Jom Tie bawa kawan2 semua tengok resipi:
Resipi: KUIH CARA
I cawan tepung gandum*
1 cawan santan*
1 cawan air*
1 biji telur*
pandan paste/daun pandan yang diblend/ pewarna hijau*
Tie guna pandan paste+pewarna hijau sedikit*
1/2 sudu kecil esen vanila*
1/2 sudu kecil garam*
1/2 sudu besar gula*
1/2 sudu kecil gula sebagai inti
Blend semua bahan2
Panaskan acuan kuih cara, masukkan bhn blend, tunggu sekejap hingga bahagian tepi keputihan
masukkan gula sebagai inti dan tutup dengan tudung periuk supaya adunan cepat masak.
Selamat Mencuba!
Hari ni seperti biasa Tie ingin mencuba pelbagai resipi jikalau diberi kelapangan dan masa.
Tie dah mula sesuaikan diri ditempat kerja baru selepas 2 bulan dan bulan Dec ialah waktu puncak dalam menguji ketekenan, kesabaran dan kebolehan.
Semenjak bekerja ditempat baru Tie mula membiasakan diri mengenal jalan2 untuk bertemu dengan pelanggan tapi masih memerlukan bantuan GPS dan Mula menilai bahawa masa itu sangat bernilai. Setiap detik masa Tie perlu hargai dan penuhi dengan cara yang sebaik mungkin.
Dengan resipi yang mudah ini Tie rasa sesiapa pun akan berminat untuk mencubanya.
Selamat Menjamu Selera Ya!!!
No comments:
Post a Comment