Saturday, 24 November 2012

KAILAN IKAN MASIN

Salam sabtu...
Assalamualaikum...
Seharusnya kita bersyukur kerana diberi kesihatan yang sihat dan dapat mengerjakan ibadat dan kerja seharian seperti biasa.
Kebelakangan ini banyak berita yang kurang diingini terutamanya penyakit kanser. Kawan dan saudara terdekat juga dikejutkan dengan penyakit yang merbahaya ini.
Satu2 nya resipi sayur yang ada didlam blog Tie
Resipi: Kailan Ikan masin
Sangat mudah kebetulan singgah di cameron highland melihat sayur yang segar , teringin pula nak memasak dan merasa. Apa lagi sayur kailan ikan masin le yang paling senang.
Ikan masin seeloknya ikan yang banyak isi, tapi dalam peti ais cuma ikan masin gelama je yang ada goreng dan potong kecil2.
Tumbuk bawang putih dan bawang merah , tumis sampai naik bau, letak batang kailan dan masukkan kicap pekat/manis dan sos tiram. Akhir sekali masukkan ikan masin goreng yang dipotong kecil2.
Menu sayur adalah salah satu menu sihat untuk kesihatan tapi kalau di celur sekejap, itu yang terbaik.

 Salah satu fakta dr internet...

Angka pesakit kanser semakin meningkat di Malaysia. Penyakit kanser boleh dihidap oleh sesiapa tidak kira bangsa dan status. Mengikut laporan MAKNA, 11 juta dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dan 6 juta darinya mati akibat kanser di seluruh dunia . Di Malaysia, 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap penyakit kanser setiap tahun. Statistik ini sangat membimbangkan kerana 3 dari 4 pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.
Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk beramal dan berbakti . Alhamdullilah..
Sesungguhnya penyakit yang datang adalah ujian dan dugaan dari Allah..

No comments:

Post a Comment