukaan masing2.
Enjoy


No comments:

Post a Comment